Tazkirah 18 : BERDAKWAHLAH UNTUK SEMUA! JANGAN ADA PILIH BULU!
Assalamualaikum w.b.t. bersua kembali dalam post yang terbaru. Alhamdulilah syukur pada Allah S.W.T kerana memberikan kita pelbagai nikmat sebagai manusia dan khalifah dmuka bumi ini.. Cuma ada beberapa persoalan yang ingin saya lemparkan dalam kotak minda sahabat seperjuangan sekalian...
Adakah selama ini kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan ini????
Bagaimanakah cara kita menterjemahkannnya????
Adakah ia selaras dan mengikut tuntutan syara’???
Allahuakbar.. perlunya untuk kita muhasabah dan menilai perkara ini dengan sebaik- baiknya, takutnya bila bertemu dengan Allah, semua anggota badan menjadi saksi kepada diri kita. Kalau baik Alhamdulilah, jika sebaliknya? nauzubillah..
Pada post kali ini saya ingin berkongsi satu perkara yang selalu berkait dengan kita sebagai seorang pendakwah@daie. Dan perlu diingatkan bahawa setiap orang adalah pendakwah dan pemimpin. Suka atau tidak ini adalah TUGAS kita semua. terimalah ia.
Cuma apa yang saya ingin berkongsi ialah tentang cara kita dalam lapangan ini.
JAngan kita bersifat eksekutif dan ekslusif dalam berdakwah.
Menurut Kamus Dewan:
Eksekutif bermaksud orang atau golongan yg mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi.
Ekslusif bermaksud berkenaan dengan tempat, orang, dll yang bertaraf tinggi dalam masyarakat.
Jangan salah faham tentang apa yang dimaksudkan dengan eksekutif dan ekslusif dalam dakwah.
Ia bukan merujuk kepada material atau fizikal pendakwah, akan tetapi pada PENDEKATAN pendakwah tersebut. Janganlah pula kita memilih untuk mengajak manusia ke arah jalan dakwah hanya yang kaya dan cerdik sahaja yang diajak dan didakwah.. yang miskin dan kurang cerdik ditinggalkan. Lebih dahsyat lagi, yang selalu ke surau dan masjid sahaja didakwahnya.. yang keparat, nakal dan yang tidak sekepala dengannya DITINGGALKAN.!!
Astagfirullah, moga Allah menjauhkan kita dari segala sifat kroni dan pilih kasih ini . Hal ini kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kemanisan dan keizzahan Islam!!!!
Jangan pula kita memberi alasan :
“Aku dah ajak dah, tapi dia yang buat selamba badak ja. Kadang-kadang aku saja hempas pintu kuat-kuat nak ajak dia bangun subuh, tapi boleh pulak dia tarik selimut! Terus aku dah malas nak kejut orang macamni!”
“Lebih baik aku ajak budak-budak yang sekepala dengan aku ja, diorang ni tak dak masalah sangat, nak ajak join kuliah ilmu pun sekali ajak ja. Tak la abis air liur aku ni.”
“Budak-budak ni semua len macam sikit, dengar azan pun boleh lagi buat tak tahu, selamber je boleh main futsal, main game kat bilik, chatting, borak-borak bagi yang baru balik dari pasar malam(dah tahu lewat tapi saja buat lambat sebab tak rasa pentingnya solat) dan macam-macam lagi...aku pun dah malas nak tegur, kalau ditegur nanti katanya tunjuk alim la, apa la, biarkan jela..”
Astgfirullah, sahabat yang dikasihi, itulah namanya dugaan dalam berdakwah! Kitalah yang patut membantu mereka untuk keluar dari jalan kejahilan tersebut, kita sirami dengan nur agama Allah ini. Seperti entri saya yang sebelum ini, Allah tidak tanya HASIL, tetapi Alah tanya apa USAHA kalian!
Bersama-samalah kita doakan agar Allah memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam jalan dakwah ini dan menemui syahid pada penghujung nyawa kita semua. Hidup mulia mati syahid!
Akhirul kalam... tarbiyah merupakan proses, dakwah adalah seruan dan ajakan. Bina diri kita terlebih dahulu, dalam masa yang sama mengajak orang lain bersama.
Penegasannya, Jangan sampai kita terjebak meskipun berkawan dengan kawan-kawan kita yang nakal, ok!! berdakwah kepada mat rempit, tidak semestinya kita perlu menjadi mat rempit!!!
Selamat Beramal!:)
Salam 'alaik..
BalasPadamDa'wah adlh CINTA..yg mnuntut sgalanya
Da'wah adlh FITRAH..yg tnpannya kita 'nanar'
Da'wah adlh HIDUP..yg hapusnya kita 'mati'
Da'wah adlh MELODI..yg diamnya kita sepi
"Dan ketahuilah olehmu, bahawa senyum itu jg sbhgian dr da'wah..Senyumlah.." ^_^