Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Tazkirah 20 : Hukum orang yang tidak menunaikan sembahyang dengan sengaja

Imej
Soalan 13 Assalamualaikum wrm wrbt. Apakah hukum orang yang tidak menunaikan sembahyang dengan sengaja (tetapi dia masih mengakui kewajipan menunaikan sembahyang)? Pada hari akhirat kelak, adakah orang ini akan diazab di dalam neraka selama-lamanya iaitu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga? Sekian Terima Kasih. Jawapan. Hukum orang ini adalah orang Muslim 'Asi (muslim melakukan maksiat) . Jika dia menafikan wajibnya, maka hukumnya adalah kafir . Hadis Nabi yang bermaksud : " Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka jelaslah kufurnya ." Soal yang berkaitan dengan azab adalah urusan Allah. Tidak layak bagi kita sebagai hamba mempertikaikannya. Wallahu A'lam. Rujukan : Laman web soal jawab agama JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Review Buku 1 : 101 Rekreasi Hati

Imej
Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik) . Keistimewaan Buku ini • Sesuai dibaca semua peringkat umur. • Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor. • Mendekatkan pembaca kepada hadis. • Senang difahami dan dihayati. • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati. • Sebagai bimbingan kepada remaja. Baik, Alhamdulillah dengan izin Allah diketemukan saya dengan sebuah buku yang santai namun penuh manfaat iaitu 101 Rekreasi Hati. Buku ini adalah himpunan 101 hadith dari koleksi 300 Hadith Bimbingan yang merupakan usahasama Nik Wahfi Nik Jaafar (pelukis untuk majalah Ujang) dan Dr. Zahazan Mohamed. Isi bukunya mempunyai hadith dan diselangi dengan komik berilmiah disebelahnya berkaitan hadith tersebut. Komik yang dilukis juga ada sebahagian yang berbentu

Tutorial 12: NAK BELI LAPTOP? APA YANG PERLU KITA TAHU?

Imej
Pada post kali ini...saya akan memberikan beberapa tips kepada anda bagaimana untuk membeli laptop yang sesuai dengan keperluan anda Beberapa aspek yang kita perlu lihat dan telitikan iaitu:- 1.Budget/Harga Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan. Dan kebiasaannya biarlah berbelanja lebih sikit untuk dapatkan laptop yang berkualiti daripada terpaksa berbelanja lebih untuk hantar ke kedai untuk baiki laptop yang murah tetapi banyak masalah. 2.Penggunaan Tanya kepada diri anda "laptop yang aku nak beli tu untuk apa? main game ke? untuk buat kerja ke? untuk main internet ke?" Katakan, anda hanya guna laptop untuk kegunaan menaip, lihat movie atau guna program yang mudah, cukup dengan beli laptop yang ada spesifikasi biasa. Lainlah, jika anda gunaka

Pengumuman 4 : Isu Pendidikan : Guru Dipukul? Guru Memukul? Salah Siapa?

Imej
Minggu ini media memaparkan dua isu pendidikan yang masih berulang. Pertamanya guru dikatakan memukul pelajar yang dikatakan mencuri sehingga menyebabkan kematian. Keduanya pula pelajar menumbuk guru sehingga patah hidung. Apa yang perlu direnung dan difikirkan bersama … 1. Hasrat guru mendidik pelajar sehingga menyebabkan guru tersebut melampaui batas dan mendatangkan kecederaan memang diakui kesalahan besar tindakan guru terbabit dan dipaparkan penuh sensasi oleh media sehingga mendapat perhatian dan komentar menteri berkaitan. Memang ada kesilapan dalam tindakan dan sering kali mendapat perhatian. 2. Insiden pelajar menumbuk guru semasa cuba membawa pelajar ke bilik disiplin juga mendapat liputan media, komentar pihak atasan dan suara pembelaan terhadap guru agak senyap. Peranan ibu bapa dan penjaga juga amat penting dalam membentuk sikap anak-anak supaya kes dan isu sebegini tidak berulang. Rumusannya, kedua-dua insiden berkenaan adalah gambaran bahawa cabaran pen