Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Tazkirah 50 : Membudayakan Qasidah dalam Masyarakat

Imej
Salah satu seni hiburan Islam yang ada adalah qasidah. Pada mulanya penulis menganggap qasidah dan nasyid adalah dua benda yang sama tetapi berlainan nama namun setelah menghayati bait-bait beberapa qasidah dengan maknanya, nyata qasidah dan nasyid jauh berbeza. Mendengar qasidah tidak sama seperti nasyid. Adakala kita dengar nasyid tapi hati tetap tak ingat pada Allah dan Rasulullah. Malah ada yang dengar nasyid tapi lalai ketika mendengarnya. Berbeza dengan qasidah, permulaannya dimulakan dengan selawat sudah pasti akan mengingatkan kita bahawa qasidah adalah satu seni yang indah berbanding nasyid. Apa Itu Qasidah? Qasidah merupakan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.

Tazkirah 49 : Adilkah Penilaian Begini Kepada Murid Kita?

Imej
Adilkah kita menilai dan melabel murid cemerlang dengan cara begini? Tahukah kita bahawa mereka juga manusia biasa yang memiliki pelbagai tahap@jenis kecerdasan pelbagai?  Tindakan kita boleh menyebabkan mereka tidak kenal potensi diri mereka.. Sudah tiba masanya kita sebagai bakal guru merobah segalanya!

Tutorial 35 : Wallpaper Changer for Window 7 Starter (Netbook 1 Malaysia)

Imej
Baiklah, tajuk di atas sebenarnya untuk bagitahu yang anda boleh menukar wallpaper untuk Netbook 1Malaysia yang anda dapat free tu..:) Netbook 1Malaysia ni sudah siap sedia ter install dengan  sistem operasi Microsoft Windows 7 edisi Starter.. Tapi,  salah satu kekurangan nya ialah tiada Personalize . Macam mana nak install Personalize tu?? Hari tuh saya cari kat Google,pastu saya jumpa dengan software Starter Background Changer V08 . Download Sini 4Shared | Softonic (Pilih salah satu) Anda bolehlah Download, kemudian Install. Mudah sahaja. Lepas install, Automatic akan ada Personalize kat Properties macam gambar di atas :) Selamat mencuba!

Tazkirah 48 : 10 Perkara Kelakar Di Bulan Ramadhan

Imej
Assalamualaikum.. Sempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak ini,banyak perkara yang melucukan akan berlaku pada bulan Ramadhan =) Ramai yang puasa tapi tak solat 5 waktu. Ramai yang puasa tapi tak tutup aurat. Ramai yang puasa tapi masih pergi dating. Ramai yang puasa tapi masih lagi berpakaian seksi. Ramai yang puasa tapi masih lagi ke kelab malam. Ramai yang puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawih. Ramai yang puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat. Ramai yang puasa tapi masih mengumpat. Ramai yang puasa tapi masih lagi yg lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki ( al-Mutasyabbhihatu birrijal ) Ramai yang puasa tapi masih lagi meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja. Semua ni memang ada yang terjadi bulan Ramadhan..Bagi orang-orang yang beriman,kedatangan Bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kerana besar ganjaran dan fadhilatnya dan bagi orang-orang fasik / munafik, mereka menanti kedatangan Ramadhan adalah untuk berdiet dan

Tazkirah 47 : Kita Solat Tetapi Masih Buat Perkara Mungkar

Imej
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar  (Surah al-Ankabut :45) Dalam ayat di atas, Allah telah memberitahu kita bahawa solat dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar. Maksudnya kita akan jadi manusia yang baik apabila kita solat. Betul begitu? Betul cikgu, orang solat tu, selalunya dia orang baik. Kalau betul, kenapa hari ini ramai orang yang solat, tapi masih lagi buat dosa dan mungkar pada Allah? Sedangkan ayat di dalam surah Al-Ankabut tadi mengatakan solat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Saya bagi contoh, ramai orang Islam hari ini solat 5 waktu, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Yang perempuan ramai yang pakai baju ketat-ketat, tak pakai tudung , tshirt lengan pendek . Perempuan tak boleh pakai t-shirt lengan pendek ke cikgu?

Tutorial 34 : Jom latih kosa kata dengan Game Super Text Twist + serial key

Imej
Download game ni di sini

Tutorial 33 : Jom Download Free Video Flip and Rotate

Imej
Video terbalik?? Sakit leher bila tengok?? Tak tahu macamna nak rotate??  Jom cuba aplikasi Free Video Flip and Rotate .  Pasti memudahkan anda untuk rotate video yang anda tontoni. Dapatkan aplikasi tersebut di sini

Info 19 : Koleksi Lengkap Hadis Sahih Bukhari & Muslim – Download

Imej
Bismillahirahmanirahim,  semoga Allah sentiasa melindungi kita dari fitnah dunia. Amin. Dengan teknologi yang Allah anugerahkan pada umat akhir zaman, sesuai dengan perutusan Nabi Muhammad SAW untuk sekalian manusia dan alam, Allah mudahkan penyebaran2 ajaranNya. Tidak ada alasan untuk kita beri pada Allah sewaktu dihisab nanti. Mudah2an Allah melorong kita untuk mendalami agamaNya dan beramal dengannya. Amin. Berikut adalah satu usaha yang sangat dihargai, diusahakan oleh pengusaha salafiDB untuk memuatkan kesemua terjemahan lengkap Kitab Ringkasan Shahih Bukhari dan Shahih Muslim. Berikut adalah kandungan software e-book ini; Lebih dari 5350 (terjemahan bahasa Indonesia) hadits-hadits dari Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Bulughul Maram, An-Nawawiyyah dan Riyadhus Shalihin. 6236 ayat Al-Quran dalam versi Arabic, transliterasi, terjemahan bahasa Indonesia dan bahasa Inggris (Dr. M. Taqiud-Din & Dr. M. Khan dan Yusuf Ali). Lebih dari 2600 artikel dari situs almanhaj.or

Lawak 2 : Mengapa Utara Tidak Ditawan Portugis?

Imej
Kisah di sebalik sejarah .. 1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera. 1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana.

SS Racing Spiritku masuk bengkel lagi...

Imej
Perjalanan pulang ke kampung sangat mencabar..apa tidaknya..ketika berhempas pulas mendaki bukit untuk memasuki terowong menora, tiba-tiba...enjin jammed.... di selekoh inilah tempat kejadian motoku jammed Bila dioperate..rupanya blok dan piston ada sedikit jammed...tapi tak pa..boleh lagi dipolish..cumanya punca sebenarnya adalah pump 2T yang tidak dapat berfungsi dengan baik..

Tutorial 32 : Download video guna IDM pada Mozilla Firefox Latest Version

Imej
Ingin download video daripada Youtube dengan mudah?? Tapi tak tahu caranya??? Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua dengan satu software iaitu Internet Download Manager (IDM) . Walaupun anda semua telah install IDM ini, jika anda menggunakan mozilla firefox yang terkini , tetap sukar untuk mendownload kan??? Kali ini saya akan tunjukkan caranya... 1. Pertama anda perlu install IDM . Boleh download IDM di sini. 2. Kemudian, anda perlu download IDM download panel pula di sini 3. Untuk memudahkan file yang sudah anda download tadi diletakkan di desktop 3.Anda perlu klik TOOL pada bahagian atas mozilla firefox dan pilih ADD ON 4. Pilih lambang macam gear klik dan INSTALL ADD-ON FROM FILE 5. Pilih file yang anda letak di desktop tadi dan OPEN 6. Setelah selesai akan keluar nitification meminta anda untuk RESTART mozilla firefox. 7. Selepas restart jika tidak ada apa-apa perubahan anda cuba check di TOOL>ADD ON sama ada masih DISABLE atau tidak. Jika masih DISABLE ,

Tutorial 31 : ALL Converter Pro..pilihan terbaik untuk convert semua format video

Imej
Sangat mudah untuk digunakan untuk convert format video.  ALLConverter Pro membolehkan anda menukar parameter audio dan video dengan mudah, membuat penukaran proses yang mudah, yang sedang berjalan di latar belakang, manakala anda boleh memberi keutamaan lebih kepada kerja harian atau masa lapang anda.  Ini adalah video converter yang menukar hampir semua format termasuk DivX, XviD, MOV, RM, RMVB, MPEG, VOB, DVD, WMV, AVI, MPEG-1, MPEG-2, MPEG-4, 3GP, FLV. Anda juga boleh convert DVD MPEG, atau convert filem DVD ke AVI, WMV, MPEG, 3GP, MP4, dll, yang boleh diterbitkan semula pada IPAD, iPod, iPhone, iPhone 4G, iPod touch, KIN One & Two, Apple TV, Zune, PSP, Walkman, Archos, Creative Zen, iRiver PMP, Sandisk Sansa  dan lain-lain pemain video mudah alih serta telefon bimbit, MP4/MP3 pemain, PS3, Wii, Xbox360.   Download di sini ALL Converter Pro + key Password :  Hisyam

Info 19 : Serangga Charlie @ Kumbang Rove @ Kumbang Semai @ Kumbang Kayap

Imej
Assalamualaikum.... Post kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan sejenis serangga yang sering menghantui warga penghuni asrama..Serangga ini sangat popular dalam meninggalkan kesan parut yang kekal dan mencomotkan mangsanya.:)..Serangga tersebut diberi nama CHARLIE!!!! Nama Am: Kumbang Rove Nama Spesis: Paederus fuscipes Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie

Tazkirah 46 : PEROKOK..Usahlah pentingkan diri sendiri...

