Ahad, 18 Disember 2011

Info 16 : TIPS-TIPS UJIAN JPJ – BHG. 3 (JALAN RAYA) KELAS D (KERETA)


Ketika menghadiri Ujian JPJ,  anda perlu berpakaian sopan dan menjaga tata tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.

1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan
i) Laraskan tempat duduk. Pastikan anda selesa untuk memandu.
ii) Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan anda dapat melihat dengan baik belakang kereta  anda.
iii) Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu berfungsi.
iv) Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan enjen kereta.
v) Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.

2) Berhenti di Persimpangan
Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear.

Sabtu, 17 Disember 2011

info 15 : "Chicken Wing" punca Ketumbuhan-Kisah Benar


chicken wing

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita

Kisah Benar ...!Seorang rakan saya baru-baru ini mempunyai pertumbuhan dalam rahim dia dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut.

Jumaat, 16 Disember 2011

Info 14 : ANTARA SEBAB PEREMPUAN TIDAK BOLEH KAHWIN EMPAT?

Jangan pedulikan Salleh Yacob kahwin 4..memang dia mampu…kan….perkataan yang biasa akan keluar dari mulut perempuan…” nasib baik perempuan tak boleh kahwin 4!! kalau taaakkk!”….ye ke tak??  selain memang tak boleh di sisi agama…ada lagi salah satu sebab perempuan tak boleh kahwin lebih daripada 1 dalam 1 masa…lihat ilustrasi di bawah ini..ada kebenarannya juga…opss!..kena fahamkan betul-betul..agak menusuk ke kalbu sikit…hehe…
Unnamed1 ANTARA SEBAB PEREMPUAN X BOLEH KAHWIN EMPAT?



Unnamed2 ANTARA SEBAB PEREMPUAN X BOLEH KAHWIN EMPAT?

Selasa, 13 Disember 2011

Tutorial 26 : Cara Hack Windows Administrator Password : PC Login Now

Cara-cara Menggunakannya :

1. Muat turun fail ISO PC Login Now di sini ->
PC Login Now

2. Rakamkan (burn) ke dalam CD menggunakan perisian
ImgBurn atau perisian-perisian lain yang seumpama dengannya.

3. Boleh juga rakamkan ke dalam USB Pendrive menggunakan
UNetbootin. Pilih pada pilihan kedua (Diskimage)

4. Set BIOS untuk boot sama ada dari CD/DVD-ROM atau USB Pendrive.


Ahad, 11 Disember 2011

Tutorial 25 : Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang DVD?


DVD+RW adalah evolusi teknologi penulisan semula CD dan diunjurkan kepada DVD Video dan teknologi DVD-ROM yang menawarkan pengguna keupayaan untuk menghasilkan DVD tersendiri filem peribadi kepada DVD yang bole menyimpan saat-saat indah, menyimpan data, imej dan video pada cakera berkapasiti tinggi.

Kini ramai yang menggunakan DVD sebagai medium menonton filem wayang. Namun komputer menggunakan DVD+RW untuk memudahkan ia menulis kepada cakera DVD. Oleh kerana ramai yang ingin tahu mengenai DVD+RW dan juga format-format yang berkaitan.

Apakah itu DVD+RW ?

Sabtu, 10 Disember 2011

Tutorial 24 : Kegunaan Safe Mode

Safe Mode (tekan ja f8)

Kebiasaannya safe mode akan digunakan dikala ada masalah pada windows. Saya akan gunakan safe mode ini sama ada untuk backup semua data yang ada document dan desktop (yang kebiasaannya orang simpan data) ataupun repair windows tersebut. Sekiranya gagal untuk melepasi safe mode, hipotesis yang saya pegang adalah dengan format kembali hardisk tersebut dengan menggantikannya dengan windows yang baharu.:)

Di bawah ini adalah salah satu hipotesis pelik yang saya pegang. Amaran: Kesemua ini bergantung kepada kebanyakan windows dan tidak semestinya sama setiap masalah yang ada pada windows. 

Saya percaya,

1 – Jika sesebuah komputer itu berjaya masuk ke Safe Mode, komputer itu masih boleh diselamatkan.

Tutorial 23 : Cara Ekstrak content dari fail ISO

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri kali ini saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat tentang cara nak extract content dari fail .iso....
Sebelum itu saya tunjukkan dulu apa itu fail .iso...


Jumaat, 2 Disember 2011

Info 13 : Nak laju??? Koreklah blok!!..

Kenapa orang selalu korek blok kat motosikal tu ek?? Nak laju?? Laju sangat ke?
Tak tau lah kenapa pemilik motosikal ni suka sangat nak buat korek blok.. ok kat sini aku terangkan sikit pasal korek blok ni dan fungsinya... maaf aku tak ada gambar blok 4 Lejang sebagai contoh gambar blok 125Z jer yang ada... harap anda faham yerr...
korek = porting blok (ni fungsi dia nak melawaskan enjin dan jugak secara amnye nak naikkan power motor kena besar lubang ekos dan 4 lubang udara. )potong head = tinggikan compression motor

Khamis, 1 Disember 2011

Tazkirah 44 : Perbezaan Cara Sebatan Islam Dengan Cara Sebatan Civil

Gambaran Cara Sebatan Cara Islam

[Image: image001.jpg]
SEBAT CARA ISLAM
  1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
  2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
  3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
  4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
  5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
  6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
  7. Tidak melukakan kulit pesalah


Gambaran Cara Sebatan Cara Civil


[Image: image007.jpg] [Image: image005.jpg][Image: sebatsivil1.jpeg]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...