Info 2 : Dulu Blogger...Sekarang Vlogger???Apa tu??
Seperti yang kita tahu..dunia internet sekarang ini merupakan dunia yang amat popular dalam hidup masyarakat zaman ini....Jadi, disebabkan ke"popularan" yang berlaku ini, maka ramailah insan-insan kreatif yang menggunakan medium internet untuk menyebarkan mesej-mesej mereka..
Oleh itu, post kali ini saya ingin perkenalkan kepada anda semua dengan insan-insan kreatif yang saya maksudkan itu. Bagi saya, mereka merupakan antara Vlogger yang sangat kreatif dalam menyampaikan mesej berguna kepada semua orang yang bukan sahaja untuk orang Melayu sahaja, tetapi untuk semua bangsa dan agama kerana mereka ini meskipun berbangsa Melayu, tetapi mereka menyampaikan dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan international.:)
Tapi,sblum itu..saya nak bagitahu jugak apa maksud VLOGGER? VLOGGER sebenarnya bermaksud video blogger..Vlogger ni macam blogger jugaklah..cumanya blogger menyampaikan mesej melalui tulisan tetapi vlogger pula menyampaikan mesej melalui video..Hebat kan? Tanpa membuang masa, saya ingin memperkenalkan top 3 vlogger anak tempatan (MALAYSIA)..bolehlah anda klik link dibawah gambar mereka untuk lihat sendiri video-video yang mereka hasilkan..sangat bermanfaat!:)
matluthfi90 http://www.youtube.com/user/matluthfi90 |
anwar hadi http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi |
aiman azlan http://www.youtube.com/user/aimanazlan90 |
Di sini ada contoh video-video yang menarik yang dihasilkan oleh mereka ni...tengok! jangan tak tengok! hehe...
Bermanfaat kan?? Jadi kongsikan dengan rakan-rakan anda..:) banyak info dan input yang boleh kita ambil daripada mesej-mesej yang ingin mereka sampaikan.
Ulasan
Catat Ulasan