Tazkirah 6 : Layakkah aku sebarkan ISLAM?Atau lupakan saja kerana tiada TAULIAH?


Zaman sekarang, semua pekerjaan memerlukan tauliah.

Mahu jadi guru, perlu tauliah.
Mahu jadi doktor, perlukan tauliah..
Mahu jadi penda'wah, perlukan tauliah!

Semua ini membuatkan akalku terdetik..

Semua perkara..
Semua pekerjaan..
Semua aktiviti..

yang dilakukan dengan niat yang baik..
Terutamanya perkara yang bermanfaat pada orang lain..

Pastinya dikenakan banyak syarat..
Syarat itu..
Syarat ini..

Kamu tidak mematuhinya, kamu tidak layak untuk melaksanakannya..

Kamu melanggarnya, terimalah akibatnya..
terimalah tindakan undang-undangnya..

Itulah suasana umat akhir zaman sekarang ini..

adakah aku maksudkan tauliah itu tidak penting?
Bukan... sama sekali bukan.
Tauliah itu sangat penting untuk mengesahkan
kelayakan kita.

Cuma..
Aku ingin mengungkit ketidak adilan..
yang sedang berlaku sekarang ini..

Semestinya aku sebagai penganut agama ISLAM..
aku ingin berkata tentang nasib ISLAMku..

"bagaimana sekarang ini?
Apa sudah terbalikkah dunia?

Penda'wah yang menyebarkan kefahaman Islam..
menyebarkan berita gembira bagi orang beriman..

Dan berita azab bagi orang yang mungkar..

Namun mereka dipertikaikan tentang tauliah mereka??

Namun..
bagaimana dengan artis-artis kini?
Adakah mereka-mereka ini memiliki tauliah?



Bukankah mereka ini lebih memberi kesan
yang buruk kepada generasi kita?

Masalah sosial, masalah keluarga, kerosakan akhlak..
pakaian mendedahkan aurat..

ini yang dipertontonkan oleh anak-anak kita saban hari..

namun kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan..
tentang apa yang telah mereka salurkan kepada pemikiran masyarakat?

Kerosakan akhlak sedang berleluasa..
Sekarang saya mahu bertanya..
di mana keadilannya!!?"

Luahan seorang ustaz di dalam ceramah umumnya..

Panas telingaku mendengar semua ini.
Kasihan aku mengenang umat masa kini.

UMAT AKHIR ZAMAN!

Allahu akbar..

giliran aku yang bertanya pada kalian, apa yang kamu faham tentang tauliah?

Tauliah itu sangat sinonim maksudnya dengan KELAYAKAN.

Persoalannya sekarang berada di antara dua..
LAYAK atau TIDAK LAYAK.

"eh, kau ingat artis takda tauliah ke??!!"

"artis pun ada tauliah taw.. haa, tengok sijil tauliah ni!"

"tengok la kelulusan aku ni.. kelulusan seni..kau apa tahu??"





ya benar..
berkata tentang tauliah bertulis yang kamu tunjukkan itu..
semua orang mampu memilikinya..
Sekarang aku ingin bertanya..
sebagai seorang muslim..
kepada seorang muslim..
yang tinggal di negara ISLAM agama RASMInya!

Apa yang kamu perjuangkan sebenarnya?

Kamu perjuangkan seni kamu?
Kamu perjuangkan bakat kamu?
Kamu peragakan pakaian mendedah aurat kamu?

Apa sasaran kamu sebenarnya?
Mahu semua orang mengikut cara kamu?
Mahu semua orang meninggalkan syariat ISLAM?
Mahu semua orang mengkhianati ISLAM?
ISLAM kamu?

Fikirkanlah..
kamu boleh buktikan "orang-orang" kamu..
mengatakan kamu layak..

adakah ISLAM melayakkan kamu?

Sungguh, aku katakan semua ini..
Bukan cakap kosong..
marah tak tentu hala..
ingin menjatuhkan karier orang lain..

JAUH SEKALI!

Aku katakan semua ini..
kerana aku sayangkan ISLAMku..

Allahuakbar..
sedih, sangat sedih..

kita benar-benar berada di akhir zaman.

Di sini aku ingin mengajak pembaca..
Mari sama-sama kita renung..

janganlah kita hanya memandang tauliah
di mata kita..

Lihatlah tauliah(kelayakan) itu di mata Islam..

Kamu orang Islam yang memiliki akal yang sempurna..
Berfikirlah dengan jelas..

kamu sendiri mampu menilai..
KELAYAKAN yang sebenar.

Sekali lagi aku luahkan..
Aku menulis kerana AKU SAYANGKAN ISLAM.
Dan aku sayangkan kamu, penganut ISLAM..

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."

Al-Baqarah: 143

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. teruskan usaha..tiada halangan dalam memyebarkan islam selagi tidak melencong daripada hadis dan al-Quran...

    Dalam KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.. pun ada menyatakan:

    "Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU"...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Info 13 : Nak laju??? Koreklah blok!!..