Info 16 : TIPS-TIPS UJIAN JPJ – BHG. 3 (JALAN RAYA) KELAS D (KERETA)


Ketika menghadiri Ujian JPJ,  anda perlu berpakaian sopan dan menjaga tata tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.

1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan
i) Laraskan tempat duduk. Pastikan anda selesa untuk memandu.
ii) Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan anda dapat melihat dengan baik belakang kereta  anda.
iii) Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu berfungsi.
iv) Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan enjen kereta.
v) Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.

2) Berhenti di Persimpangan
Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear.

 Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.

3) Memandu di Jalan Raya
Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang ditetapkan.  Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal stereng dengan baik.

4) Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)
Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.

5) Memandu di Lampu Isyarat
Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti. Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.

6) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.

7) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian
Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik ‘hand brake’.
Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam menghadapi ujian tersebut. Semoga Berjaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat