Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tazkirah

Tazkirah 50 : Membudayakan Qasidah dalam Masyarakat

Imej
Salah satu seni hiburan Islam yang ada adalah qasidah. Pada mulanya penulis menganggap qasidah dan nasyid adalah dua benda yang sama tetapi berlainan nama namun setelah menghayati bait-bait beberapa qasidah dengan maknanya, nyata qasidah dan nasyid jauh berbeza. Mendengar qasidah tidak sama seperti nasyid. Adakala kita dengar nasyid tapi hati tetap tak ingat pada Allah dan Rasulullah. Malah ada yang dengar nasyid tapi lalai ketika mendengarnya. Berbeza dengan qasidah, permulaannya dimulakan dengan selawat sudah pasti akan mengingatkan kita bahawa qasidah adalah satu seni yang indah berbanding nasyid. Apa Itu Qasidah? Qasidah merupakan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.

Tazkirah 49 : Adilkah Penilaian Begini Kepada Murid Kita?

Imej
Adilkah kita menilai dan melabel murid cemerlang dengan cara begini? Tahukah kita bahawa mereka juga manusia biasa yang memiliki pelbagai tahap@jenis kecerdasan pelbagai?  Tindakan kita boleh menyebabkan mereka tidak kenal potensi diri mereka.. Sudah tiba masanya kita sebagai bakal guru merobah segalanya!

Tazkirah 48 : 10 Perkara Kelakar Di Bulan Ramadhan

Imej
Assalamualaikum.. Sempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak ini,banyak perkara yang melucukan akan berlaku pada bulan Ramadhan =) Ramai yang puasa tapi tak solat 5 waktu. Ramai yang puasa tapi tak tutup aurat. Ramai yang puasa tapi masih pergi dating. Ramai yang puasa tapi masih lagi berpakaian seksi. Ramai yang puasa tapi masih lagi ke kelab malam. Ramai yang puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawih. Ramai yang puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat. Ramai yang puasa tapi masih mengumpat. Ramai yang puasa tapi masih lagi yg lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki ( al-Mutasyabbhihatu birrijal ) Ramai yang puasa tapi masih lagi meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja. Semua ni memang ada yang terjadi bulan Ramadhan..Bagi orang-orang yang beriman,kedatangan Bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kerana besar ganjaran dan fadhilatnya dan bagi orang-orang fasik / munafik, mereka menanti kedatangan Ramadhan adalah untuk berdiet dan ...

Tazkirah 47 : Kita Solat Tetapi Masih Buat Perkara Mungkar

Imej
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar  (Surah al-Ankabut :45) Dalam ayat di atas, Allah telah memberitahu kita bahawa solat dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar. Maksudnya kita akan jadi manusia yang baik apabila kita solat. Betul begitu? Betul cikgu, orang solat tu, selalunya dia orang baik. Kalau betul, kenapa hari ini ramai orang yang solat, tapi masih lagi buat dosa dan mungkar pada Allah? Sedangkan ayat di dalam surah Al-Ankabut tadi mengatakan solat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Saya bagi contoh, ramai orang Islam hari ini solat 5 waktu, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Yang perempuan ramai yang pakai baju ketat-ketat, tak pakai tudung , tshirt lengan pendek . Perempuan tak boleh pakai t-shirt lengan pendek ke cikgu?

Info 19 : Koleksi Lengkap Hadis Sahih Bukhari & Muslim – Download

Imej
Bismillahirahmanirahim,  semoga Allah sentiasa melindungi kita dari fitnah dunia. Amin. Dengan teknologi yang Allah anugerahkan pada umat akhir zaman, sesuai dengan perutusan Nabi Muhammad SAW untuk sekalian manusia dan alam, Allah mudahkan penyebaran2 ajaranNya. Tidak ada alasan untuk kita beri pada Allah sewaktu dihisab nanti. Mudah2an Allah melorong kita untuk mendalami agamaNya dan beramal dengannya. Amin. Berikut adalah satu usaha yang sangat dihargai, diusahakan oleh pengusaha salafiDB untuk memuatkan kesemua terjemahan lengkap Kitab Ringkasan Shahih Bukhari dan Shahih Muslim. Berikut adalah kandungan software e-book ini; Lebih dari 5350 (terjemahan bahasa Indonesia) hadits-hadits dari Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Bulughul Maram, An-Nawawiyyah dan Riyadhus Shalihin. 6236 ayat Al-Quran dalam versi Arabic, transliterasi, terjemahan bahasa Indonesia dan bahasa Inggris (Dr. M. Taqiud-Din & Dr. M. Khan dan Yusuf Ali). Lebih dari 2600 artikel dari sit...

Tazkirah 46 : PEROKOK..Usahlah pentingkan diri sendiri...

Imej
AssalamualaikumSAYA menasihati seorang rakan supaya berhenti merokok kerana perbuatan itu boleh memudaratkan kesihatan. Balas rakan tadi: "Kau tidak merokok, tetapi sakit juga." Sambungnya lagi: "Orang tidak merokok pun mati." Apabila kita menasihati merokok itu membazir dan jika wang membeli rokok itu disimpan untuk keperluan lebih memerlukan, balasnya, kau tak merokok pun tak kaya . Memang susah hendak menasihati perokok kerana mereka pasti ada alasan untuk mempertahankan perbuatan buruk itu.  Merokok terbukti membawa banyak mudarat, termasuk menyebabkan strok, serangan jantung, kanser, mati pucuk dan mengganggu hubungan seks. Bentangkan apa saja fakta keburukan merokok mereka mungkin mendengar, tetapi belum pasti menginsafinya.    Paling menyakitkan hati apabila perokok memberi jawapan: “Kalau mati aku, apa engkau hendak sibuk.” Memang kita perlu menjadi penyibuk kerana asap rokok itu turut membawa mudarat kepada orang di sekeliling a...

Tazkirah 45 : Kenapa Semakin Ramai Pelajar Perempuan Yang 'Free Hair' di Sekolah??

Imej
Jika mahu melentur buluh, Biarlah dari rebungnya, Mahu mendidik anak gadis bertudung, Biarlah dari awal remaja, Satu faktor utama mengapa ramai gadis Melayu beragama Islam di Malaysia gemar tidak bertudung ialah kerana kegagalan mak bapak mereka mendidik bab menutup aurat dengan berkesan. Seusia kecil di sekolah rendah ramai mak bapak tidak serius menanamkan amalan bertudung pada anak perempuan mereka dengan alasan anak mereka masih kecil, belum baligh dan masih banyak masa untuk diajar menutup aurat. Pada usia sebegini, alasan-alasan sedemikian mungkin boleh diterima. Namun, bagi mak bapak yang bersungguh-sungguh memahukan anak-anak perempuan mereka terbiasa dengan amalan bertudung menutup aurat, pada usia sekolah rendah sebegini sepatutnya sudah diberikan penekanan. Apabila anak-anak perempuan sudah besar remaja, mula memasuki alam sekolah menengah, ramai mak bapak di Malaysia yang tidak kisah dan tidak marah anak dara mereka tidak bertud...

Tazkirah 44 : Perbezaan Cara Sebatan Islam Dengan Cara Sebatan Civil

Imej
Gambaran Cara Sebatan Cara Islam SEBAT CARA ISLAM Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan dengan kekuatan sederhana. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala. Tidak melukakan kulit pesalah Gambaran Cara Sebatan Cara Civil

Tazkirah 43 : WAJIBKAH MEMPELAJARI ILMU PERTAHANKAN DIRI???

Imej
Ibubapa sekarang lebih rela menghantar anak-anak mereka belajar Tae Kwan Do daripada belajar silat Melayu yang dianggap kononnya banyak bercampur dengan ilmu-ilmu sesat.  Kononnya bila nak mula belajar silat kena mandi minyak panas dahulu dan macam-macam lagi perkara yang bida'ah. Memang tak dinafikan perkara begini wujud pada masa lalu

Tazkirah 42 : Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN): Selamatkan Akidah Umat

Imej
Mengapa perlu HIMPUN? Kes MURTAD Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, Lina Joy, ‘ The Herald ’ yang mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam, Isu ‘ Al-Kitab ’, isu penggunaan perkataan ‘Allah’ dan pelbagai kegiatan Kristianisasi dan dakyah mereka semakin menjadi-jadi.

Tazkirah 41 : Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Imej
Soalan Jika seorang lelaki menyatakan hasrat ke ... pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki? Jawapan Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku." "Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut. Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Tazkirah 40 : SOLAT??? KITA TAK PUNYA ALASAN UNTUK MENINGGALKANNYA

Imej
Selagi kita sebagai seorang muslim yang masih dikurniakan akal yang sihat, dalam keadaan apapun dan situasi bagaimanapun kita tetap wajib melaksanakan solat. Biarpun pada situasi yang susah macam mana sekalipun. Sebabnya, agama Islam memberikan berbagai rukhsah (keringanan) dalam pelaksanaannya apabila melaksanakan solat secara normal yang tidak membolehkannya berbuat demikian. Contoh :  Salah satu cara solat adalah dilaksanakan dengan berdiri. Ketika kita sakit dan tidak ada kemampuan untuk berdiri, maka kita diperbolehkan solat sambil duduk. Ini namanya rukhsah (keringanan). Kalau dengan cara duduk masih tidak mampu maka solat sambil baring. Begitu parah sakitnya hingga mengeluarkan suara saja tidak mampu, kita tetap wajib melakukan solat iaitu dengan isyarat. Sekiranya isyarat juga tidak mampu, solat dalaam hati..kalau semuanya dah tak mampu… alamatnya mintak disolatkanlah tu...

Tazkirah 39 : Islamophobia @ ketakutan terhadap Islam????

Imej
“Kenapa orang bukan Islam sangat sukar untuk memahami Islam?” tanyanya pemuda itu dengan nada kesal. “Sebab orang Islam sendiri gagal memahamkan mereka,” jawab saya perlahan. “Kenapa orang Islam gagal memahamkan bukan Islam tentang Islam?” “Sebab orang Islam sendiri tidak faham Islam!” “Apa bukti kata-kata awak ni?” “Buktinya jelas. Lihat sahaja dalam realitinya, apakah masyarakat Islam pada hari ini selamat dan menyelamatkan.”

Tazkirah 38 : SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN

Imej
Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki . Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini.... ****************************** ****************************** ***** 1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni… 2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

Tazkirah 37 : Salahkah Aku Menegur???

Imej
Serba salah jadinya...nak kata salah..tak kata pun salah..selemah-lemah iman berdoa sahajalah dalam hati..semoga apa yang difikirkan dapat bantuan daripada Allah S.W.T... Dalam dua tiga hari yang lepas, aku ditegur kerana bajuku berbau asap rokok..Lantas aku dituduh seorang perokok! Dengan tidak semena-mena aku dilabel perokok..walhal aku bukanlah seorang perokok..tetapi aku tetap digelar perokok iaitu Perokok Pasif .. Tahu tak apa itu perokok pasif ????

Tazkirah 36 : (VIDEO) Betulkah anda merasa bebas jika tidak bertudung???

Tazkirah 35 : Sepp!!!!!!!Kedekut!!!!!!!!!!!!Berkira nak mampuih!!!!!Belagak!!!!!!

Imej
Pernahkah semua ini terjadi kepada anda? Mengapakah perkataan sebegitu boleh dilemparkan kepada anda? Apakah anda sememangnya seorang yang kedekut? Ataukah anda seorang yang pentingkan diri sendiri? Ataupun anda sememangnya sudah lali dengan ungkapan-ungkapan ini kerana anda memang seorang yang seperti dinyatakan? Namun pernahkah anda terfikir mengapa semua ini boleh terjadi? Takkanlah rakan anda boleh bersifat kedekut atau anda yang mengungkapkan kata-kata kepadanya sebenarnya lagi kedekut?? Pernahkah anda terfikir?? Pengalaman yang sebegini sering terjadi kepada ramai manusia terutamanya yang menginap di asrama atau di rumah sewa. Semestinya orang itu tidaklah tinggal keseorangan tetapi tidaklah bermaksud jika tinggal bersama bermakna segala harta bendanya menjadi milik bersama??

Tazkirah 34 : Raya...Mercun...dan ICU...

Imej
Musim perayaan sememangnya musim yang dinanti-nantikan banyak orang..sama ada yang kecil, muda dan tua semuanya ghairah dalam membuat persedian untuk menghadapinya..

Tazkirah 33 : Sahur? Apa itu?

Imej
Puasa adalah ibadah yang melambangkan keikhlasan. Jika seseorang itu benar-benar berpuasa, tanda adanya keikhlasan yang besar dalam penghayatan Islamnya. Selain itu, dalam berpuasa juga menganjurkan kita untuk bersahur. Jadi, apa itu sahur?

Tazkirah 32 : Hadis-hadis Sahih Mengenai Fadhilat Di Bulan Ramadhan

Imej
Disediakan oleh : Mohd Hairi Nonchi (Pendidikan Dengan Sains Sosial, UMS) Rasulullah s.a.w bersabda : “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)