Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Bahasa Istana




Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan di kalangan kerabat diraja, apabila berhubung dengan kerabat diraja, dan apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari ini mahupun tinggal sejarah.


Perkataan: berkenan
Maksud: bersetuju
Ayat: Baginda telah berkenan untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Budiman esok.


Perkataan: Berangkat
Maksud: pergi
Ayat: Sultan negeri itu akan berangkat ke Tanah Suci esok.

Perkataan: Bertitah
Maksud: berkata
Ayat: Dalam majlis itu, baginda bertitah bahawa semua pihak harus saling-menghormati supaya perpaduan terus terpelihara.

Perkataan: bersiram
Maksud: mandi
Ayat: Tuan Puteri sedang bersiram dengan inang pengasuh di Taman.

Perkataan: bersemayam
Maksud: tinggal
Ayat: Baginda akan bersemayam di Istana Kayangan mulai 1 Mac 2011.

Perkataan: beradu
Maksud: tidur
Ayat: “Beta ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada pegawai istana baginda.




Penggunaan Bahasa Istana



BIL
PERKATAAN
MAKSUD
1
baginda
Panggilan bagi raja
2
beradu
Tidur
3
berangkat
Meninggalkan sesuatu tempat
4
bersiram
Mandi
5
bertitah
Berucap
6
beta
Kata ganti diri pertama untuk raja
7
daulat
Kuasa
8
gering
Sakit
9
hamba
Kata ganti nama orang awam ketika bertutur dengan raja
10
Hari keputeraan
Hari jadi
11
kurnia
Anugerah
12
mahkota
Perhiasan kepala
13
makam
Kubur
14
mangkat
Meninggal dunia
15
menghadap
Datang menemui raja
16
murka
Marah
17
patik
Kata ganti nama bagi golongan pembesar ketika bertutur dengan raja
18
peraduan
Tempat tidur
19
permaisuri
Isteri raja
20
santap
Makan
21
semayam
Duduk di atas takhta
22
sembah
Penghormatan kepada raja
23
singgahsana
Kerusi kerajaan
24
tabal
Majlis merasmikan kemahkotaan raja
25
iram-iram
Payung kerajaan
26
kaus
Kasut
27
bercemar duli
Digunakan pada sultan yang sudi dating ke sesuatu tempat
28
almarhum
Raja dan kerabat lelaki yang telah meninggal dunia
29
almarhumah
Permaisuri dan kerabat perempuan yang telah meninggal dunia

Ulasan

  1. I think there should some correction:

    Patik - pembesar / rakyat kepada raja
    Hamba - sesama rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..itu saya setuju..berdasarkan buku rujukan patik digunakan kepada pembesar dan raja oleh rakyat..dan hamba untuk sesama rakyat yang sama darjatnya.sorry sekadar pendapat saya..

      Padam
    2. Attention everyone, the file provided above is not working. I have been looking for the working file and finally found it.

      ✔️Click Here To Download http://gestyy.com/e0GAyS
      ✔️Click Here To Download
      ✔️Click Here To Download http://exe.io/XONVsO6l
      ✔️Click Here To Download
      ✔️Click Here To Download
      ✔️Full Version Software Download with Keygen Patch Crack
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .

      .

      .
      .

      .

      .
      .
      .
      .

      Mn.
      ..

      .
      .
      .
      ..
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      ..
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .xccccc
      .
      .sdcccxxx

      Padam
  2. terima kasih atas maklumat yg sungguh berguna ini

    BalasPadam
  3. Cikgu redzuan sekolah mana

    BalasPadam
  4. Macam mana nak buat ayat diraja

    BalasPadam
  5. ape nieeee..... bodoh2

    BalasPadam
  6. WTF betui lah>weyh tak faham betui lah

    BalasPadam
  7. Saya ingin bertanya...adakah menaiki dan memandu dlm bahasa istana sama sahaja???atau tidak???jika tidak blh bgitau saya ape bahasa istananya???

    BalasPadam
  8. Sangat berguna kepada murid!

    BalasPadam
  9. Apakah sepasang dalam bahasa istana cikgu?Contoh:sepasang pakaian

    BalasPadam
  10. APA ITU hulu...??
    Dalam bahasa istana

    BalasPadam
  11. Apa maksud gusar,menjunjung panji,limpah perkenan,mahligai,takhta,berkelana,merafak sembah,menjunjung kasih,bermusafir dan masygul

    BalasPadam
  12. Jika nak mengucapkan ucapan juga guna mentitah ke?

    BalasPadam
  13. apakah contoh ayat bagi perkataan almarhum?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Rujukan kehormat