Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Tazkirah 14 : Cara-cara Bangun Solat Subuh

Imej
Assalamualaikum w.b.t..... Entri kali ini adalah berdasarkan kepada pengalaman serta pembacaan buku terbaharu ( 21 Tips bagi yang sukar bangun subuh ) di MPH (tak sempat beli jadi baca sajalah) dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja untuk memudahkan kalian dapat bangun solat subuh meskipun pada hari cuti. Kebiasaannya pada hari kuliah kita akan lebih mudah tersedar atau terbangun dari tidur meskipun kadang-kadang lajak juga solat subuh (subuh Dinosaur!). Tetapi yang lebih menyedihkan adalah kadang-kadang kita sebagai manusia tidak terlepas dari dosa dan perkara-perkara mungkar. Disebabkan hal inilah yang telah menyebabkan kita kadang kala terlepas waktu subuh sama ada secara tidak sengaja ataupun sengaja (dah kejut pun tak nak bangun!). Yang secara tak sengaja pandai-pandailah qada' solat anda, ingat! solat 5 Waktu itu WAJIB! Kita sebagai orang yang matang perlu sedar dan ambil berat tentang semua ini, kerana yang membezakan kita sebagai orang Islam dengan orang kafir adala

Tazkirah 13 : Fenomena Kampus...Kuliah Cuti, Solat Subuh pun Cuti?

Imej
Manusia memang perlu didisiplinkan dengan sistem. Islam sendiri adalah satu sistem. Solat ialah satu sistem, puasa, zakat ada sistem tersendiri, apa lagi ibadat haji. Dengan amalan Islam, hidup kita lebih bersistematik. Apabila ada masa cuti, cuti cuti juga tetapi jangan sampai lupakan sistem. Jika ketika ada kuliah@praktikum kita kena bangun awal sebab mahu ke kelas@sekolah. Dengan adanya sistem solat, walaupun kuliah cuti, kita tetap kena bangun awal untuk mengerjakan solat subuh. Janganlah mentang-mentang tidak ada kuliah, solat Subuh menjadi Subuh gajah. Yang lebih tragis lagi, membiarkan sahaja solat subuh tersebut berlalu begitu sahaja. Nau’zubillah. Yang ini kita kena pastikan diri kita terutamanya serta sahabat-sahabat@roomate supaya bangun untuk bersolat Subuh. Ingatlah bahawa: Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud: Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solat

Tazkirah 12 : Kuutus Surat Cinta buat Hati yang menghuni sanubari..

Imej
Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses. Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika s

Tazkirah 11 : Kahwin Awal: Antara Kemahuan dan Redha

Imej
Antara Kemahuan dan Redha www.iLuvislam.com oleh : umar alfateh * "Pokwe, nak tanye sket...Apa pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??" ‘Hmm...sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Apa pendapat ko andai kata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Apa ko buat??' Sunyi sepi.... "Ala, aku bukan apa, dah setahun dah aku pujuk mak ayah aku nak kahwin, diorang tak bagi, terutama mak aku." 'Hmm...ade ko tanya kenapa mak ko tak bagi?' "Itulah, aku dah tanya, alasan dia, suruh habis belajar dulu. Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni.." ‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni macamana..' "Aku tak fahamlah mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku".. Serba sedikit dialog yang pernah terjadi

Tazkirah 10: Allah tidak tanya HASIL, TETAPI Allah tanya APA USAHA KALIAN?

Imej
Alhamdulillah minat orang Melayu untuk menghayati ajaran agamanya diakhir-akhir ini sangat menggalakan. Kita harus memberi pujian kepada kumpulan-kumpulan dakwah samada yang berdaftar atau yang tak berdaftar dan parti-parti politik yang telah banyak memberi sumbangan dalam menyebar dan memperjuangkan Islam di negara ini. Walaupun niat kumpulan dakwah dan parti politik ini begitu murni tetapi kadang-kadang cara mereka mencapai matlamat itu tidaklah semurni matlamatnya. Sepatutnya apabila kita hendak mencapai sesuatu yang baik maka cara kita bertindak juga mestilah baik, barulah perjuangan kita direstui Allah. Nabi pernah ditawarkan menjadi raja oleh Arab mushrikin dengan syarat dia meninggalkan agama Islam. Kalau ikut fikiran kita, baik juga kalau nabi terima tawaran itu dan selepas jadi raja dan berkuasa bolehlah dipaksa orang masuk Islam. Tetapi itu bukanlah cara yang Allah reda, cara yang Allah hendaki adalah cara yang Nabi telah tunjukkan kepada kita. Itulah sahaja cara kal

Tutorial 9: Avast! Free Antivirus Expired?

Imej
Kepada pengguna-pengguna Avast! Free Antivirus yang mengalami masalah antivirusnya yang sudah expired license key, anda janganlah risau kerana di sini ada 3 langkah untuk menyelesaikannya.. Langkah 1 Copy license key terbaru di bawah ini. C40145034H1200A0013-XRB6UPD7 Langkah 2 Paste license key tadi seperti dalam gambar di atas. Langkah 3 Semak status antivirus anda sama ada berhasil atau tak. Seterusnya anda tidak perlu risau lagi kerana license key ini akan tamat pada awal tahun 2012 pulak..heheh.. Register sendiri license key Avast! Free AntiVirus di sini http://www.avast.com/registration-free-antivirus.php proses penghantaran license key ke email anda adalah dalam masa 24 jam..ingat, bukan serta merta tau!:)..jadi bersabarlah ye..

Tazkirah 9 : Menyingkap Tragedi Memali

Imej
Perjalanan ke Johor Baharu baru-baru ini sememangnya memakan masa yang lama. Oleh itu, rehat di dalam baslah memberikan saya ruang & peluang untuk mula membaca. Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin sangat ingatkan anda semua bahawa review buku kali ni:- TIADA NIAT untuk menghasut orang agar membenci kerajaan. Saya cuma ingin menjadi orang yang selalu bercakap benar walaupun ianya pahit untuk didengar. Jadi awal-awal lagi saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin akan tersinggung sepanjang review buku ini nanti. Lagipun, demi untuk sampaikan maklumat-maklumat yang jujur, saya terpaksa bongkar segala 'rahsia' yang selama ini disorok rapi. Baiklah, siapa yang masih ingat lagi tentang Peristiwa Memali? Sebenarnya, majoriti masyarakat kita masih lagi kabur tentang cerita sebenar Peristiwa Memali. Puncanya, selama ini kita asyik disogok oleh cerita dari suatu pihak sahaja iaitu cerita yang sudah dikaburkan kebenarannya oleh pihak-pihak tertentu. Sedangkan

Tazkirah 8 : SEKULARISME????

Imej
JAHILIAH DAN SEKULARISME Setengah manusia mengira bahawa Jahiliyyah adalah tempoh tertentu daripada zaman sebelum datangnya Islam di tanah suci Arab. Jahiliyyah adalah intipati tertentu yang mungkin mengambil gambaran yang berbagai-bagai mengikut bi’ah, situasi, masa dan tempat. Maka semua gambaran itu serupa bahawa Jahiliyah meskipun berbagai-bagai bentuk rupa. Jahiliyyah bukan lawan kepada apa yang dinamakan ilmu, makrifat, ketamadunan, madaniah, kemajuan kebenaran dan nilai-nilai pemikiran, sosial, politik dan kemanusiaan secara mutlaknya. Walaupun ianya telah lama terkubur selepas kedatangan Islam, namun sisa-sisa atau saki baki yang tertinggal ini telah menyerap masuk kedalam jiwa kebanyakkan manusia tanpa disedari oleh mereka sendiri sekaligus terbentuknya manusia yang terpesong dari petunjuk yang haq kerana terlalu mengikut nafsu demi kepentingan diri. Sesungguhnya Jahiliyyah sebagaimana yang dimaksudkan dan tentukan oleh Al-Quran ialah keadaan nafsiyyah (diri) yang me

Tazkirah 7 : Benarkah Kita Cinta Rasulullah SAW?

Imej
12 Rabiulawal merupakan tarikh yang amat penting bagi umat Islam keseluruhannya yang mana telah lahir seorang kekasih Allah, pembawa rahmat ke seluruh alam. Itulah baginda Nabi Muhammad SAW. Tarikh keramat ini turut dikenali sebagai hari Maulidur Rasul. Menjadi kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia merayakan sambutan Maulidur Rasul saban tahun. Banyak acara yang akan diatur ketika sambutan tersebut. Antara upacara yang tidak asing lagi bagi umat Islam di Malaysia dalam meraikan sambutan tersebut adalah perarakan beramai-ramai sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semua ini dilakukan sebagai tanda kecintaan ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW. Persoalannya, apakah cukup untuk kita membuktikan kecintaan kita kepada baginda dengan sekadar menyambut perayaan Maulidur Rasul? Sabda Rasulullah SAW: لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين Ertinya: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, orang tuanya dan

Tazkirah 6 : Layakkah aku sebarkan ISLAM?Atau lupakan saja kerana tiada TAULIAH?

Imej
Zaman sekarang, semua pekerjaan memerlukan tauliah. Mahu jadi guru, perlu tauliah. Mahu jadi doktor, perlukan tauliah.. Mahu jadi penda'wah, perlukan tauliah! Semua ini membuatkan akalku terdetik.. Semua perkara.. Semua pekerjaan.. Semua aktiviti.. yang dilakukan dengan niat yang baik.. Terutamanya perkara yang bermanfaat pada orang lain.. Pastinya dikenakan banyak syarat.. Syarat itu.. Syarat ini.. Kamu tidak mematuhinya, kamu tidak layak untuk melaksanakannya.. Kamu melanggarnya, terimalah akibatnya.. terimalah tindakan undang-undangnya.. Itulah suasana umat akhir zaman sekarang ini.. adakah aku maksudkan tauliah itu tidak penting? Bukan... sama sekali bukan. Tauliah itu sangat penting untuk mengesahkan kelayakan kita. Cuma.. Aku ingin mengungkit ketidak adilan.. yang sedang berlaku sekarang ini.. Semestinya aku sebagai penganut agama ISLAM.. aku ingin berkata tentang nasib ISLAMku.. "bagaimana sekarang ini? Apa sudah terbalikkah dunia