Tazkirah 20 : Hukum orang yang tidak menunaikan sembahyang dengan sengaja



Soalan 13
Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah hukum orang yang tidak menunaikan sembahyang dengan sengaja (tetapi dia masih mengakui kewajipan menunaikan sembahyang)?
Pada hari akhirat kelak, adakah orang ini akan diazab di dalam neraka selama-lamanya iaitu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga?
Sekian Terima Kasih.


Jawapan.
Hukum orang ini adalah orang Muslim 'Asi (muslim melakukan maksiat). Jika dia menafikan wajibnya, maka hukumnya adalah kafir. Hadis Nabi yang bermaksud : " Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka jelaslah kufurnya."
Soal yang berkaitan dengan azab adalah urusan Allah. Tidak layak bagi kita sebagai hamba mempertikaikannya.
Wallahu A'lam.



Rujukan : Laman web soal jawab agama JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat