Tazkirah 19 : AKU MENCARI KEREDAANMU
Assalamualaikum...w.b.t Syukur kehadratNYA kerana masih memberikan kita nafas utk teruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumi ini. Baiklah, post kali ini adalah berkaitan dengan pengalaman saya menunggang motosikal sejauh hampir 480km bermula dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, Perlis sehinggalah ke Institut Bahasa Melayu atau lebih dikenali sebagai IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kenangan saya sewaktu kecil dengan motosikal Sebenarnya pengalaman ini bukanlah yang terhebat atau yang boleh dibanggakan kerana ada sahabat-sahabat kita yang sebelum ini sebenarnya telah lama menjelajah lebih jauh dari ini. Ada yang pergi umrah dengan menaiki motosikal, dan orang kampung saya sendiri yang saya panggil Pak Ndak Rosli turut mengatakan masa mudanya dahulu adalah perkara biasa menunggang motosikal bahkan dahulu orang hanya menggunakan Honda C70 sahaja untuk pergi ke Negeri Sembilan dari Perlis. Kenangan lalu berbasikal dari Perlis ke Pulau Pina...