Tutorial 14: Folder anda jadi Shortcut????Virus kot?

Pernah tak folder yang anda simpan dalam pendrive atau external hardisk menjadi shortcut gara-gara serangan virus yg semakin melampau saban hari...Angry Folder yang menjadi shortcut ini takkan boleh dibuka. Apapun anda boleh check sama ada semua fail-fail itu dalam keadaan 'Hidden mode' atau tidak.

Tanpa membuang masa lagi ikutilah langkah-langkah berikut;

1. Pergi ke 'Folder Option'
2. Klik tab 'view'
3. Tick 'Show Hidden File'
4. Untick 'Hide System File'

Sebenarnya cara ni tidak berkesan sebab fail-fail anda memang boleh dilihat (view), TETAPI masih dalam keadaan hidden. Cara yang paling berkesan untuk mengembalikan fail atau folder yang jadi shortcut tanpa perlu format pendrive anda adalah:
Idea

1. Klik
'Start' &; Klik 'Run'

2. Taip
cmd &; Klik OK


3. Andaikan pendrive korang sebagai G:, masukkan command di bawah:
Taip: attrib -h -r -s /s /d g:\*.*

Nota: Gantikan huruf g dgn huruf pendrive korang.

4. Check fail-fail anda dalam pendrive. Untuk setakat No.4 ini, semua fail-fail atau folder anda sudah tidak jadi shortcut lagi. Anda bolehlah delete fail-fail atau folder-folder yang jadi shortcut itu.


5. Walaupun fail atau folder anda sudah dikembalikan, anda perlulah buang semua virus yang masih ada dalam pendrive itu dengan scan pendrive itu menggunakan antivirus yang ada dalam laptop anda. Saya cadangkan anda gunakan AVAST! FREE ANTIVIRUS pun sudah mencukupi untuk delete semua virus-virus tersebut.



Selamat mencuba kawan-kawan.. Mudah bukan..
 


Rujukan : http://syoknyerblogging.com/Thread-tips-penyelesaian-folder-jadi-shortcut

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat