Sabtu, 19 Mac 2011

Tazkirah 19 : AKU MENCARI KEREDAANMU



Assalamualaikum...w.b.t

Syukur kehadratNYA kerana masih memberikan kita nafas utk teruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumi ini.

Baiklah, post kali ini adalah berkaitan dengan pengalaman saya menunggang motosikal sejauh hampir 480km bermula dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, Perlis sehinggalah ke Institut Bahasa Melayu atau lebih dikenali sebagai IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.


Kenangan saya sewaktu kecil dengan motosikal


Sebenarnya pengalaman ini bukanlah yang terhebat atau yang boleh dibanggakan kerana ada sahabat-sahabat kita yang sebelum ini sebenarnya telah lama menjelajah lebih jauh dari ini. Ada yang pergi umrah dengan menaiki motosikal, dan orang kampung saya sendiri yang saya panggil Pak Ndak Rosli turut mengatakan masa mudanya dahulu adalah perkara biasa menunggang motosikal bahkan dahulu orang hanya menggunakan Honda C70 sahaja untuk pergi ke Negeri Sembilan dari Perlis.


Kenangan lalu berbasikal dari Perlis ke Pulau Pinang masa tingkatan 4


Tercabar jugak jiwa keremajaan saya dibuatnya. Dahulu masa zaman sekolah, jiwa membuak-buak juga, apa tidaknya, disebabkan terpengaruh dengan Le Tour De Langkawi (Kejohanan Berbasikal Merentasi Malaysia tu) saya pun teringin sangat nak berbasikal menjelajah negeri. Ketika itu, berbekalkan basikal mountain bike yang sudah di "operate", dan duit simpanan sebanyak RM50, saya telah menunggang basikal dari Perlis ke Pulau Pinang yang jaraknya lebih kurang 120km. Bagi saya itulah rekod saya sepanjang hidup kerana masa mudalah kita nak dapatkan pengalaman, kerana pengalaman bukannya boleh dapat di kedai, tetapi pengalaman ini adalah sesuatu yang perlu kita hadapi dan lalui. Barulah dapat manisnya rasa pengalaman itu.





Berbalik kepada menunggang motosikal tadi, dengan menunggang motosikal Yamaha SS110 milik arwah abah, yang kini berusia hampir 20 tahun, saya lalui perjalanan menuju ke tempat pengajian dengan seorang diri. Perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam di atas moto (campur rehat, makan, sembahyang, dan isi minyak la) dengan kelajuan purata 60-70 KM/J, akhirnya sampai juga saya ke destinasi meskipun terpaksa mengambil masa yang terlalu lama. Kata orang, “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”, saya pegang kata-kata itu untuk kuatkan semangat teruskan perjalanan meskipun terkadang keletihan disebabkan terlalu lama di atas jalan.



Alasan saya menunggang motosikal ini adalah disebabkan oleh perasaan ingin tahu akan perit dan susahnya memandu seorang diri menempuh perjalanan yang jauh. Bagi saya adalah satu kepuasan apabila dapat menunggang motosikal kerana dapat menikmati sendiri keindahan ciptaan ALLAH yang sangat unik dan benar-benar membuatkan kita muhasabah diri. Apa tidaknya, bukit bukau yang Allah ciptakan cukup indah ditambah pula dengan litupan pohon-pohon menghijau yang semuanya ada fungsi dan peranan masing-masing.

Kesempatan menunggang motosikal ini juga benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan kita dalam mengharungi liku-liku hidup. Jika kita terlalu senang, kita sentiasa akan lupakan Allah, kita alpa dan leka. Namun jika kita berada di tengah lautan yang penuh dengan badai mesti mulut kita akan sentiasa basah dengan zikrullah dan istigfar padaNYA. Di sinilah kita akan sedar yang sebenarnya kita kerdil di hadapan Allah. Siapalah kita untuk melawan jauh lagi untuk menduakanNYA. Percayalah sahabat-sahabat, jika ada cara yang difikirkan gila bagi sesetengah orang tetapi manfaat bagi kita untuk mendekatkan diri kita padaNYA, buatlah kerana hidup di dunia ini bukanlah selamanya kerana tujuan kita adalah untuk mendapat keredaanNYA dan bukannya kemurkaanNYA.



