Tutorial 36 : Membuat Page Layout Portrait dan Landscape Dalam Satu File Yang Sama di MS Word 2007/2010

Biasanya dalam Satu dokumen Microsoft Word ( satu file MS Word), Page layout orientation umumnya sama iaitu Portrait semua atau Landscape semua.
 

Bagaimana kalau isi dokumennya berbeza? Misalnya halaman 1 harus Portrait, halaman 2 harus Landscape.

Untuk membuat halaman-halaman dengan format page layout yang berbeza dalam satu file yang sama di MS Word 2007/2010, ikuti langkah-langkah seperti berikut.



Misalnya saya mahu membuat dokumen MS word, dengan page layout orientation pada halaman 1 Portrait, dan pada  halaman 2 Landscape.


• Jalankan MS Word
Yang harus pertama kali dilakukan adalah kita harus membezakan Section antara halaman 1, dan halaman 2, kerana syarat untuk membolehkan membuat halaman page layoutnya berbeza ( portrait dan landscape) adalah dengan membezakan sectionnya.


• Klik cursor di halaman 1
• Masuk ke Menu Tab Page Layout  
• Klik pada Breaks  
• Pilih /klik Next Page



Dengan beberapa langkah diatas, page sectionnya sekarang sudah berbeza antara halaman 1 dan halaman 2, kita tinggal untuk setting Page layout orientation, sama ada mahu portrait atau landscape di masing-masing halaman.
Untuk membuat halaman 2 supaya Landscape :
 

• Klik cursor di halaman 1  
• Pilih Menu Tab Page Layout  
• Klik pada Orientation
• Pilih/ klik Landscape


Lakukan langkah yang sama seperti di atas untuk halaman-halaman yang lain..
Semoga Bermanfaat..


sumber : TipsTrikKomputer.com

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat