Tazkirah 26 : ISLAM? Kata NAMA atau Kata KERJA?




Apakah sumbangan kita pada islam?
Rasanya terlalu sedikit sumbangan kita kepada islam. Sedangkan dalam masa yang sama, terlalu banyak jasa islam kepada kita.
 

Kita tidak mulia kerana kita orang melayu.
Kita tidak mulia kerana kita anak bangsawan.
Kita tidak mulia kerana kita anak hartawan.

Kita mulia dengan ISLAM.


Namun berapa ramai yang menyedari hakikat ini?
Jikapun menyedari, berapa ramai yang menghargai ISLAM sebagai agama mereka?
Jikapun menghargai, berapa ramai yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi menegakkan agama ini?

Adakah ISLAM bagi segelintir manusia yang menggelarkan mereka ISLAM MUSLIM hanya pada Kata NAMA? Bukannya pada KATA KERJA?

Semoga kita dan seluruh zuriat keturunan kita menjadi antara insan yang diberi kelebihan dan peluang untuk menegakkan agama yang mulia ini.

Ulasan

  1. kuk3..blogwalking..jom join blog Zombie Insaf..blog tragis + seram + seksa + lawak + insaf kat sini : zombiensaf.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Info 13 : Nak laju??? Koreklah blok!!..