Sijil Rendah Persilatan (SRP)....suatu permulaan!

Jelas terpancar keriangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata

Bergambar kenangan bersama Penyelia dan Jurulatih selepas mengambil ujian SRP


Alhamdulillah..dengan izinNYA dapat juga akhirnya menamatkan penantian untuk beradu nasib dalam Ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Meskipun terlalu sibuk dengan aktiviti di sekolah, dan tugasan yang perlu disiapkan untuk PRAKTIKUM FASA 2 di Sek. Keb. (1) Petaling Jaya, kesempatan masa yang ada juga tidak dilupakan untuk menuntut ilmu fardhu kifayah yang lain seperti SILAT, bahkan sepanjang musim praktikum, hanya silat sahajalah yang menjadi aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh. Sukan seperti bola sepak, badminton dan berjogging agak keberatan dikerjakan dek kerana menghadapi kekangan masa yang melampau. Apa tidaknya, setelah pulang dari sekolah, hanya tilam dan bantal yang menjadi teman untuk mengantikan keletihan yang tidak pernah hilang (kurang vitamin kot!).

Apapun yang terjadi, hari ini adalah satu permulaan. Permulaan kepada satu perjuangan. Bak kata pepatah,'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'. Hari ini juga telah membuktikan bahawa diri ini sebenarnya ada potensi dan keyakinan untuk menghadapi cabaran. Apa tidaknya, untuk menghadapi ujian seperti peperiksaan semester pun kita dah takut, apatah lagi ujian persilatan yang melibatkan fizikal kita dicabar, dihentak, disepak terajang dan sebagainya. Mestilah lagi takut kan?
Ketiga-tiga calon SRP yang berasal dari N9 ini baru berumur 14 tahun
Yang mengujakan saya, SRP hari ini menemukan saya dengan insan-insan berhati kental. Apa tidaknya, ada yang baru berumur 14 tahun sudah berani menghadapi SRP. Apabila ditanya datang dari mana, dijawabnya datang dari NILAI, Negeri Sembilan. Ada juga yang datang dari jauh nun di seberang, iaitu Sandakan, Sabah. Apabila ditanya kenapa jauh sangat datang ke sini, kenapa tidak ambil SRP di Sabah sahaja? jawabnya di Sabah susah, jarang-jarang sekali SRP diadakan. Jadi dia datang ke sini semata-mata untuk SRP meskipun terpaksa mengeluarkan duit yang besar yang sekiranya difikirkan tidak masuk akal kerana hanya 1 hari sahaja untuk ujian SRP.

Yang lebih mengujakan ialah apabila ada seorang sahabat yang datang dari Melbourne, Australia hanya semata-semata untuk mengambil ujian SRP. Hebat sahabat-sahabat perjuangan mereka. Apa yang pasti, mereka semuanya berjaya dan lulus untuk ujian pada kali ini dan semestinya segala pengorbanan yang dilakukan akan terubat dan terbalas dek kerana kejayaan yang dicapai.

Tahniah saya ucapkan! Kepada wakil-wakil daripada IPG Kampus Bahasa Melayu, tahniah diucapkan kerana kesudian anda meluangkan masa meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan terutamanya pelajar yang terlibat dengan PRAKTIKUM dan INTERNSHIP di sekolah yang terpaksa mengorbankan masa rehat anda untuk ujian SRP. InsyaAllah usaha kalian bukanlah untuk suka-suka tetapi untuk membuktikan bahawa guru-guru juga mampu menjadi pesilat yang baik dan berani menghadapi SRP! Tahniah!:)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat