Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Info 17 : Yamaha SS & SS TWO kesayanganku....

Imej
  YAMAHA SS 110 1991    

Tazkirah 45 : Kenapa Semakin Ramai Pelajar Perempuan Yang 'Free Hair' di Sekolah??

Imej
Jika mahu melentur buluh, Biarlah dari rebungnya, Mahu mendidik anak gadis bertudung, Biarlah dari awal remaja, Satu faktor utama mengapa ramai gadis Melayu beragama Islam di Malaysia gemar tidak bertudung ialah kerana kegagalan mak bapak mereka mendidik bab menutup aurat dengan berkesan. Seusia kecil di sekolah rendah ramai mak bapak tidak serius menanamkan amalan bertudung pada anak perempuan mereka dengan alasan anak mereka masih kecil, belum baligh dan masih banyak masa untuk diajar menutup aurat. Pada usia sebegini, alasan-alasan sedemikian mungkin boleh diterima. Namun, bagi mak bapak yang bersungguh-sungguh memahukan anak-anak perempuan mereka terbiasa dengan amalan bertudung menutup aurat, pada usia sekolah rendah sebegini sepatutnya sudah diberikan penekanan. Apabila anak-anak perempuan sudah besar remaja, mula memasuki alam sekolah menengah, ramai mak bapak di Malaysia yang tidak kisah dan tidak marah anak dara mereka tidak bertud

Tutorial 27 : Bagaimana Padam Akaun Facebook anda!

Imej
Proses penghapusan sebenarnya sangat mudah, tetapi ia perlu sangat teliti dan ia akan mengambil masa 14 hari untuk menjadi rasmi. Jika anda bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal ke akaun Facebook anda, hanya ikut langkah ini: 1. Fikirkan apa-apa dan semua laman web yang anda log masuk ke menggunakan Facebook menyambung. Ini bermakna mana-mana laman web yang tidak Facebook sendiri tetapi membolehkan anda log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama seperti yang anda lakukan untuk Facebook. Sebaik sahaja anda tahu setiap satu laman web dalam senarai ini, pergi kepada setiap seorang daripada mereka dan menutup akaun anda. Jika anda log masuk ke mana-mana laman-laman dalam tempoh pembatalan (yang berlangsung selama dua minggu) akaun anda akan serta-merta dihidupkan semula dan anda akan perlu untuk memulakan semula. Anda sentiasa boleh mencipta akaun kemudian. 2. Melawat Page Pemotongan Akaun Facebook . Jika anda diminta untuk log

Karya 1 : Cerpen (Obsesi)

Imej
Obsesi Oleh : R. Riduan PAGI. Hujan lebat. Kenderaan yang berpusu-pusu masuk tidak mahu bertolak ansur dengan pejalan kaki yang rata-ratanya berbaju putih, berseluar hijau zaitun atau berkain biru muda. Samada berpayung atau berlari dengan beg di atas kepala, bukannya disandang seperti biasa.           Aku juga berbaju putih tetapi seluar aku merah darah sebab aku terlebih usia daripada mereka yang berseluar hijau zaitun. Aku cuma berdiri di pondok jaga kerana membawa payung bukan gayaku, berlari dalam hujan juga bukan acara aku. Biarlah hujan reda sedikit, baru aku akan berjalan masuk ke kawasan yang banyak bangunan bernama sekolah menengah.          Sebuah MyVi putih gading masuk perlahan-lahan ke dalam kawasan sekolah. Pemandunya seorang gadis berbaju kurung merah jambu. Tudung senadanya menyerlahkan lagi putih gebu wajah mulusnya. Dia berpaling ke arah aku lalu tersenyum sambil mengangkat tangan sedikit. Aku membalas. Namun, aku perasan pakcik Osma