Jumaat, 7 Oktober 2011

Tazkirah 37 : Salahkah Aku Menegur???

Serba salah jadinya...nak kata salah..tak kata pun salah..selemah-lemah iman berdoa sahajalah dalam hati..semoga apa yang difikirkan dapat bantuan daripada Allah S.W.T...

Dalam dua tiga hari yang lepas, aku ditegur kerana bajuku berbau asap rokok..Lantas aku dituduh seorang perokok! Dengan tidak semena-mena aku dilabel perokok..walhal aku bukanlah seorang perokok..tetapi aku tetap digelar perokok iaitu Perokok Pasif..

Tahu tak apa itu perokok pasif????



Perokok pasif ini ialah orang yang menyedut asap rokok seorang perokok dan mengikut banyak penyelidikan, asap yang dihirup oleh perokok pasif mengandungi dua kali ganda nikotin, tiga kali ganda tar, lima kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda kimia berbahaya berbanding yang disedut perokok aktif. Jadi perokok pasif ini sangatlah teraniaya sekiranya dia yang lebih teruk mendapat bahana berbanding si perokok aktif!

Jadi nasihat saya, hormatilah rakan-rakan anda, isteri anda, anak-anak anda, merokok membahayakan kesihatan. Buatlah sesuatu yang bermanfaat selain daripada merokok, sekiranya dengan merokok anda rasa lebih cergas dan sihat, saya cabar anda untuk buktikan yang anda benar-benar cergas berbanding dengan bukan perokok. Bahkan perokok juga akan mengalami masalah mulut berbau dan gigi yang tidak elok. Berhentilah daripada melakukan perkara yang sia-sia. Fatwa ulama' pun dah ada, merokok ni HARAM hukumnya..

Jadi tunggu apa lagi wahai pemuda pemudi di luar sana??? Sanggupkah kalian mati kerana syoknya merokok? Atau lebih indahnya jika mati kerana anda memperjuangkan agama? 

Fikir-fikirkanlah..kerana orang yang memperjuangkan agama tidak semestinya perlu berperang dengan menggunakan senjata..melahirkan insan yang kuat dan cergas juga dapat membantu berjuang demi agama sama ada dengan menimba ilmu ataupun meninggalkan yang dilarang dan mengerjakan yang diperintah oleh Allah. Jadi mahukah kalian mensia-siakan hidup dengan zalim terhadap diri sendiri??

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan..ingatlah, 

Merokok menyebabkan pembaziran yang sangat-sangat dilarang oleh Rasulullah SAW. 
(Sesungguhnya membazir adalah saudara syaitan – Surah al-Israa’ ayat 27)

wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...