Tazkirah 45 : Kenapa Semakin Ramai Pelajar Perempuan Yang 'Free Hair' di Sekolah??



Jika mahu melentur buluh,
Biarlah dari rebungnya,
Mahu mendidik anak gadis bertudung,
Biarlah dari awal remaja,


Satu faktor utama mengapa ramai gadis Melayu beragama Islam di Malaysia gemar tidak bertudung ialah kerana kegagalan mak bapak mereka mendidik bab menutup aurat dengan berkesan.

Seusia kecil di sekolah rendah ramai mak bapak tidak serius menanamkan amalan bertudung pada anak perempuan mereka dengan alasan anak mereka masih kecil, belum baligh dan masih banyak masa untuk diajar menutup aurat. Pada usia sebegini, alasan-alasan sedemikian mungkin boleh diterima. Namun, bagi mak bapak yang bersungguh-sungguh memahukan anak-anak perempuan mereka terbiasa dengan amalan bertudung menutup aurat, pada usia sekolah rendah sebegini sepatutnya sudah diberikan penekanan.

Apabila anak-anak perempuan sudah besar remaja, mula memasuki alam sekolah menengah, ramai mak bapak di Malaysia yang tidak kisah dan tidak marah anak dara mereka tidak bertudung samaada ke sekolah ataupun bejalan ke luar. Mereka terlalu bertolak ansur dengan (sikap-mahukan-kebebasan) anak-anak dara mereka. Di mana kita ketahui, pada usia belasan tahun ini, para remaja khususnya perempuan sudah banyak teserlah tarikan tubuh badan mereka.

Mereka semakin suka untuk bercantik-cantikan untuk mendapatkan perhatian lelaki dan rakan-rakan.

Maka, secara kasarnya adalah lebih sukar untuk menegaskan anak-anak remaja untuk bertudung secara istiqamah berbanding mereka di usia kanak-kanak dahulu. Dijangkakan kemungkinan besar mereka akan pandai mencipta alasan, berdolak-dalih dan melawan arahan ibu-bapa. Akhirnya menyebabkan ramai mak bapak menyerah kalah pada keinginan anak-anak dara mereka untuk free hair.

Alah bisa tegal biasa. Setelah bertahun-tahun biasa dengan free hair. Bila tiba usia dewasa dan alam pekerjaan, mereka akan akan menjadi Muslimah free hair yang tegar. Pakai tudung sekejap sahaja mereka sudah rasa rimas dan panas. Bagi mereka, tudung itu leceh dan menghalang orang-orang di luar melihat kecantikan diri mereka sepenuhnya.

Akhirnya mereka akan memberikan jawapan standard yang biasa diberikan Muslimah yang tidak sanggup meninggalkan alam free hair iaitu "Alah...kalau bertudung pun, belum tentu masuk syurga. Kalau bertudung labuh, tetapi hati busuk mengumpat orang buat apa..? Walaupun saya tak pakai tudung, tetapi solat dan puasa saya tak tinggal...."

Kemudian, mereka muncul dengan hujah yang lagi best "Allah tidak melihat luaran seseorang, Allah melihat seseorang itu pada amalan dan hati mereka.." Kalau macam tu, tak bertudung pun OK, asalkan hati baik.

Alasan standard untuk mengunci mulut pihak yang cuba menasihat.

Dicedok daripada http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/ 

Ulasan

  1. jawapan bg soalan diatas..
    soalan 1 : Alah...kalau bertudung pun, belum tentu masuk syurga.
    JAWAPANNYA: kalau mbertudung pun belum tentu ke syurga..YANG TIDAK BERTUDUNG DAH PASTI KENERAKA..sebab jelas dia menolak hukum2 Allah.

    soalan ke 2: Kalau bertudung labuh, tetapi hati busuk mengumpat orang buat apa..?
    JAWAPANNYA :BERTUDUNG ADALAH KEWAJIPAN YANG DI TUNTUT BUAT SEMUA WANITA MUSLIM SAMAADA YANG BAIK HATI ATAU PUN SEBALIKNYA.

    soalan ke 3 : Walaupun saya tak pakai tudung, tetapi solat dan puasa saya tak tinggal...."
    JAWAPANNYA : BUKAN KAH ALLAH DAH BERFIRMAN " MASUKLAH KAMU KEDALAM AGAMA ISLAM SECARA MENYELURUH (GLOBAL)..BUKAN DGN SECARA SEPARUH -SEPARUH..jadi nnti di mahsyar kita akan kerugian kerana..pahala kita akan di -+x dgn dosa kita...WAKTU SOLAT KNP BERTUDUNG..LPAS
    SOLAT KITA DEDAH SEMUA..APAKAH DIA MNGANGGAP
    ALLAH ITU HANYA MELIHAT WAKTU SOLAT DAN SELEPAS ITU ALLAH MENJADI BUTA...????

    soalan ke 4 : "Allah tidak melihat luaran seseorang, Allah melihat seseorang itu pada amalan dan hati mereka.."
    JAWAPANNYA: BAGAIMANA KITA SANGGUP MENGAKU PADA TUHAN HATI KITA BAIK..SEDANGKAN TERANG2 KITA MENOLAK PERINTAHNYA..

    Faktor luaran yang allah maksud kan,bukanlah aurat yang didedahkan..tetapi faktor rupa dan harta..cuba hayati hadis ini...

    Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
    "Allah tidak memandang rupa dun harta kamu tetapi Dia memandang hati dun amalan kamu." (Riwayat Muslim)

    SO...DGN MENDEDAHKAN AURAT KAMU..ADAKAH ITU TANDA2 HATI YANG AKAN ALLAH PANDANG..????? ADAKAH HATI SEPERTI ITU BLEH DI GELAR SEBAGAI HATI YANG "SIHAT DAN MULIA"....????

    bg sesiapa yang ada masalah mncari jawapan..disinilah jawapannya...hehehe.

    BalasPadam
  2. Ramai tak kesah masuk neraka. Dah dorang tak kesah, apahal kau nak kesah?

    Lagi pun syurga neraka tak kekal selamanya. Yang kekal hanya Allah. Buat apalah kejar masuk syurga, nanti Allah musnahkan jugak.

    Jangan cakap syurga neraka kekal, sebab nanti korang samakan makhluk dengan Allah. Hanya Allah yang bersifat kekal

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat