Sabtu, 21 Mei 2011

Tazkirah 25 : Khas untukmu LELAKI



Pertama dan selamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur di atas limpahan nikmat dan rahmatNYA terutamanya nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Baiklah meskipun berada dalam mode peperiksaan, niat ingin sampaikan terlalu membuak-buak dan post kali ini adalah khas ditujukan buat sahabat-sahabat sejenis saya yakni LELAKI. Bukan apa, post sebelum ini saya telah mendedahkan bagaimana bentuk-bentuk dan trend-trend terkini pakaian wanita MELAYU ISLAM. Jadi post kali ini adalah secara adilnya adalah merujuk kepada kaum adam.

Aurat lelaki kebiasaannya dipandang remeh berbanding aurat wanita, kenapa????Jika terlihat ada wanita yang memakai tudung singkat, kecil, pakai legging, pakai skirt, dan bermacam-macam lagi, akan terdengarlah ramai kaum lelaki yang akan bising-bising menyalahkan, mengherdik, mencaci dan sebagainya. Kononnya ingin menyedarkan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ISLAM.

Keprihatinan tersebut sangatlah positif sebagai umat ISLAM, tetapi sedarkan sahabat sekalian bahawa anda juga diperhatikan kaum wanita?? Saya sebagai seorang lelaki juga agak malu apabila ditegur bahawa lelaki lagi ramai yang tidak menutup aurat, tetapi kenapa tiada yang bising-bising dan ambil tindakan??? Betulkah lelaki ramai tidak menutup aurat???






Jika dahulu masyarakat Melayu ISLAM LELAKI khususnya hanya tidak menutup aurat ketika bersukan, tetapi kini semakin berleluasa apabila seluar pendek @ short pants ini menjadi trend@fesyen untuk berada si khalayak ramai. Seolah-olah mereka tidak tahu aurat mereka sedang ditonton oleh semua orang.



Menjadi syarat wajibkah memakai seluar pendek untuk bersukan??? Dalam sains mengatakan sekiranya memakai seluar pendek ketika bersukan dapat membantu kita mencapai prestasi dan keselesaan yang tertinggi. Jadi kita nak ikut arahan SAINS atau arahan ALLAH??? Manakah yang kita perlu@WAJIB dahulukan???? Ingatlah, niat kita bersukan hanyalah untuk sihatkan badan KERANA ALLAH, untuk KUATKAN BADAN KITA UNTUK KUAT BERIBADAT PADA ALLAH.



Jika ditanya kenapa tidak memakai seluar panjang, kan lagi segak dan macho..tetapi alasan yang diberikan."..seluar panjang panas la bro, tak selesa..."...
Apa-apapun "bro", ingatlah sekiranya memakai seluar panjang hari ini hanyalah panas DUNIA, tetapi kelak PANAS AKHIRAT bro tahu tak macam mana panasnya bro?? Siapa yang menjawab sebegitu??? Aduh! Sekiranya yang menjawab itu adik-adik yang berumur 8 tahun boleh lagi diterima atas kejahilan dan ketidakmatangannya tetapi yang menjawab sebegitu adalah golongan yang berilmu tetapi TIDAK BERAMAL. Nauzubillah....


Apakah alasan bersukan yang aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam dari Bahrain, Ruqaya Al Ghasara dapat mengalahkan pelari lain sekaligus berjaya memenangi pingat emas dalam acara larian 200 meter di Sukan Asia Doha 2006.



Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Kalau tak tegur, saudara seislam pula..Ingat, kalau kita tak tegur orang yang melakukan kesalahan, kita juga akan dapat dosa..Dosa atas perbuatan kita tak tegur bukan dosa atas kesalahan yang dia buat. Sesungguhnya sebagai umat ISLAM kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menjadi insan yang terbaik meskipun akan ada cacat celanya kerana kita bukanlah malaikat yang tidak mempunyai nafsu, jadi sebolehnya kita ikhtiar sedaya upaya untuk menjadi umat terbaik dengan mengikut acuan yang dibawa oleh agama kita. Ingat, ISLAM BUKANLAH KATA NAMA TETAPI KATA KERJA...kitalah yang perlu bertindak untuk menjadikan kita sebagai seorang MUSLIM yang SEJATI.



2 ulasan:

  1. bagus nukilan saudara..insyallah saya akan cube untuk mempraktikkan pemakaian menutup aurat ketika bersukan..moga kita terpelihara drpd melakukan dosa kecil..tq sahabat

    BalasPadam
  2. Depan Bernas, SPG 414 Jun 2011 1:08 PTG

    sebagai ingatan kepada muslim yg ingkar perintah Allah dan Rasul.. Persiapkanlah satu kerusi di dalam Neraka kelak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...