Saya agak berbangga dengan KTMB ( Keretapi Tanah Melayu Berhad) yang kini telah meningkatkan taraf perkhidmatannya dengan jadual yang lebih fleksibel dan perjalanan yang lebih cepat berbanding dulu. Namun apa yang mengecewakan saya adalah pihak ini telah menggugurkan satu koc yang menempatkan SURAU yakni tempat untuk umat ISLAM seperti saya untuk melakukan ibadat. Bukannya tidak boleh solat di kusyen atau di katil, tetapi pertanyaan saya mengapa digugurkan surau itu?atas alasan apa? Apa yang saya perhatikan bukan semua orang tahu akan cara solat dalam perjalanan, tetapi disebabkan tiadanya surau yang selama ini menjadi satu kemudahan bagi umat Islam beribadat telah menyebabkan ramai manusia yang menggelarkan dirinya ISLAM meninggalkan solat. Jika ditanya kenapa tidak solat? Jawapannya mudah, surau dah takda la adik, macamna nak solat?

Oleh itu, sebagai pengisian untuk post kali ini, saya menyeru kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian, tetapkan target kita, tetapkan niat kita, ISLAM apakah kita? Kita nak jadi ISLAM yang biasa-biasa sahaja atau ISLAM yang benar-benar mengikut kehendak syara’? ingatlah, iman tidak dapat dibeli dan iman juga tidak dapat diwarisi maka berusahalah kita untuk mendapatkan keimanan yang sejati. Akhir kata, saya ingin berpesan bahawa ALLAH TIDAK TANYA APA HASIL TETAPI ALLAH AKAN TANYA APA USAHA KITA UNTUK TEGAKKAN AGAMA ISLAM!..

Bersama-samalah kita doakan agar Allah memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam jalan dakwah ini dan menemui syahid pada penghujung nyawa kita semua. Hidup mulia mati syahid!

Akhirul kalam... tarbiyah merupakan proses, dakwah adalah seruan dan ajakan. Bina diri kita terlebih dahulu, dalam masa yang sama mengajak orang lain bersama.
Selamat Beramal!:)

Rabu, 9 Mac 2011

Tazkirah 18 : BERDAKWAHLAH UNTUK SEMUA! JANGAN ADA PILIH BULU!


Assalamualaikum w.b.t. bersua kembali dalam post yang terbaru. Alhamdulilah syukur pada Allah S.W.T kerana memberikan kita pelbagai nikmat sebagai manusia dan khalifah dmuka bumi ini.. Cuma ada beberapa persoalan yang ingin saya lemparkan dalam kotak minda sahabat seperjuangan sekalian...

Adakah selama ini kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan ini????
Bagaimanakah cara kita menterjemahkannnya????
Adakah ia selaras dan mengikut tuntutan syara’???

Allahuakbar.. perlunya untuk kita muhasabah dan menilai perkara ini dengan sebaik- baiknya, takutnya bila bertemu dengan Allah, semua anggota badan menjadi saksi kepada diri kita. Kalau baik Alhamdulilah, jika sebaliknya? nauzubillah..

Pada post kali ini saya ingin berkongsi satu perkara yang selalu berkait dengan kita sebagai seorang pendakwah@daie. Dan perlu diingatkan bahawa setiap orang adalah pendakwah dan pemimpin. Suka atau tidak ini adalah TUGAS kita semua. terimalah ia.

Cuma apa yang saya ingin berkongsi ialah tentang cara kita dalam lapangan ini.
JAngan kita bersifat eksekutif dan ekslusif dalam berdakwah.

Menurut Kamus Dewan
:

Eksekutif bermaksud orang atau golongan yg mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi.

Ekslusif bermaksud berkenaan dengan tempat, orang, dll yang bertaraf tinggi dalam masyarakat.

Jangan salah faham tentang apa yang dimaksudkan dengan eksekutif dan ekslusif dalam dakwah.

Ia bukan merujuk kepada material atau fizikal pendakwah, akan tetapi pada PENDEKATAN pendakwah tersebut. Janganlah pula kita memilih untuk mengajak manusia ke arah jalan dakwah hanya yang kaya dan cerdik sahaja yang diajak dan didakwah.. yang miskin dan kurang cerdik ditinggalkan. Lebih dahsyat lagi, yang selalu ke surau dan masjid sahaja didakwahnya.. yang keparat, nakal dan yang tidak sekepala dengannya DITINGGALKAN.!!

Astagfirullah, moga Allah menjauhkan kita dari segala sifat kroni dan pilih kasih ini . Hal ini kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kemanisan dan keizzahan Islam!!!!

Jangan pula kita memberi alasan :

“Aku dah ajak dah, tapi dia yang buat selamba badak ja. Kadang-kadang aku saja hempas pintu kuat-kuat nak ajak dia bangun subuh, tapi boleh pulak dia tarik selimut! Terus aku dah malas nak kejut orang macamni!”

“Lebih baik aku ajak budak-budak yang sekepala dengan aku ja, diorang ni tak dak masalah sangat, nak ajak join kuliah ilmu pun sekali ajak ja. Tak la abis air liur aku ni.”

“Budak-budak ni semua len macam sikit, dengar azan pun boleh lagi buat tak tahu, selamber je boleh main futsal, main game kat bilik, chatting, borak-borak bagi yang baru balik dari pasar malam(dah tahu lewat tapi saja buat lambat sebab tak rasa pentingnya solat) dan macam-macam lagi...aku pun dah malas nak tegur, kalau ditegur nanti katanya tunjuk alim la, apa la, biarkan jela..”

Astgfirullah, sahabat yang dikasihi, itulah namanya dugaan dalam berdakwah! Kitalah yang patut membantu mereka untuk keluar dari jalan kejahilan tersebut, kita sirami dengan nur agama Allah ini. Seperti entri saya yang sebelum ini, Allah tidak tanya HASIL, tetapi Alah tanya apa USAHA kalian!

Bersama-samalah kita doakan agar Allah memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam jalan dakwah ini dan menemui syahid pada penghujung nyawa kita semua. Hidup mulia mati syahid!

Akhirul kalam... tarbiyah merupakan proses, dakwah adalah seruan dan ajakan. Bina diri kita terlebih dahulu, dalam masa yang sama mengajak orang lain bersama.
Penegasannya, Jangan sampai kita terjebak meskipun berkawan dengan kawan-kawan kita yang nakal, ok!! berdakwah kepada mat rempit, tidak semestinya kita perlu menjadi mat rempit!!!

Selamat Beramal!:)

Selasa, 8 Mac 2011

Karya 1 : Cerpen : Kuih Pau



Cerpen ini merupakan karya sulung saya dalam penulisan kreatif. Oleh itu segala macam bentuk dan struktur ayat yang kurang gramatis dan tidak teratur adalah menjadi kelemahan saya kerana masih bertatih dalam dunia penulisan cerpen. Saya mengharapkan cadangan yang dapat menambahbaikkan karya ini supaya akhirnya berguna dan bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang membacanya..hayati dan fahamilah mesej yang ingin disampaikan seterusnya sampaikan kepada yang lain tau!:)


Kuih Pau
Oleh : R. Riduan

ADA sebuah kampung di kawasan perkampungan nelayan Kuala Sungai Baru. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat kuih pau dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Kuih pau yang dijualnya merupakan kuih pau yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual kuih paunya, tiba-tiba dia tersedar yang kuih paunya yang diperbuat daripada tepung gandum dan yis hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya kuih pau beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab kuih paunya yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar tepung gandum ini menjadi kuih pau. Amin” Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan kuih pau itu dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban adunan tepung gandum dan yis itu menjadi kuih pau. Namun, dia termenung seketika sebab tepung itu masih tetap tepung yang mentah.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual kuih pau kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah adunan tepung gandumku ini kepada kuih pau, Amin” Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu.

Apakah yang terjadi? Dia termanggu dan hairan apabila adunan kuih paunyanya masih tetap begitu! Sementara itu, hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua kuih paunya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

“Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah kuih pau ini. Amin” Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang kuih paunya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan kuih paunya yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Kuih paunya masih belum menjadi! Dia pun tersentak seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan kuih pau. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli kuih paunya yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual kuih pau, kuih pau mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
“Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap kuih pauku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual kuih pau yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual kuih pau, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari kuih pau yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya, “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu kuih pauku ini menjadi lagi. Biarlah kuih pau ini seperti tadi semula, Amin” Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup kuih paunya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar kuih paunya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua kuih paunya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

“Mengapa hendak membeli kuih pau yang belum jadi?”

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di Australia teringin makan kuih pau dari desa. Memandangkan kuih pau itu akan dikirimkan ke Australia, si ibu tadi perlulah membeli juih pau yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di Australia nanti akan menjadi kuih pau yang sempurna. Kalau dikirimkan kuih pau yang sudah menjadi, nanti di sana kuih pau itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Ahad, 6 Mac 2011

Tutorial 11: Tanda-tanda PC@Laptop anda dijangkiti VIRUS!



Virus boleh bertahan agak lama tanpa dikesan. Hasilnya ialah virus akan memberikan petanda-petanda sebelum ia menyerang. Perisian antivirus adakalanya tidak dapat mengesan jangkitan ini tetapi adakalanya ia memberikan beberapa kesan kehadiran mereka.


Berikut adalah beberapa petanda:-


1. Perubahan dalam saiz fail.

2. Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.

3. Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.

4. Operasi sistem yang perlahan.

5. Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.

6. Sektor rosak pada disket.

7. Paparan mesej kerosakan yang ganjil.

8. Aktiviti skrin yang ganjil.

9. Aturcara tidak dapat dijalankan.

10. Sistem 'boot' gagal semasa sistem bermula atau semasa mem'boot' daripada pemacu C:

11. Terdapat aktiviti pencapaian cakera keraas semasa tiada aktiviti sedang berjalan.


Tutorial 10: CARA INSTALL WINDOWS CD KE USB UNTUK FORMAT XP, VISTA, & 7

Adakalanya bila CD/DVD-ROM rosak, anda perlu install Windows menggunakan pen drive. Malah pen drive juga lebih senang dibawa.

Anda boleh membuat pen drive pemasangan Windows ini dengan mudah menggunakan WinToFlash. Windows yang disokong termasuklah Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7.

Apa yang anda perlukan adalah CD/DVD pemasangan Windows tersebut dan sebuah pen drive. Kemudian ikut langkah-langkah di bawah:
Cara-cara Menggunakan WinToFlash

* Download WinToFlash dan extract seperti biasa.
* Buka WinToFlash.
* Pada tab Task, pilih jenis Windows yang anda ingin masukkan ke dalam pen drive. Kemudian klik Run.



* Masukkan CD/DVD pemasangan Windows, dan nyatakan lokasinya pada ‘setup file path’
* Masukkan pen drive, dan nyatakan lokasinya pada ‘USB Drive’



License Agreement akan dipaparkan, jika ada. Pilih ‘I Accept’ dan klik Continue



Sebuah tetingkap akan dipaparkan menyatakan yang pen drive anda akan diformat. Klik OK.



Proses menyediakan pen drive anda bermula. Apabila proses ini selesai, anda sudah boleh menggunakannya untuk install Windows



Guna pen drive ini untuk install Windows seperti biasa. Jangan lupa untuk menetapkan boot sequence pertama kepada pen drive, supaya komputer dapat mengesannya sewaktu dihidupkan.

Rujukan: Sembang Komputer

Tazkirah 17 : Berpakaian tetapi TELANJANG!





Wanita di zaman ini ramai yang telah meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terang bercanggah dengan hukum islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan malu dan tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.




Pemerintah, mufti-mufti, alim-ulamak, ibu-bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharaja lela di dalam kehidupan manusia hari ini akibat daripada kuman-kuman wanita yang mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas agama dan undang-undang? Maka kita semua akan ditimpa bala oleh Allah! Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita masuk ke dalam lubang kubur!



Manusia di zaman ini tamak haloba dengan nikmat Allah tetapi mereka tidak mahu taat kepada Allah! Manusia di zaman ini mengetahui Allah itu ada tetapi mereka tidak mahu berusaha untuk menuntut mengenal Allah. Mereka menyembah Allah sedang mata hati mereka buta terhadap Allah dan tidak pernah berhadap kepada Allah, alangkah murkanya Allah, tidakkah mereka tahu Allah sahaja yang wujud di dalam alam ini?



Manusia di zaman ini ramai tidak syukur dengan nikmat Allah, rezeki yang Allah kurnia kepada mereka itu, mereka anggap dari usaha mereka dan cerdik pandai mereka sendiri. Barangsiapa yang tidak taat kepada Allah dan tidak syukur dengan nikmat Allah dan tidak redha barang yang ditakdirkan oleh Allah, maka carilah tuhan yang lain daripada Allah dan keluarlah dari bumi Allah..!

-SEBARKAN-

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):

"Dua sifat daripada ahli neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk jannah (syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."
(hadis riwayat Imam Muslim)

Rujukan : Usrah Jemaah Anak Muda

Tazkirah 16 : Soal Jawab Mengenai COUPLE!!



SOAL JAWAB MENGENAI COUPLE….

KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG, BERTANYA KHABAR,MINUM-MINUM DI KAFE. ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN KAMI TIDAK BERNIAT KE ARAH ITU.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian denga seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG BERCINTA MENJURUS KEPADA PENZINAAN. ADA YANG BERCINTA DALAM TELEFON DAN HANTAR SMS SAHAJA. TIDAK PERNAH BERSUA MUKA PUN!
Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH? ITUPUN ZINA KE?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.


DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH KE? BINCANG PELAJARAN SAHAJA! *(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

SUNGGUH! BINCANG PELAJARAN SAHAJA. NI STUDY GROUP. *(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu...banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

TIDAKLAH. SUNGGUH BERBINCANG PELAJARAN.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

KAMI BERDUA SAMA-SAMA BELAJAR, STUDY GROUP, SALING MEMBERI SEMANGAT DAN MOTIVASI.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.


TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG RUANG YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM UNTUK BERCINTA? ADAKAH ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA MENGHAMPIRI KEPADA PENZINAAN?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI TETAP SELAMAT TIDAK SAMPAI BERZINA. KAMI TAHAN DIUJI.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.


JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN BANYAK MASALAH. KITA TAK KENAL PASANGAN KITA SECARA DEKAT. BERCINTA ADALAH UNTUK MENGENAL HATI BUDI PASANGAN SEBELUM BUAT KEPUTUSAN KAHWIN.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Kalau mahu mengetahui peribadi pasangan, itulah sebabnya Islam ada membuat pertunangan. Tetapi pertunangan juga ada batasan yang sama seperti sebelum kahwin. Syarat-syarat semasa dalam pertunangan juga sama ketika sebelum berkahwin. Hanya perkahwinan sahaja yang menghalalkan perkara-perkara yang haram antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu mengenali hati budi pasangan, adalah dicadangkan supaya pasangan tunang itu bertemu sahaja di rumah pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Bukankah itu lebih baik? Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi.

PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI MERANCANG KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yangmenganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT, ABANG ANGKAT BOLEH KE? Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG BERCINTA TELAH HILANG MARUAH DIRI?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG MARUAH?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.

Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.


JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA LAYAK BERKAHWIN DENGAN ORANG YANG PERNAH BERCINTA JUGA?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI YANG PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak- anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.


JADI, PEREMPUAN YANG BERCINTA, JATUH MARUAHNYA PADA PANDANGAN LELAKI? (tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK BERCINTA DI ZAMAN INI?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari
melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)


BAGAIMANA KAMI?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN. TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar &kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri. Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa. Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubatmu.

KITA BERPISAH KERANA ALLAH, KALAU ADA JODOH, TIDAK KEMANA!
P/S : PERINGATAN BUAT DIRI INI TERUTAMANYA DAN SAHABAT, BUKAN NIAT UNTUK MENGGURIS HATI, SEKADAR BERKONGSI. WALLAHU’ALAM.

Rujukan : USRAH ANAK MUDA

Sabtu, 5 Mac 2011

Tazkirah 15 : Matangkah kita?


Siapakah yang layak dikatakan matang?

Definisi matang berbeza-beza mengikut konteks dan individu.
Matang usia, mungkin bermaksud umur seseorang yang sudah melangkai satu garis usia. Mungkin matang boleh ditakrifkan melepasi 17 tahun, atau mungkin juga matang dirujuk kepada sudah baligh. Matang sudah lepas umur 18 tahun untuk berkahwin.

Matang fizikal, mungkin bermaksud seseorang sudah lengkap secondary sexual characteristics. Lelaki sudah berubah suara, berjambang. Wanita sudah ada lekuk-lekuk di tempat sepatutnya..
Matang pemikiran, mungkin dari segi kebolehan menimbangkan sesuatu dengan baik, dapat membezakan baik dan buruk, dan dapat memberikan hujah yang bernas tanpa ada bias. Dari segi percakapan yang tidak emosi, tenang dan tidak terburu-buru.

Semua itu, mungkin. Dalam soal memberikan pandangan, tiada yang salah, tiada yang betul.



Erti Matang dalam Kamus Seorang Muslim


Menyandarkan setiap perbuatan itu atas rasa takut dengan kemurkaan Allah.
Itulah definisi matang untuk seorang muslim pada pandangan saya.
Cuba kita renung balik tujuan penciptaan kita di dunia ni?
Adakah supaya kita dapat rasa seronoknya dunia.?
Seronoknya kita menggayakan pakaian yang cantik-cantik di atas anugerah rupa paras yang Allah bagi? Astaghfirullah..
Seronoknya kita memperdagangkan maruah agama dengan tindak tanduk seharian kita yang tidak menunjukkan kita ini seorang muslimah? Astaghfirullah..
Seronoknya kita melakukan kemusnahan atas muka bumi yang Allah amanahkan ni? Astaghfirullahal A'zim..
Seronoknya kita lalai dan leka dalam kemasyhuran duniawi? Astaghfirullahal A'zim..

Teringat saya bagaimana kalau tiba-tiba musibah datang, tak usah perang, datang banjir, merosakkan perabot rumah yang dari jati asli, yang kita habiskan berpuluh- ribu untuknya. Tidak pun rumah terbakar, habis musnah koleksi buku-buku yang kita banggakan, habis terbakar sijil-sijil yang kita selalu canangkan. Ataupun pada waktu kita di puncak kerjaya, bersenang lenang dengan beribu-ribu orang bawahan, tiba-tiba ekonomi menjunam memaksa kita gulung tikar, habis semua. Tinggal kosong.

Jadi apa sebenarnya harta kita?

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Apakah nilai diri kita?
Apakah nilai kematangan kita?


Kesimpulan : Siapa yang matang?

Mungkin, orang yang matang adalah orang yang :

1. Mampu berfikir lurus, bertepatan dengan kehendak syarak.
(Tahu sendiri keluar tanpa izin suami adalah salah, tidak solat adalah berdosa, mimum arak adalah berdosa, berzina kecil-kecilan juga adalah dosa, dia tidak meletakkan ‘ tapi’, atau memberikan alasan seperti, "saya gay, saya ok. asalkan tak kacau orang sudah")

2. Buat keputusan setelah menimbangkan pahala dan dosa, baik dan buruk.
( Ada benda walaupun baik dan halal, boleh berikan impak negatif pada sekeliling. Contoh anak teruna@dara kahwin lari)

3. Tidak fanatik atas keputusan diri atau kepercayaan diri.
(banyak orang tidak boleh terima langsung pandangan orang lain. hanya dia sahaja yang betul. Dia boleh lihat kalau dia dalam kasut otang itu, apa jadi padanya? )

4. Berupaya mengekalkan ketenangan banyak waktu.
(Kenapa banyak waktu, bukan setiap? Sebab manusia ada masa dia patut kalut dan kecoh. Contoh seperti rumah marak terbakar, isteri tengah sarat nak bersalin, takkan nak cool tengok tv?)

5. Berfikir dengan otak, bukan dengan perasaan/lutut.
(Maksudnya dia berfikir sebenar-benar berfikir. Ada orang suka mengambil yang superficial. Dia dengar si A merungut rumah tak bersih sebab ahli tak buat kerja masing-masing, terus dia buat kesimpulan si A tidak ikhlas buat kerja, berkira. Saya rasa sesuai jugak nak cakap, berfikir dulu sebelum bercakap. Orang begini berfikir guna perasaan. )

6. Bersedia memikul tanggungjawab
(Makin meningkat umur, makin bertambah tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap pelajaran, diri sendiri, kawan-kawan, agama dan sebagainya. Di saat semua sudah berura-ura mahu membawa diri ke alam rumahtangga, berkali ganda tanggungjawab itu ditambah.)


Sekadar perkongsian..yang baik hanyalah dari Allah..segala kekurangan menjadi kelemahan diri ini. Ampun dan maaf dipinta..yang baik sebar-sebarkanlah kepada sahabat-sahabat kita yang tidak berkesampaian.