Sabtu, 14 September 2013

Rujukan kehormat





Rujukan kehormat termasuk juga dalam sistem sapaan dalam bahasa Melayu. 

Rujukan hormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat. 

Pengetahuan terhadap rujukan hormat sangat penting bagi semua orang kerana ianya juga merujuk kepada aspek kesantunan berbahasa. 

Sekiranya kita tersalah menggunakan rujukan kehormat, maka secara tidak langsung boleh dianggap sebagai kurang beradab. 



Antara contoh rujukan kehormat beserta orang yang disapa ialah:



Orang Yang Disapa
Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri

Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja
Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

Kerabat Diraja Karib
Yang Amat Mulia

Bergelar warisan
Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri

Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)

Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja

Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan
Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal

Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif

Ketua Polis Negara
Yang Amat Setia

Hakim, Kadi
Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam
Sahibul Samahah

Ketua jabatan tanpa gelaran
Yang Berusaha

 

1 ulasan:

  1. bahasa Melayu Malaysia perlu dikembangkan di kalangan rakyat, kunjungan juga ya ke blog saya www.goocap.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...