Bahan Mengajar 6 : Jom Jalankan Ujian SEGAK!
Assalamualaikum..
Khas buat guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang perlu menjalankan Ujian SEGAK kepada murid-murid kalian.
UJIAN NAIK TURUN BANGKU (3 MINIT)
UJIAN TEKAN TUBI (1 MINIT)
UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA
JANGKAUAN MELUNJUR
UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
UJIAN 1 : NAIK TURUN BANGKU
TAHAP : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5
TUJUAN : UNTUK MENILAI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
JANTINA : LELAKI DAN PEREMPUAN
ALATAN DAN KEMUDAHAN
- Bangku – ketinggian 30.5 cm (1 kaki )
- Jam Randik
- Borang skor
- Rakaman metronome ( 96 detik )
- Radio CD
Pengurusan dan organisasi
- Aktiviti dijalankan secara berpasangan
- Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat ( pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan)
- Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit
Prosedur
- Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
- Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (mana yang sesuai)diletakkan di atas bangku
- Penguji akan memberikan isyarat “mula”.
- Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan dan seterusnya). Keseluruhan tapak kaki mesti memijak permukaan bangku.
- Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit tanpa berhanti.
- Selepas tamat aktiviti, murid akan duduk serta merta.
- Kadar nadi diambil selepas 5 saat tamat aktiviti.
- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid akan dibatalkan.
UJIAN 2 : TEKAN TUBI (LELAKI) : TEKAN TUBI SUAIAN (PEREMPUAN)
TUJUAN : UNTUK MENILAI KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT SERTA BAHU BADAN
TAHAP : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5
ALATAN DAN KEMUDAHAN
- Kawasan lapang yang rata
- Span (5cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi)
- Jam randik
- Tilam senaman
Pengurusan dan organisasi
- Ujian dilaksanakan secara berpasangan
- Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat
Prosedur
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan (tekan tubi) -mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan (tekan tubi suaian)
- Turunkan badan dengan membengkokkan siku hingga dada menyentuh span yang tingginya 10cm.
- Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kira satu ulangan lakuan.
- Tekan tubi diteruskan sehingga 1 minit. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan prosedur 1-3
- Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil hanya setakat murid berhenti.
- Ujian akan ditamatkan sekiranya murid gagal melakukan aktiviti dengan sempurna mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan.
UJIAN 3 : RINGKUK TUBI SEPARA
TUJUAN : UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN
TAHAP : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5
JANTINA : LELAKI DAN PEREMPUAN
Alatan dan kemudahan
- Pita lekat bersaiz 2.5 cm
- Pita ukur
- Jam randik
- Metronome (50 detik seminit)
- Pelapik getah
- Penanda 15 cm panjang
Pengurusan dan organisasi
- Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan palaku
- Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10 cm.
Prosedur
- Ujian dijalankan dengan murid mamakai kasut sukan yang sesuai.
- Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tapak kaki sentiasa menyentuh lantai.
- Buka kaki seluas bahu. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari penanda pertama.
- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menggelongsor hingga menyentuh penanda kedua.
- Bahagian bawah atau belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal.
- Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.
- Murid B akan mengambil skor dan ulangan murid A.
- Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A
- Berhenti melakukan ujian
- Jari tidak menyentuh penanda kedua
- Tumit diangkat
- Tidak mengikut rentak rakaman metronome dua kali berturut-turut.
UJIAN 4 : JANGKAUAN MELUNJUR
TUJUAN : UNTUK MENGUKUR FLEKSIBILITI BAHAGIAN BELAKANG BADAN, PAHA DAN PINGGUL.
TAHAP : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5
JANTINA : LELAKI DAN PEREMPUAN
ALATAN DAN KEMUDAHAN
- Alat pengukur jangkauan
- Borang skor
Pengurusan dan organisasi
- Gunakan alat pengukur jangkauan yang standard
Prosedur
- Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakan di belakang penanda 23 cm.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
- Tapak tangan kanan ditindih di atas belakan tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.
- Dagu rapat kedada. Jangkauan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
- Murid akan diberi 3 percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik akan diambil kira. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
1. Metronome 96 detik
2. Metronome 50 detik
3. Buku Panduan SEGAK
4. Pekeliling (SEGAK)
trima kasih cikgu...
BalasPadamAttention everyone, the file provided above is not working. I have been looking for the working file and finally found it.
BalasPadam✔️Click Here To Download http://gestyy.com/e0GAyS
✔️Click Here To Download
✔️Click Here To Download http://exe.io/XONVsO6l
✔️Click Here To Download
✔️Click Here To Download
✔️Full Version Software Download with Keygen Patch Crack
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mn.
..
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.cxc
.cccccccccc
.
.sdcccxxxx