Sabtu, 21 Mei 2011

Tazkirah 25 : Khas untukmu LELAKI



Pertama dan selamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur di atas limpahan nikmat dan rahmatNYA terutamanya nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Baiklah meskipun berada dalam mode peperiksaan, niat ingin sampaikan terlalu membuak-buak dan post kali ini adalah khas ditujukan buat sahabat-sahabat sejenis saya yakni LELAKI. Bukan apa, post sebelum ini saya telah mendedahkan bagaimana bentuk-bentuk dan trend-trend terkini pakaian wanita MELAYU ISLAM. Jadi post kali ini adalah secara adilnya adalah merujuk kepada kaum adam.

Aurat lelaki kebiasaannya dipandang remeh berbanding aurat wanita, kenapa????Jika terlihat ada wanita yang memakai tudung singkat, kecil, pakai legging, pakai skirt, dan bermacam-macam lagi, akan terdengarlah ramai kaum lelaki yang akan bising-bising menyalahkan, mengherdik, mencaci dan sebagainya. Kononnya ingin menyedarkan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ISLAM.

Keprihatinan tersebut sangatlah positif sebagai umat ISLAM, tetapi sedarkan sahabat sekalian bahawa anda juga diperhatikan kaum wanita?? Saya sebagai seorang lelaki juga agak malu apabila ditegur bahawa lelaki lagi ramai yang tidak menutup aurat, tetapi kenapa tiada yang bising-bising dan ambil tindakan??? Betulkah lelaki ramai tidak menutup aurat???

Jumaat, 20 Mei 2011

Tazkirah 24 : Nur Syahadah : Kisah Ustaz Muhammad Fitri (Bekas Mubaligh Hindu) Temui Keindahan Islam

USTAZ FITRI ABDULLAH

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 .
Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.


Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincangan itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan:

“Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya.

Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.
Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

“Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut:

“Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”

“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.


Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

“Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau,” jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

“Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

“Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri.

Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

“Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.



“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

“Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini,”
ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Bagi yang ingin mengikuti ceramah penuh tersebut, sila klik link ini untuk tayangan video kuliah beliau yang berlangsung di Perlis suatu ketika dahulu.

P/s: Walaupun mereka agak lambat sikit menerima Islam berbanding dengan kita yang menerima Islam daripada keIslaman ibu dan ayah kita, iman mereka dan kerja da'wah mereka jauh lebih hebat daripada kita.

dipetik daripada : halaqah.net

Sabtu, 14 Mei 2011

Tazkirah 23 : 4 Golongan Manusia Bersama Sheikh Naqjamudin Syed Othman


Post kali ini saya ingin kongsikan antara intipati nasihat dan tazkirah yang telah disampaikan oleh Sheikh Naqjamudin Syed Othman di Surau At Taqwa IPG Kampus Bahasa Melayu pada 12 Mei 2011 yang lalu. Terlalu banyak sebenarnya input yang ingin dikongsikan tetapi saya begitu tertarik dengan 4 golongan manusia yang digambarkan oleh Imam Al Ghazali.

Imam Ghazali menggambarkan bahawa manusia terbahagi kepada 4 (empat) golongan, 4 golongan yang dimaksud adalah :


1. Rojulun Yadri wa Yadri Annahu Yadri

Seseorang yang tahu, dan dia tahu apa yang dirinya tahu.


Orang seperti ini biasanya disebut ‘Alim = mengetahui. Orang yang seperti ini apa yang harus kita lakukan adalah dengan mengikutinya, apalagi kalau kita masih belajar dan dambakan banyak ilmu. Maka, sudah sepatutnya kita mencari orang seperti ini.

Ini adalah jenis manusia yang paling baik berdasarkan ilmu pengetahuannya, ia tidak hanya memiliki pengetahuan yang luas tetapi juga dia menyedari ilmunya sehingga ia mengamalkannya di jalan Allah SWT. Ia senantiasa berusaha sebaik mungkin untuk mengamalkan ilmunya demi kebaikan umat. Orang seperti ini meskipun pengetahuannya luas dan mantap, ia tidak sombong dan tidak berhenti belajar.

Manusia jenis ini adalah manusia unggul, manusia seperti inilah yang mampu merobah dunia ke arah yang lebih baik, mereka layak menjadi lifemaking. Jumlah manusia seperti ini tidaklah banyak, tetapi setiap di mana ia berada ia akan menjadi nyawa bagi kehidupan umat manusia lainnya. Subhanallah… dimanakah orang-orang yang seperti ini ?


2. Rojulun Yadri wa Laa Yadri Annahu Yadri

Seseorang yang tahu, tetapi dia tidak tahu apa yang dirinya tahu.


Orang yang seperti ini,dapatlah kita umpamakannya seperti orang yang tengah tidur, lalu bagaimana sikap kita dengan orang yang seperti ini ? Bangunkan dia !. Manusia seperti ini sesungguhnya memiliki ilmu dan kecekapan, tetapi dia tidak pernah menyedari bahawa sesungguhnya dia memiliki potensi yang luar biasa tersebut. Manusia seperti ini sering kita jumpai disekeliling kita, kehadirannya seakan-akan tidak berguna selama dia belum bangun (menyedari kemampuannya).

Sekali lagi orang-orang seperti ini harus segera di bangunkan, kerana ilmunya yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah, adanya dia menjadi seperti tidak ada. Kepada yang mempunyai sahabat seperti ini, ingatkan dia, yakinkan dia bahawa dia memiliki potensi untuk berbakti kepada masyarakat, bangsa dan agama.


3. Rojulun Laa Yadri Annahu Laa Yadri

Seseorang yang tidak tahu, tetapi dia tahu (sedar diri) apa yang dia tidak tahu.


Orang-orang seperti ini adalah orang yang masih rapuh, masih lemah pengetahuannya, masih rendah pengetahuannya. Maka bagi orang-orang yang berilmu yang berada disekitarnya adalah berkewajiban untuk membimbing dan mengajarinya.

Menurut Imam Ghazali, manusia seperti ini masih tergolong baik. Sebab manusia seperti ini menyedari akan kekurangannya, ia mampu memunasabah dirinya dan mampu menempatkan diri untuk belajar. Kerana ia tahu akan segala kekurangannya, ia terus berusaha menyempurnakannya. Dengan terus berusaha untuk belajar, dan sangat mengharapkan satu ketika nanti mampu menjadi oarng berilmu dan tahu akan dirinya yang mempunyai ilmu yang harus diamalkan.

Meskipun tergolong baik, tetapi ini bukan golongan manusia yang mampu membuat perubahan nyata bagi lingkungannya. Sebab, tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, maka manusia tidak mampu berinovasi.

Baiknya, golongan manusia seperti ini dengan akal sihatnya tidak akan menghalangi sebuah proses perubahan ke arah yang lebih baik. Dia tidak akan berani memegang amanah yang ia rasa tidak mampu untuk memegangnya, kerana ia tahu siapa dirinya.


4. Rojulun Laa Yadri wa Laa Yadri Annahu Laa Yadri

Seseorang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu apa yang dirinya tidak tahu.


Inilah golongan manusia yang paling buruk, tidak berilmu (jahil), tidak tahu diri dan tidak berguna. Ia selalu merasakan serba tahu, merasakan benar, merasakan memiliki ilmu yang banyak, padahal ia tidak tahu apa-apa. Pendek kata manusia seperti ini susah sekali untuk diharapkan, ketika mana pendapatnya sudah salah dan lemah sekalipun ia tetap mencari-cari alasan untuk membenarkan kesalahannya tersebut. Kalau di tegur atau di ingatkan ia akan membantah, melenting dan memberontak kerana ia merasakan tahu atau bahkan merasakan lebih tahu. Manusia seperti ini paling susah untuk mendapatkan kebaikannya.

Janganlah diikut orang seperti ini, kalau memang kita rasakan tidak sanggup untuk menyedarkannya maka lebih baik meninggalkannya kerana takut-takut kita yang akan terpengaruhi akan dia. Ingat, ilmu yang palsu (keliru) jauh lebih berbahaya dari kebodohan.

Terlalu banyak istilah untuk menggambarkan orang seperti ini, hal ini sebanding dengan banyaknya manusia jenis seperti ini (atau bahkan jangan-jangan diri kita sendiri ?, naudzubillah….). Biasanya orang seperti inilah yang jahil dan terbawa-bawa oleh aliran sesat atau yang menyesatkan. Meninggalkannya masih jauh lebih baik daripada banyak berdebat dengannya yang hanya akan menimbulkan pertikaian, debat yang tak akan pernah berkesudahan karena jalur pemikirannya sendiri sudah berbeda. Orang yang berilmu kalau berdebat dengan orang yang Jahil umpama itik yang bercakap dengan ayam. Apa yang pasti si jahil tetap akan menegakkan benang yang basah meskipun isinya kosong semata-mata.

Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan yang ke-4 meskipun kita tidak tahu, kita sebenarnya diberi nikmat dan kesempatan untuk terus belajar dan belajar. wallahu 'alam...

Sabtu, 7 Mei 2011

Tazkirah 22 : Siapa Sanggup Mati Kerana ALLAH???



Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih....



Bayangkan benda ini berlaku pada anda. Suatu hari pada masa sembahyang Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam, tidak menampakkan apa-apa cuma dua biji mata dan membawa machine gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik.

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu."

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:




"Baiklah Pak Imam, saya sudah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat."

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah. Macammana? adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? selain terhibur anda fikirlahlah. Lawakkan? dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman. Lawakkan? Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki tadi hanya membawa machine gun, tapi dia tak kata pun nak bunuh.

Tapi generasi sekarang amat lemah, baru diugut sedikit terus lari lintang pukang. Langsung mereka tak menunaikan sembahyang jumaat. Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila time sembahyang Jumaat. Tunjuk muka dekat orang kampung.

Ada tu lagi dashyat, setahun 2 kali aje. Iaitu bila time sembahyang raya. Lawakkan? ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran. Lawakkan? Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.




Lawakkan? kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai, tak cukup masa, apatah lagi berzikir. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread ataupun entry ataupun email yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat dan rangkaian, tapi merasa amat berat nak berkongsi dan nak menghantar artikel-artikel yang berunsur agama.

Lawakkan???

Kenapa gelak? itu kan realiti.. tapi yang paling lawak sekali, berapa orang yang lepas baca apa yang terkandung dia atas ini akan sampaikan kepada orang lain? berapa orang yang akan buka dan luangkan masa membacanya? berapa banyak????

ingatlah sahabat-sahabat...Allah tidak tanya apa hasil dan kejayaanmu, etapi Allah akan tanya apa usahamu untuk Agama Allah...sekian, renung-renungkan..




Sumber : Iman kita

Tazkirah 21 : Surat Syaitan Buat Makhluk Bernama MANUSIA


Wahai engkau yang membaca surat ini,
Aku melihat gerak-geri mu kelmarin,
di saat engkau memulai aktiviti harianmu.


Kau bangun tanpa sujud mengerjakan solat subuhmu,
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu,
juga tidak mengerjakan solat Isha’ sebelum berangkat ke tempat tidurmu

Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya.
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya hati aku melihatmu tidak mengubah cara hidupmu.


Hai Bodoh,
Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
tetapi aku masih belum mencintaimu.
Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah.


Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari syurga,
dan aku akan terus memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalasnya.


Kau lihat,
ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu di hari yang akan datang.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku tanpa ragu-ragu,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Supaya kau dapat menemani aku di neraka kelak,
dan ini akan menyakiti hati ALLAH.


Aku benar-benar berterima kasih padamu,
kerana aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu
Kita menonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, menghakimi orang, mengumpat orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.


TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan semua ini begitu saja kan?


Ayuhlah Bodoh,
kita terbakar bersama dan selamanya.
Aku masih memiliki rencana-rencana hangat untuk kita berdua.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkanku untuk memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.


Kau memang sangat mudah diperbodohkan dan aku mentertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa,
Engkau telah menghadiahkan tawa kepada ku.


Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kau sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.



Yang perlu kau lakukan adalah merokok, bermabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois yang mungkin.
Lakukan semua ini di depan anak-anak dan mereka akan menirunya.



Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggodamu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup beribadat kepada Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.


Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dengan berterusan melakukan dosa memang agak aneh.


Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Dan aku akan terus menggodamu sehingga akhir hayatmu,
Supaya kau terus menjauhi perintah Allah dan sesat selamanya.



Sumber: Group Srikandi2 Islam di FB

Pengumuman 5 : Pengumuman Demo Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi IPG Kampus Bahasa Melayu

Post kali ini adalah sekadar untuk mempromosikan seni warisan bangsa kita yang semakin dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri..seni silat yang suatu ketika dahulu menjadi salah satu amalan masyarakat Melayu untuk mempertahankan diri daripada segala macam ancaman musuh..saksikan...:)

video

Bersempena dengan aktiviti Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu iaitu Larian Guru 2011, majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas jaguh bina badan negara iaitu Dato' Abd Malik Noor..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...