Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Tazkirah 50 : Membudayakan Qasidah dalam Masyarakat

Imej
Salah satu seni hiburan Islam yang ada adalah qasidah. Pada mulanya penulis menganggap qasidah dan nasyid adalah dua benda yang sama tetapi berlainan nama namun setelah menghayati bait-bait beberapa qasidah dengan maknanya, nyata qasidah dan nasyid jauh berbeza. Mendengar qasidah tidak sama seperti nasyid. Adakala kita dengar nasyid tapi hati tetap tak ingat pada Allah dan Rasulullah. Malah ada yang dengar nasyid tapi lalai ketika mendengarnya. Berbeza dengan qasidah, permulaannya dimulakan dengan selawat sudah pasti akan mengingatkan kita bahawa qasidah adalah satu seni yang indah berbanding nasyid. Apa Itu Qasidah? Qasidah merupakan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.