Rabu, 3 Mac 2021

Bahan Mengajar 9: 1 HARI 12 SOALAN (KATA NAMA AM 1)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Setelah sekian lama tidak aktif di blog ini, hari ini saya nak kongsikan bahan iaitu latihan tatabahasa khusus untuk murid tahap 2 dalam meningkatkan lagi penguasaan ilmu tatabahasa mereka.

Set latihan ini saya namakan "1 Hari 12 Soalan". Set latihan ini akan saya kemas kini setiap hari (doakan saya kekal istiqomah) dalam blog ini. Insya-Allah.

Boleh muat turun set soalan "1 Hari 12 Soalan" di bawah ya.

KLIK pada SET 1 untuk muat turun.



Khamis, 28 April 2016

Tutorial 38 : Cara Layari Facebook Menggunakan Wifi Yes Di Sekolah

Baiklah kali ini saya ingin kongsikan cara untuk layari facebook menggunakan wifi YES di sekolah.

Facebook sememangnya menjadi medium terkini dalam menyampaikan atau berkongsi maklumat atau bahan yang berguna terutamanya kepada guru. Namun masalahnya jika di sekolah kita tidak dapat melayari Facebook kerana wifi YES menyekatnya.

Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi cara untuk melayari Facebook menggunakan google chrome extensions yang bernama Browsec VPN - Privacy and Security Online.



Ahad, 23 Ogos 2015

Tutorial 37 : Cara Download Video Di Youtube Tanpa Install Downloader

Baiklah kali ini saya ingin kongsikan cara untuk download video di youtube dengan mudah tanpa menggunakan software downloader.

Ada 2 cara yang anda boleh cuba.

1. Menambahkan huruf ss sebelum perkataan youtube pada URL video youtube tersebut.Kemudian tekan enter supaya video itu dapat didownload di website savefrom.net


Langkah 1 Perhatikan URL video yang hendak didownload


Ahad, 27 Oktober 2013

Tutorial 36 : Membuat Page Layout Portrait dan Landscape Dalam Satu File Yang Sama di MS Word 2007/2010

Biasanya dalam Satu dokumen Microsoft Word ( satu file MS Word), Page layout orientation umumnya sama iaitu Portrait semua atau Landscape semua.
 

Bagaimana kalau isi dokumennya berbeza? Misalnya halaman 1 harus Portrait, halaman 2 harus Landscape.

Untuk membuat halaman-halaman dengan format page layout yang berbeza dalam satu file yang sama di MS Word 2007/2010, ikuti langkah-langkah seperti berikut.


Sabtu, 14 September 2013

Rujukan kehormat





Rujukan kehormat termasuk juga dalam sistem sapaan dalam bahasa Melayu. 

Rujukan hormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat. 

Pengetahuan terhadap rujukan hormat sangat penting bagi semua orang kerana ianya juga merujuk kepada aspek kesantunan berbahasa. 

Sekiranya kita tersalah menggunakan rujukan kehormat, maka secara tidak langsung boleh dianggap sebagai kurang beradab. 

Rabu, 17 Julai 2013

Bahan Mengajar 6 : Jom Jalankan Ujian SEGAK!


Assalamualaikum..
Khas buat guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang perlu menjalankan Ujian SEGAK kepada murid-murid kalian.


UJIAN NAIK TURUN BANGKU (3 MINIT)



UJIAN TEKAN TUBI (1 MINIT)

Rabu, 28 November 2012

Tazkirah 50 : Membudayakan Qasidah dalam Masyarakat



Salah satu seni hiburan Islam yang ada adalah qasidah. Pada mulanya penulis menganggap qasidah dan nasyid adalah dua benda yang sama tetapi berlainan nama namun setelah menghayati bait-bait beberapa qasidah dengan maknanya, nyata qasidah dan nasyid jauh berbeza.

Mendengar qasidah tidak sama seperti nasyid. Adakala kita dengar nasyid tapi hati tetap tak ingat pada Allah dan Rasulullah. Malah ada yang dengar nasyid tapi lalai ketika mendengarnya. Berbeza dengan qasidah, permulaannya dimulakan dengan selawat sudah pasti akan mengingatkan kita bahawa qasidah adalah satu seni yang indah berbanding nasyid.

Apa Itu Qasidah?

Qasidah merupakan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.

Isnin, 22 Oktober 2012

Tazkirah 49 : Adilkah Penilaian Begini Kepada Murid Kita?

Adilkah kita menilai dan melabel murid cemerlang dengan cara begini?

Tahukah kita bahawa mereka juga manusia biasa yang memiliki pelbagai tahap@jenis kecerdasan pelbagai? 

Tindakan kita boleh menyebabkan mereka tidak kenal potensi diri mereka..

Sudah tiba masanya kita sebagai bakal guru merobah segalanya!

Rabu, 12 September 2012

Tutorial 35 : Wallpaper Changer for Window 7 Starter (Netbook 1 Malaysia)

Baiklah, tajuk di atas sebenarnya untuk bagitahu yang anda boleh menukar wallpaper untuk Netbook 1Malaysia yang anda dapat free tu..:)



Netbook 1Malaysia ni sudah siap sedia terinstall dengan 

sistem operasi Microsoft Windows 7 edisi Starter.. Tapi, 

salah satu kekurangan nya ialah tiada Personalize.


Macam mana nak install Personalize tu?? Hari tuh saya cari kat Google,pastu saya jumpa dengan software Starter Background Changer V08.


Download Sini
4Shared | Softonic
(Pilih salah satu)

Anda bolehlah Download, kemudian Install. Mudah sahaja.
Lepas install, Automatic akan ada Personalize kat Properties
macam gambar di atas :) Selamat mencuba!