Rabu, 31 Ogos 2011

Tazkirah 34 : Raya...Mercun...dan ICU...

Musim perayaan sememangnya musim yang dinanti-nantikan banyak orang..sama ada yang kecil, muda dan tua semuanya ghairah dalam membuat persedian untuk menghadapinya..

Tetapi hati ini terpanggil apabila pemerhatian di dada-dada akhbar dan persekitaran kampung saya sendiri apabila mendapati suasana terlalu meriah sehinggakan terasa macam ter'over' pula sambutannya. Apa tidaknya suasana nyaman aman damai berubah seperti peperangan...berdentum sana sini dek bunyi mercun dan bunga api yang kuat sehingga mengganggu para jemaah di masjid. Bukan tidak benarkan untuk bersuka-ria tetapi berpada-padalah..janganlah sampai ditimpa celaka dan masuk ICU baru nak tersedar. Ketika itu, menyesal pun dah tak berguna lagi kan?...


Kepada yang terlibat, saya nasihatkan elakkan la ye..sayangilah orang yang masih menyayangi diri anda...kerana tangan dan kaki anda itu banyak lagi kegunaannya dan sumbangannya sangat diperlukan bukan sahaja untuk keperluan seharian bahkan untuk beribadat dan berbakti kepada agama..kerana itulah sebaik-baik sumbangan kita sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. 

Pesanan ini saya tujukan khas untuk diri ini dan sahabat-sahabt. Ingat, beraya tu berayalah juga cumanya jangan sampai merana diri..Assalamualaikum w.b.t...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...