Tazkirah 50 : Membudayakan Qasidah dalam Masyarakat



Salah satu seni hiburan Islam yang ada adalah qasidah. Pada mulanya penulis menganggap qasidah dan nasyid adalah dua benda yang sama tetapi berlainan nama namun setelah menghayati bait-bait beberapa qasidah dengan maknanya, nyata qasidah dan nasyid jauh berbeza.

Mendengar qasidah tidak sama seperti nasyid. Adakala kita dengar nasyid tapi hati tetap tak ingat pada Allah dan Rasulullah. Malah ada yang dengar nasyid tapi lalai ketika mendengarnya. Berbeza dengan qasidah, permulaannya dimulakan dengan selawat sudah pasti akan mengingatkan kita bahawa qasidah adalah satu seni yang indah berbanding nasyid.

Apa Itu Qasidah?

Qasidah merupakan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.


Ramai penulis Arab berpendapat bahawa orang pertama yang mencipta qasidah ialah penyair Arab al- Muhalhal bin Rabiah al- Tuglabi yang hidup beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad SAW lahir. Qasidah kemudian mengalami perkembangan ketika para penyair pra- Islam terkenal seperti Umru al-Qais, Alqamah dan Ubaid menulis syair-syair qasidah dan membacakannya di depan Kaabah. Bahkan ada beberapa qasidah yang ditulis oleh Umru al- Qais yang menjadi sebahagian daripada syair yang digantung di dinding Kaabah.

Setelah kedatangan Islam, seni qasidah terus hidup dengan penukaran kepada qasidah yang menyeru kepada kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah.

Qasidah mencapai kemuncaknya pada zaman Abbasiyah. Para penyair Islam seperti al- Mutanabbi, tidak hanya mencipta syair qasidah, tetapi juga mengembangkan ilmu yang menjadi kaedah penulisannya, iaitu 'ilm 'arud. Pada zaman Mamluk, qasidah mendapat perhatian bersungguh- sungguh. Al-Busyiri, seorang penyair, mengarang himpunan qasidah yang dikenali dengan qasidah Burdah. Qasidah ini memuatkan pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Penulisan syair lagu Qasidah berzanji yang kini popular di kalangan masyarakat di Indonesia dan Malaysia, banyak dipengaruhi oleh buku karangan al-Busyiri.

Membudayakan Qasidah

Membudayakan qasidah pada hakikatnya tidak rugi. Perkembangan qasidah di Malaysia sejak akhir ini merupakan satu perkembangan yang cukup baik. Malah perkembangan ini diharap bukanlah sebagai satu fenomena semata-mata tetapi dibudayakan dalam masyarakat Islam.

Kecintaan terhadap Allah dan Rasul melalui qasidah nyata lebih berkesan berbanding nasyid. Membudayakan qasidah secara tidak langsung mampu dilihat sebagai satu pendekatan paling baik dalam menangani gejala sosial. Bagaimana nak membudayakannya? Tanyalah diri kita kembali.

Jika tidak dibudayakan di jabatan-jabatan kerajaan, sekolah, swasta atau institut pengajian tinggi, budayakanlah dalam rumah kita. Tak susah nak budayakannya sekarang. Search saja qasidah-qasidah dalam internet atau beli CD-CD qasidah dan hadiri majlis cinta Rasulullah. Usaha insyaAllah akan jumpa.

Akhir kalam,renungi hadis di bawah:

“Diriwayatkan dari Abu Jum’ah RA yang berkata “Suatu saat kami pernah makan siang bersama Rasulullah SAW dan ketika itu ada Abu Ubaidah bin Jarrah RA yang berkata “Wahai Rasulullah SAW adakah ada orang yang lebih baik dari kami? Kami memeluk Islam dan berjihad bersama Engkau. Baginda SAW menjawab “Ya, ada yaitu kaum yang akan datang setelah kalian, yang beriman kepadaKu padahal mereka tidak melihat Aku”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad juz 4 hal 106 hadis no 17017 tahqiq Syaikh Syu’aib Al Arnauth dimana beliau berkata حديث صحيح hadis ini shahih).


*disusun oleh: Admin Studiokini

Sumber: Studiokini

Download MP3 Qasidah YaHanana

Ulasan

  1. Do уou have а sρаm problem on thiѕ
    ωebѕite; I also аm а blogger,
    and I wаs wonԁering youг sіtuation; wе hаve developed some niсe practices anԁ we are
    looking to exсhange ѕtrategiеs with others, plеase shoot me an е-mail if іnterested.


    Here іs my webρаge :: Micro Stakes Bonus

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat