Tazkirah 40 : SOLAT??? KITA TAK PUNYA ALASAN UNTUK MENINGGALKANNYA

Selagi kita sebagai seorang muslim yang masih dikurniakan akal yang sihat, dalam keadaan apapun dan situasi bagaimanapun kita tetap wajib melaksanakan solat. Biarpun pada situasi yang susah macam mana sekalipun.

Sebabnya, agama Islam memberikan berbagai rukhsah (keringanan) dalam pelaksanaannya apabila melaksanakan solat secara normal yang tidak membolehkannya berbuat demikian.

Contoh
Salah satu cara solat adalah dilaksanakan dengan berdiri. Ketika kita sakit dan tidak ada kemampuan untuk berdiri, maka kita diperbolehkan solat sambil duduk. Ini namanya rukhsah (keringanan). Kalau dengan cara duduk masih tidak mampu maka solat sambil baring. Begitu parah sakitnya hingga mengeluarkan suara saja tidak mampu, kita tetap wajib melakukan solat iaitu dengan isyarat. Sekiranya isyarat juga tidak mampu, solat dalaam hati..kalau semuanya dah tak mampu… alamatnya mintak disolatkanlah tu...



Itu contoh situasi yang diluar kehendak org yang sedang sakit. Sekalipun begitu tetap wajib melaksanakan solat. Apatah lagi kalau situasi dan keadaan yang sedang dihadapi seperti bekerja, hiburan, olahraga, menaiki kenderaan, dan lain-lainnya, tentu sekali tidak boleh untuk dijadikan alasan meninggalkan solat.

Situasi dan keadaan memang kadang kala membuatkan kita harus memilih antara tidak beranjak darinya, atau bangkit untuk melaksanakan solat. Di sini iman kita diuji. Dan ujian ini tidak ada siapapun yang akan memberi nilai selain Allah SWT. Lulus atau tidak, manusia sesekali tidak ada yang tahu. Bagi yang lulus ujian tentu akan memilih meninggalkan aktivitinya /tugasannya saat itu dan melaksanakan solat.

Bagi yang tidak lulus, tidak akan mengendahkannya. “alaah  solat je pun…, tak buat pun tak pe” batinnya mungkin begitu. 
Padahal dia juga tahu kalau solat adalah kewajibannya kerana dia muslim. Dan dia juga tahu kalau tidak solat itu berdosa, kalau tidak solat itu boleh di azab di kubur dan neraka. Tapi dia kehilangan rasa takutnya akan semua itu kerana hatinya sudah ditutupi oleh berbagai macam kesenangan duniawi. Semoga kita bukan yang seperti itu...na'uzubillahminzalik...

Satu perkara yang harus benar-benar ditanamkan dalam hati kita adalah bahawa sebagai seorang muslim Solat Adalah Wajib dan Meninggalkan Solat Adalah Dosa Besar. Selama akal masih berfungsi, tidak dibenarkan untuk meninggalkan solat. Kalau hati sudah selalu tertanam perasaan itu insyaallah solat tetap jadi paling utama melebihi yang lain.

Kadang-kadang, iman itu naik dan turun, dan jika sedang menurun, ingatlah mati..,
Saat ketika manusia lain menurunkan tubuh kita ke dalam liang lahad dengan air mata kesedihan, setelah itu kita sendirian disana, dalam kesempitan dan kegelapan,
bukan sebulan atau dua bulan, tapi boleh jadi ratusan tahun atau ribuan tahun sendirian..

Di saat itu kita tidak boleh nak luahkan kepada sesiapa..., tidak dapat nak berhubungan dengan sesiapa pun.., tak boleh nak bergerak kemana-mana..., tak ada pemandangan, tak ada warna, yang ada hanya kegelapan dan kegelapan.., menunggu dan menunggu.. ribuan tahun.. sendirian..

Yang ditunggu adalah pertanyaan para malaikat tentang tanggungjawab sebagai hambaNYA di dunia..itulah yag terus menghantui kita kelak..

Ketika mengingati akan perkara ini maka leburlah segala kekerasan hati, biarpun mencair, dan jiwa terpanggil untuk sujud sambil menangis, mengadu pada Allah jika ingat akan hal itu kerana hanya Dialah yang melihat keadaan kita saat itu..

Hanya Dialah yang ada saat itu.. untuk inilah kita beribadah dan berusaha setia pada Nya.. agar Allah SWT tak melupakan kita saat itu dan mengasihani kita yang telah terbujur kaku di dalam tanah lembab ribuan tahun...sama-samalah kita muhasabah diri...

KITA TAK PUNYA ALASAN UNTUK MENINGGALKANNYA...(Solatlah sebelum anda disolatkan)


disela-sela berjualan ketika azan berkumandang


biarpun dalam pergolakan, Solat tetap menjadi utama

tetap Solat di gudang yg penuh dengan barang




mengharungi ais? tetap tidak lupa pada Solat...


dalam keretapi pun sang jeneral pun tidak lupa pd kewajipannya...




 biarpun salji yang dingin...tetapi lebih dingin lagi hatinya...


 mengutamakan berjamaah dalam Solat...


sebelum belayar  lebih baik menunaikan Solat..



 walaupun kiblat tidak pasti, yang penting adalah niatnya...

 ni hanya pertandingan, ada yg lebih penting, iaitu Solat...


di mana tempat tidak tersedia, pagar pun jd sasaran sejadah...


 bersihkan diri, bersihkan hati..biarpun sgt sejuk...



 Kewajipan atas segalanya...



 berjamaah lebih utama, jgn peduli org...


panasnya cuaca, sejuknya hati...







 tidak perlu tempat yg datar..



 di mana pun boleh, asal niatnya...



 biarpun dalam peperangan, kewajipan tetap dilaksanakan.
 

 
di atas keretapi...

 
Jom...kita saksikan video2 ni...


Hidupmu adalah pilihanmu 

 

Solat boleh di mana-mana. Tak ada sebab meninggalkannya - Must watch till die.



Solat Walau Di Mana Saja Kita Berada

 

 Moga video-video ini dapatlah kita dijadikan iktibar.

Jangan sesekali mengabaikan waktu solat kerana solat itu merupakan tiang agama. Tidak solat bermakna merobohkan agama sendiri. Solatlah di mana jua kita berada & amalkan solat di awal waktu. Peringatan untuk diri sendiri & sahabat2-sahabat..


"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
-(QS. Surah Muhammad, : 7)


Inilah salah satu tanda kebesaran Allah, andai kita benar-benar menjaga hak-hakNya.. InsyaAllah, apabila kita menjaga hak-hakNya, akan datang tanpa diduga, hak-hak untuk antara manusia akan turut terjaga..sama-samalah kita bermuhasabah diri, adakah kita benar-benar menjaga dan menunaikan amanah yang Allah berikan kepada kita.. 

wallahu'alam



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Info 13 : Nak laju??? Koreklah blok!!..