Imej
AssalamualaikumSAYA menasihati seorang rakan supaya berhenti merokok kerana perbuatan itu boleh memudaratkan kesihatan. Balas rakan tadi: "Kau tidak merokok, tetapi sakit juga." Sambungnya lagi: "Orang tidak merokok pun mati." Apabila kita menasihati merokok itu membazir dan jika wang membeli rokok itu disimpan untuk keperluan lebih memerlukan, balasnya, kau tak merokok pun tak kaya . Memang susah hendak menasihati perokok kerana mereka pasti ada alasan untuk mempertahankan perbuatan buruk itu.  Merokok terbukti membawa banyak mudarat, termasuk menyebabkan strok, serangan jantung, kanser, mati pucuk dan mengganggu hubungan seks. Bentangkan apa saja fakta keburukan merokok mereka mungkin mendengar, tetapi belum pasti menginsafinya.    Paling menyakitkan hati apabila perokok memberi jawapan: “Kalau mati aku, apa engkau hendak sibuk.” Memang kita perlu menjadi penyibuk kerana asap rokok itu turut membawa mudarat kepada orang di sekeliling a

Bahan Mengajar 3 : Buku Manual Kajian Tindakan Terbitan EPRD

Bagi sesiapa yang nak buat kajian tindakan (KT) bolehlah merujuk buku panduan terbitan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD). Ada 161 halaman dan bolehlah anda cetak atau simpan untuk rujukan Kajian Tindakan..                         Manual Kajian Tindakan EPRD

Tutorial 30 : Punca Kerosakan Hardisk

Imej
Apa itu hard disk? Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM, atau pita. Dibawah terdapat diagram komponen pada hard disk . Simptom-simptom kerosakan hard disk iaitu : Hard disk anda tiba-tiba terpadam sendiri. Hard disk anda berbunyi tek,tek, tek Data anda tiba-tiba hilang. Ketika anda transfer data keluar erorr i/o. Ianya berkemungkinan kerana bekalan anda rosak ataupun bekalan kuasa tidak stabil, ataupun cable hard disk anda tidak rapat atau rosak. Punca kerosakan hard disk iaitu : Anda tidak shutdown sistem pengoperasian mengikut step yang betul , seperti komputer hang, anda terus mencabut cable bekalan kuasa. Hard disk anda terjatuh atau pun terhempak object keras . Hard disk anda terlalu panas , berkemungkinan sistem pengudaraan pada casing anda kurang,

Tutorial 29 : Convert PDF to Word???Jom cuba Quick PDF Converter!

Imej
Assalamualaikum w.b.t..... Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda semua dengan 1 software yang agak berguna..iaitu Quick-PDF PDF To Word Converter 2.2 with Crack.... Seringkali kita ingin mencari bahan rujukan di internet, kebanyakan daripada kita selalu bermasalah untuk mendapatkan fail dalam bentuk .doc ataupun format word kerana kebanyakkannya dalam bentuk pdf. Kali ini saya ada jalan penyelesaiannya iaitu dengan menggunakan software Quick Pdf Converter! Klik di sini untuk download...Selamat mencuba!

Tutorial 28 : Plug-in Al-Quran Pada MS Word

Imej
Assalamualaikum... Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua dengan salah satu plug-in al-Quran yang sangat berguna untuk Microsoft Word . Plug-in ini sangat membantu anda tanpa perlu bersusah payah mencari ayat-ayat al-Quran di internet apabila anda membuat artikel yang memerlukan tulisan ayat-ayat al-Quran .  Oleh itu, bagaimana cara memasukkan plug-in al-Quran ini? Yang berikut ialah link download plugin al-Quran untuk Microsoft Word. Klik di sini Selepas install, anda akan dapati plug-in pada microsoft word seperti gambar di bawah. Klik untuk menetapkan translasi yang anda inginkan. Seterusnya, pilihlah surah apa yang anda inginkan..Selamat Mencuba!!!:)

Info 18 : Jom Download & Print Kalender 2012 Versi Kalender Kuda

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah kalender kuda 2012 ini dapat dibuat dalam word document untuk semua orang download dan print. Saban hujung tahun, pasti tercari-cari kalender ‘kuda’, dan kadang kala terlupa dan kadang kala kedai sudah habis stok. Antara ciri yang ada pada kelendar kuda yang membuatkan orang ramai suka kelender format ini adalah kejelasannya, dan list harinya di posisi kiri dan bukan di atas. Untuk lebih menepati syarak, gambar lumba kuda dibuang dan ruangan kosong ditulis dengan hadith, ayat Quran dan kata2 ulama. Bahan ini anda boleh download dan sebarkan. Mudah-mudahan bermanfaat.   *Jika ada kesilapan sila beritahu. ** Untuk print, sila adjust margin sebelum print. Wasalam, Download : [Word version] Calendar-2012.docx [PDF version]  Calendar 2012.pdf

Info 17 : Yamaha SS & SS TWO kesayanganku....

Imej
  YAMAHA SS 110 1991    

Tazkirah 45 : Kenapa Semakin Ramai Pelajar Perempuan Yang 'Free Hair' di Sekolah??

Imej
Jika mahu melentur buluh, Biarlah dari rebungnya, Mahu mendidik anak gadis bertudung, Biarlah dari awal remaja, Satu faktor utama mengapa ramai gadis Melayu beragama Islam di Malaysia gemar tidak bertudung ialah kerana kegagalan mak bapak mereka mendidik bab menutup aurat dengan berkesan. Seusia kecil di sekolah rendah ramai mak bapak tidak serius menanamkan amalan bertudung pada anak perempuan mereka dengan alasan anak mereka masih kecil, belum baligh dan masih banyak masa untuk diajar menutup aurat. Pada usia sebegini, alasan-alasan sedemikian mungkin boleh diterima. Namun, bagi mak bapak yang bersungguh-sungguh memahukan anak-anak perempuan mereka terbiasa dengan amalan bertudung menutup aurat, pada usia sekolah rendah sebegini sepatutnya sudah diberikan penekanan. Apabila anak-anak perempuan sudah besar remaja, mula memasuki alam sekolah menengah, ramai mak bapak di Malaysia yang tidak kisah dan tidak marah anak dara mereka tidak bertud

Tutorial 27 : Bagaimana Padam Akaun Facebook anda!

Imej
Proses penghapusan sebenarnya sangat mudah, tetapi ia perlu sangat teliti dan ia akan mengambil masa 14 hari untuk menjadi rasmi. Jika anda bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal ke akaun Facebook anda, hanya ikut langkah ini: 1. Fikirkan apa-apa dan semua laman web yang anda log masuk ke menggunakan Facebook menyambung. Ini bermakna mana-mana laman web yang tidak Facebook sendiri tetapi membolehkan anda log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama seperti yang anda lakukan untuk Facebook. Sebaik sahaja anda tahu setiap satu laman web dalam senarai ini, pergi kepada setiap seorang daripada mereka dan menutup akaun anda. Jika anda log masuk ke mana-mana laman-laman dalam tempoh pembatalan (yang berlangsung selama dua minggu) akaun anda akan serta-merta dihidupkan semula dan anda akan perlu untuk memulakan semula. Anda sentiasa boleh mencipta akaun kemudian. 2. Melawat Page Pemotongan Akaun Facebook . Jika anda diminta untuk log

Karya 1 : Cerpen (Obsesi)

Imej
Obsesi Oleh : R. Riduan PAGI. Hujan lebat. Kenderaan yang berpusu-pusu masuk tidak mahu bertolak ansur dengan pejalan kaki yang rata-ratanya berbaju putih, berseluar hijau zaitun atau berkain biru muda. Samada berpayung atau berlari dengan beg di atas kepala, bukannya disandang seperti biasa.           Aku juga berbaju putih tetapi seluar aku merah darah sebab aku terlebih usia daripada mereka yang berseluar hijau zaitun. Aku cuma berdiri di pondok jaga kerana membawa payung bukan gayaku, berlari dalam hujan juga bukan acara aku. Biarlah hujan reda sedikit, baru aku akan berjalan masuk ke kawasan yang banyak bangunan bernama sekolah menengah.          Sebuah MyVi putih gading masuk perlahan-lahan ke dalam kawasan sekolah. Pemandunya seorang gadis berbaju kurung merah jambu. Tudung senadanya menyerlahkan lagi putih gebu wajah mulusnya. Dia berpaling ke arah aku lalu tersenyum sambil mengangkat tangan sedikit. Aku membalas. Namun, aku perasan pakcik Osma