Selasa, 26 Julai 2011

Tutorial 16: Semua Aplikasi (.exe) Dibuka dengan Program yang Sama???

file assoc
             “Pernahkah anda mengalami masalah seperti ini?




Bila begini terjadi, apa yang pertama terlintas difikiran ialah…virus. Virus sudah masuk sistem. Habis rosak windows. Bila keseluruhan sistem telah diimbas, masih tetap sama. Jadi penyelesaian yang ada hanyalah…FORMAT!!.

 

Apa yang boleh dicuba sebelum format?

 

Mengubah kandungan registry adalah berisiko sehingga boleh melumpuhkan sistem. Hanya lakukan jika anda benar-benar tahu apa yang anda lakukan.
Untuk membetulkan masalah ini, kita perlu membuka Registry Editor. Akan tetapi, Registry Editor pun turut terkena masalah yang sama. Jadi alternatif lain perlu digunakan.

Boleh gunakan notepad. 

Klik kanan pada desktop, 
pilih New dan kemudian pilih Text Document
Taipkan kod di bawah ke dalam dokumen teks tersebut.

Kod:

[-HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\FileExts\.exe\UserChoice]

Kemudian simpan dokumen teks tersebut sebagai baiki_exe.reg. Jalankan fail baiki_exe.reg dan klik OK restart komputer. 
Ataupun muat turun failnya di sini atau di sini.

Harap dapat membantu!:)

5 ulasan:

  1. saya ada notebook samsung model NP-R44OL. Masalah apabila on skrim jadi hitam dan keluar windows failed to start. Arecent hardware of software change might be the cause.Macam mana nak selesai masalah dan bagaimana cara nak megatasinya.

    BalasPadam
  2. Kebiasaannya terjadi begitu disebabkan masalah windows tu crash softwarenya..ataupun masalah registrynya yang corrupt. Jadi kalau nak baiki boleh dengan menggunakan CD Windows laptop tu (Win XP@Vista@7) dan jalankan@run repair computer..
    Tetapi kalau tidak dapat selesai juga masalah tu, anda boleh masuk safe mode atau jadikan hardisk tu sebagai external hardisk untuk backup data-data yang ada pada document dan desktop untuk proses format..:)

    BalasPadam
  3. sy hadapi masalah icon ni...sy dah download file baiki_exe tu tapi tak dapat run atau pun open..dan satu lagi windows yg sy gunakan memang tak genuine...mcmna nak selesaikan masalah ni tanpa perlu sy format laptop ni

    BalasPadam
  4. da restart tp x bole pun
    fara. reply kat najihahnurfarah@yahoo.com ya
    harap secepat mungkin

    BalasPadam
  5. assalamualaikum..
    netbook sye sgale installer progm dlm uh jd microsf word...
    even internet or len2 pkare xley bikak..
    pe lgkah2 or penyelesaian yg perlu d ambil??
    or perlu hntr format jep trus??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...