Tazkirah 35 : Sepp!!!!!!!Kedekut!!!!!!!!!!!!Berkira nak mampuih!!!!!Belagak!!!!!!


Pernahkah semua ini terjadi kepada anda? Mengapakah perkataan sebegitu boleh dilemparkan kepada anda? Apakah anda sememangnya seorang yang kedekut? Ataukah anda seorang yang pentingkan diri sendiri? Ataupun anda sememangnya sudah lali dengan ungkapan-ungkapan ini kerana anda memang seorang yang seperti dinyatakan?

Namun pernahkah anda terfikir mengapa semua ini boleh terjadi? Takkanlah rakan anda boleh bersifat kedekut atau anda yang mengungkapkan kata-kata kepadanya sebenarnya lagi kedekut?? Pernahkah anda terfikir??
Pengalaman yang sebegini sering terjadi kepada ramai manusia terutamanya yang menginap di asrama atau di rumah sewa. Semestinya orang itu tidaklah tinggal keseorangan tetapi tidaklah bermaksud jika tinggal bersama bermakna segala harta bendanya menjadi milik bersama??


Fahamkah anda tentang istilah PINJAM?BORROW? Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, meminjam ialah menggunakan barang atau apa-apa sahaja milik orang lain untuk sementara waktu dan perlu dikembalikan semula kepada tuan empunya barang tersebut. Sekarang anda faham maksud PINJAM? Adakah dengan memberi pinjam barang kepada rakan anda akan digelar seorang yang KEDEKUT? BERLAGAK? Sudah pasti TIDAK bukan? Kerana rakan anda pasti menyayangi andan dan memuji-muji anda sehingga yang tidak hensem pun dikata hensem, tidak cantik pun dikata cantik. Biasalah, belum dapat madu, diuli-uli sampai lumat, sudah dapat madu sepah pun dibuang!

Bukan hendak mengata atau mengumpat, dewasa kini golongan sebegini terlalu ramai sehinggakan boleh dikatakan semuanya nak hidup dalam kesenangan. Padahal orang lain yang berhempas pulas, menahan lapar tak makan (bukannya tak makan langsung la, makan sikit-sikit) semata-mata untuk mengumpul wang untuk membeli sesuatu yang dihajatinya dan diidaminya sekian lama. Tetapi setelah berjaya membeli barang yang menjadi idamannya tersebut, datanglah seorang atau beberapa teman lain yang dengan selambanya berkata,

Mamat A : Mat, nak pinjam hang punya barang boleh?

Mamat B :Apadia? Nak pinjam? Aku baru ja beli ni, lagipun aku beli ni
                       untuk aku sorang, sebabnya aku nak guna lama. Kalau asyik
                       bertukar-tukar tangan (bagi pinjam) bila rosak, semua tak nak
                       mengaku, taknak ganti...aku takdak duit nak beli lagi.

Mamat A : Ala, aku guna sat ja (sekejap sahaja). Tak rosak aih, lagipun
                         lepas guna aku bagi balik.

Mamat B : Dulu aku punya barang sebab bagi pinjam la habis rosak. Lepas
                         tu, bila tanya semua taknak mengaku, sampai macam masam
                         muka (hampir gaduh) sebab aku tanya. Kononnya kata aku
                         tuduh dia rosakkan, padahal aku tanya sebab dialah orang
                         terakhir guna. Salahkah tuan empunya barang tanya?
                         Disebabkan aku tanya terus dia kata aku tuduh dia. Jadi
                        disebabkan hal tu aku dah taknak bagi sapapun lagi pinjam.
                        Sebabnya kalau kita meminjam kita mestilah jaga barang orang
                        baik-baik. Tanggungjawab kena ada.
Mamat A : Takpalah. Aku tau hang kedekut! Sep!!!!

Hmm..sabar dengan diri ini yang sedar bahawa ada rakan-rakan yang belum sedar akan nikmat yang telah dinikmatinya. Sepatutnya kita bersyukur jika ada rakan yang sudi membantu kita. Balaslah kebaikan kepada rakan yang membantu kerana sudah pasti kebaikan yang kita berikan kepada orang akan dibalas semula kepada kita cumanya kita tidak tahu siapa dan dimana kita akan mendapat kebaikannya. Kerana semua itu hanyalah urusan Allah. Sekiranya ada rakan yang memberikan perkhidmatan, hargailah apa yang dia lakukan, nescaya dia akan berasa dihargai, kerana manusia fitrahnya suka dihargai, sekiranya dia bersengkang mata menyiapkan atau menolong kita, apa salahnya kita kita berikan sedikit ganjaran atau upah, mungkin dengan cara tersebut dapat melegakan dan terubat keletihannya yang bersusah paah untuk kita. Ingat, ikhlas seseorang yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima. Dalam erti kata lain, tidak semestinya kita yang menerima hanya akan terus menerima, sepatutnya kita juga merebut untuk memberi meskipun dengan secebis makanan atau sebagainya yang dapat membantu rakan-rakan kita yang memerlukan. Oleh itu janganlah mudah bagi kita untuk melabelkan seseorang dengan sifat KEDEKUT! BERLAGAK!

Hal ini kerana, sifat kedekut adalah sifat yang dicela oleh syarak. Sifat ini membawa kepada kebinasaan di akhirat. Firman Allah,

وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ
سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. surah
(Aali-Imran ayat 180)

Firman Allah lagi,

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
( al-Hasyr : 9 )

Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma) : “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya”.
(al-Bukhari dan Muslim)

Allah melarang kita daripada bersifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta ke jalan Allah. Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang kerana Allah SWT telah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat