|
Panorama pintu masuk ke SK (2) Sultan Alam Shah |
Pertama kali aku menjejakkan kaki di Sek Keb (2) Sultan Alam Shah, P.J, hatiku berdebar-debar...entah mengapa...meskipun setelah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama hampir empat semester, tetap kurasakan diri ini masih belum mampu untuk berdepan dengan anak bangsaku sendiri tatkala aku memegang amanah sebagai seorang GURU.
|
Kejayaan pasukan unit beruniform Pengakap Kanak-kanak yang meraih tempat pertama pertandingan Kawad kaki |
Terasa beratnya tanggungjawab yang harus aku pikul. Aku cuba tenangkan diri dengan berbicara sendirian..pengalamanku di sekolah sebenarnya sudah cukup lengkap! Bak kata orang putih, full package! Mana taknya, bersekolah sahaja sejak TASKI (6 Tahun) sehinggalah Tingkatan 6 Atas..bagiku itulah pengalaman terindah buatku kerana berjaya menamatkan sesi persekolahan dengan lengkapnya tanpa meninggalkan sedikit pun tingkatan di sekolah.
|
Bergambar kenangan bersama peserta pertandingan bercerita MTQ SK (2) Sultan Alam Shah, Shahrin diapit oleh GB dan Ustaz Pisol |
Berbalik kepada masalah utama aku di sekolah kali ini, aku sebenarnya merasakan diri ini masih belum mampu untuk menjadi sepertimana guru-guru lama yang lain. Kagum dan terkesima aku melihat sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Soal pengurusan kelas usah ditanya lagi. Kadang-kadang terasa tidak layak aku gunakan title blog aku iaitu AKU SEORANG GURU.
|
Unit Beruniform 3 Usaha + Cikgu Redzuan |
Apa tidaknya, hari pertama pun aku sudah terketar-ketar di depan Guru Besar untuk perkenalkan diri. Hari seterusnya juga begitu..keyakinan dalam diri ini masih goyang. Terdetik juga dalam hati, “Biasalah, baru lagi memang begini, nanti oklah lah”...getus aku sendirian untuk pujuk dan sedapkan hati.
|
Bergambar kenangan bersama murid kelas 3 Usaha |
Namun pada post kali ini bukanlah tentang kegugupan..akan tetapi punca kepada kegugupan itu sepatutnya disemak kembali. Kerana hati merupakan raja yang mengawal diri. Jika hati kita kotor, maka kotorlah tindak tanduk kita. Aku sedari sepanjang praktikum seringkali kita abaikan perkara yang utama dan pentingkan yang sampingan..kita lupa pada Yang Maha Melihat, Yang Maha Mendengar, dan Yang Maha Mengetahui. Kita lebih membesarkan tugasan dan segala macam hal-hal berkaitan praktikum. Padahal kita sepatutnya “membesarkan” ALLAH tatkala azan berkumandang. Kita boleh bangun awal dan bersiap-siap untuk ke sekolah, namun azan subuh seringkali kita abaikan. Mengapa ya sahabat-sahabat???Mengapa? Nauzubillah...
|
Bergambar kenangan bersama rakan-rakan sepraktikum |
Terasa diri ini insan yang lemah, insan yang alpa, insan yang lupa..lupa pada peranan dan tanggungjawab kita terhadap Yang Maha Esa..Islam Memuliakan Kita..Islam Menjaga Kita..Oleh itu, saya memohon sahabat-sahabat semua dan bersama-samalah kita saling tegur menegur kerana manusia sememangnya secara fitrah akan terlupa.
Sekadar perkongsian..yang baik hanyalah dari Allah..segala kekurangan menjadi kelemahan diri ini. Ampun dan maaf dipinta..yang baik sebar-sebarkanlah kepada sahabat-sahabat kita yang tidak berkesampaian.
p/s : maaflah post ini sebenarnya sudah lama dihasilkan tetapi baru ketemui setelah asyik selongkar fail-fail lama dalam hardisk..hehe
Ulasan
Catat Ulasan