Tutorial 12: NAK BELI LAPTOP? APA YANG PERLU KITA TAHU?
Pada post kali ini...saya akan memberikan beberapa tips kepada anda bagaimana untuk membeli laptop yang sesuai dengan keperluan anda
Beberapa aspek yang kita perlu lihat dan telitikan iaitu:-
1.Budget/Harga
Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan. Dan kebiasaannya biarlah berbelanja lebih sikit untuk dapatkan laptop yang berkualiti daripada terpaksa berbelanja lebih untuk hantar ke kedai untuk baiki laptop yang murah tetapi banyak masalah.
2.Penggunaan
Tanya kepada diri anda "laptop yang aku nak beli tu untuk apa? main game ke? untuk buat kerja ke? untuk main internet ke?"
Katakan, anda hanya guna laptop untuk kegunaan menaip, lihat movie atau guna program yang mudah, cukup dengan beli laptop yang ada spesifikasi biasa. Lainlah, jika anda gunakannya untuk edit grafik, animasi 3D atau seumpamanya, anda perlukan laptop yang power
3.Spesifikasi
Aspek ini adalah yang paling penting untuk memilih sesebuah laptop.Jika anda seorang gamerz,pilih laptop/komputer yang mempunyai spek grafik yang power,Prosessor berkapasiti tinggi,RAM yang berkapasiti besar dan cooling yang baik.
Sekadar Contoh:-
Intel Core 2 Duo 2.6Ghz - Prosessor
NVidia Geforce GTX 295 - Kad Grafik
Kingston HyperX 4GB - RAM
Buat perbandingan dahulu dengan meminta brosur/flyers spesifikasi laptop/komputer yang anda hendak beli.Buat research sedikit.
4.Saiz
Yang ni terpulang kepada anda. Saiz yang baik biasanya 14-15”. Jika saiz makin kecil, biasanya performance akan kurang. Ini disebabkan saiz yang kecil, biasanya processor guna low voltage. Secara umumnya laptop memang portable, tapi jika ianya berat, tentu menyusahkan anda untuk mengangkutnya ke mana-mana saja. Namun, laptop yang bersaiz kecil ada kelebihannya, bateri laptop bersaiz kecil biasanya lebih tahan lama. Jadi, jika anda seorang traveller, ciri ini mungkin menjadi pilihan anda
5.Tempoh Penggunaan
Katakan anda selalu on laptop 24 jam, anda perlukan laptop yang tahan lasak.Jadi, cari yang sedikit mahal atau branded. Untuk pengetahuan anda, laptop tak boleh dibuka selama mana yang anda suka. Ia perlu direhatkan setelah 4 ke 5 jam dibuka jika mahu tahan lama. Jadi untuk itu, saya syorkan laptop anda untuk menggunakan cooler tambahan bagi mengelakkan laptop anda daripada overheating.
Sampai disini saja tips saya untuk kali ini. Kesimpulannya, jika anda ingin membeli sebuah laptop, pastikan ia berkualiti dan dapat berfungsi sesuai dengan kehendak kita.
bgus my clssmate
BalasPadamhehe...
BalasPadamnice entry :) , bru tahu cra2 nk beli laptop ..dulu terus beli ja , yg pnting ada laptop .. skg payah ,nak on pun kena ambik 5 minit.. bila buka internet , lptop tmbah lembab .. aduss.. skg kena hati2 nk beli.. biar kalah beli tp menang memakai. hehe .thanks admin :)
BalasPadamnkak tanya pasai camera boleh?
BalasPadamThаnks for evеry other wonderful post. Wherе elѕe may anyοne get that kіnd of
BalasPadaminfo in such a регfect way of writing?
I have a pгesеntаtion subsequent weeκ, and
I'm at the search for such information.
Feel free to surf to my site: home depot garden center
all are good points:)
BalasPadam