Pengumuman 4 : Isu Pendidikan : Guru Dipukul? Guru Memukul? Salah Siapa?






Minggu ini media memaparkan dua isu pendidikan yang masih berulang.

Pertamanya guru dikatakan memukul pelajar yang dikatakan mencuri sehingga menyebabkan kematian.

Keduanya pula pelajar menumbuk guru sehingga patah hidung.

Apa yang perlu direnung dan difikirkan bersama …

1. Hasrat guru mendidik pelajar sehingga menyebabkan guru tersebut melampaui batas dan mendatangkan kecederaan memang diakui kesalahan besar tindakan guru terbabit dan dipaparkan penuh sensasi oleh media sehingga mendapat perhatian dan komentar menteri berkaitan. Memang ada kesilapan dalam tindakan dan sering kali mendapat perhatian.

2. Insiden pelajar menumbuk guru semasa cuba membawa pelajar ke bilik disiplin juga mendapat liputan media, komentar pihak atasan dan suara pembelaan terhadap guru agak senyap. Peranan ibu bapa dan penjaga juga amat penting dalam membentuk sikap anak-anak supaya kes dan isu sebegini tidak berulang.

Rumusannya, kedua-dua insiden berkenaan adalah gambaran bahawa cabaran pendidik masa kini amatlah berat. Kedua-dua situasi ini menunjukkan hasrat dan niat murni seorang guru ingin mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar dari terus-menerus melakukan kesilapan dan melakukan perbuatan yang melanggar disiplin seharusnya dipuji meskipun dipersalahkan mungkin kerana tindakannya yang terkadang terpesong dari tindakan yang sepatutnya dapat dikawal.

Hal ini kerana guru juga merupakan seorang insan biasa yang punyai hati dan perasaan yang sama seperti insan lain. Cuma kini cabarannya agak kuat disebabkan generasi kini yang semakin biadap dan tidak menghormati guru..Siapa yang harus dipersalahkan? Guru? Murid? atau Ibu Bapa?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat