Tazkirah 14 : Cara-cara Bangun Solat Subuh
Assalamualaikum w.b.t..... Entri kali ini adalah berdasarkan kepada pengalaman serta pembacaan buku terbaharu ( 21 Tips bagi yang sukar bangun subuh ) di MPH (tak sempat beli jadi baca sajalah) dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja untuk memudahkan kalian dapat bangun solat subuh meskipun pada hari cuti. Kebiasaannya pada hari kuliah kita akan lebih mudah tersedar atau terbangun dari tidur meskipun kadang-kadang lajak juga solat subuh (subuh Dinosaur!). Tetapi yang lebih menyedihkan adalah kadang-kadang kita sebagai manusia tidak terlepas dari dosa dan perkara-perkara mungkar. Disebabkan hal inilah yang telah menyebabkan kita kadang kala terlepas waktu subuh sama ada secara tidak sengaja ataupun sengaja (dah kejut pun tak nak bangun!). Yang secara tak sengaja pandai-pandailah qada' solat anda, ingat! solat 5 Waktu itu WAJIB! Kita sebagai orang yang matang perlu sedar dan ambil berat tentang semua ini, kerana yang membezakan kita sebagai orang Islam dengan orang kafir adala...