Ahad, 6 Mac 2011

Tutorial 10: CARA INSTALL WINDOWS CD KE USB UNTUK FORMAT XP, VISTA, & 7

Adakalanya bila CD/DVD-ROM rosak, anda perlu install Windows menggunakan pen drive. Malah pen drive juga lebih senang dibawa.

Anda boleh membuat pen drive pemasangan Windows ini dengan mudah menggunakan WinToFlash. Windows yang disokong termasuklah Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7.

Apa yang anda perlukan adalah CD/DVD pemasangan Windows tersebut dan sebuah pen drive. Kemudian ikut langkah-langkah di bawah:
Cara-cara Menggunakan WinToFlash

* Download WinToFlash dan extract seperti biasa.
* Buka WinToFlash.
* Pada tab Task, pilih jenis Windows yang anda ingin masukkan ke dalam pen drive. Kemudian klik Run.



* Masukkan CD/DVD pemasangan Windows, dan nyatakan lokasinya pada ‘setup file path’
* Masukkan pen drive, dan nyatakan lokasinya pada ‘USB Drive’



License Agreement akan dipaparkan, jika ada. Pilih ‘I Accept’ dan klik Continue



Sebuah tetingkap akan dipaparkan menyatakan yang pen drive anda akan diformat. Klik OK.



Proses menyediakan pen drive anda bermula. Apabila proses ini selesai, anda sudah boleh menggunakannya untuk install Windows



Guna pen drive ini untuk install Windows seperti biasa. Jangan lupa untuk menetapkan boot sequence pertama kepada pen drive, supaya komputer dapat mengesannya sewaktu dihidupkan.

Rujukan: Sembang Komputer

8 ulasan:

  1. ni cara convert cd windows ke usb pendrive tau..bukan terus siap format..klu nk format kena tgk tutorial cara format lak ek..selamat mencuba!:)

    BalasPadam
  2. pendrive berapa gb yg boleh muat ek?

    BalasPadam
  3. bagi windows xp sekurang-kurangnya 2GB
    Kalau windows vista atau seven lebih baik guna 4 GB

    BalasPadam
  4. cikgu,saya try byk kali format pakai dvd,tapi masalahnya,bila smpai 74% je,ade keluar error ape ntah..cikgu ada penyelesaiannya?

    BalasPadam
  5. salam...satu pendrive boleh install berapa OS?

    BalasPadam
  6. salam. saya nak tanya apa beza move iso file yang cara macam ni dengan just copy iso file ke pendrive cara biasa?

    BalasPadam
  7. kalau dah masukan window nie, pendrive nie boleh guna utk pakai usb video kat kereta lah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...