Sabtu, 26 Februari 2011

Tazkirah 14 : Cara-cara Bangun Solat Subuh


Assalamualaikum w.b.t.....

Entri kali ini adalah berdasarkan kepada pengalaman serta pembacaan buku terbaharu (21 Tips bagi yang sukar bangun subuh) di MPH (tak sempat beli jadi baca sajalah) dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja untuk memudahkan kalian dapat bangun solat subuh meskipun pada hari cuti.



Kebiasaannya pada hari kuliah kita akan lebih mudah tersedar atau terbangun dari tidur meskipun kadang-kadang lajak juga solat subuh (subuh Dinosaur!). Tetapi yang lebih menyedihkan adalah kadang-kadang kita sebagai manusia tidak terlepas dari dosa dan perkara-perkara mungkar. Disebabkan hal inilah yang telah menyebabkan kita kadang kala terlepas waktu subuh sama ada secara tidak sengaja ataupun sengaja (dah kejut pun tak nak bangun!).


Yang secara tak sengaja pandai-pandailah qada' solat anda, ingat! solat 5 Waktu itu WAJIB! Kita sebagai orang yang matang perlu sedar dan ambil berat tentang semua ini, kerana yang membezakan kita sebagai orang Islam dengan orang kafir adalah solat 5 Waktu..



Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :



  1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
  2. Ambil wuduk sebelum tidur.
  3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
  4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
  5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul 6 a.m (contoh la, sebaiknya 10minit sebelum subuh) kerana Allah.'
  6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
  7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
  8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
  9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan berkualiti.
  10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan sebilik@jiran sebelah untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air, ketuk dinding@pintu bilik atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!




p.s kalau tak bangun gak...memang nak kena pijak! =)

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...