Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Tazkirah 25 : Khas untukmu LELAKI

Imej
Pertama dan selamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur di atas limpahan nikmat dan rahmatNYA terutamanya nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Baiklah meskipun berada dalam mode peperiksaan , niat ingin sampaikan terlalu membuak-buak dan post kali ini adalah khas ditujukan buat sahabat-sahabat sejenis saya yakni LELAKI . Bukan apa, post sebelum ini saya telah mendedahkan bagaimana bentuk-bentuk dan trend-trend terkini pakaian wanita MELAYU ISLAM . Jadi post kali ini adalah secara adilnya adalah merujuk kepada kaum adam. Aurat lelaki kebiasaannya dipandang remeh berbanding aurat wanita, kenapa????Jika terlihat ada wanita yang memakai tudung singkat, kecil, pakai legging, pakai skirt, dan bermacam-macam lagi, akan terdengarlah ramai kaum lelaki yang akan bising-bising menyalahkan, mengherdik, mencaci dan sebagainya. Kononnya ingin menyedarkan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ISLAM. Keprihatinan tersebut sangatlah positif sebagai umat ISLAM, tetapi sedarkan sahabat se

Tazkirah 24 : Nur Syahadah : Kisah Ustaz Muhammad Fitri (Bekas Mubaligh Hindu) Temui Keindahan Islam

Imej
USTAZ FITRI ABDULLAH Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat. Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 . Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din . Biarpun dia bukan seorang Muslim , rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajara

Tazkirah 23 : 4 Golongan Manusia Bersama Sheikh Naqjamudin Syed Othman

Imej
Post kali ini saya ingin kongsikan antara intipati nasihat dan tazkirah yang telah disampaikan oleh Sheikh Naqjamudin Syed Othman di Surau At Taqwa IPG Kampus Bahasa Melayu pada 12 Mei 2011 yang lalu. Terlalu banyak sebenarnya input yang ingin dikongsikan tetapi saya begitu tertarik dengan 4 golongan manusia yang digambarkan oleh Imam Al Ghazali. Imam Ghazali menggambarkan bahawa manusia terbahagi kepada 4 (empat) golongan , 4 golongan yang dimaksud adalah : 1. Rojulun Yadri wa Yadri Annahu Yadri Seseorang yang tahu, dan dia tahu apa yang dirinya tahu. Orang seperti ini biasanya disebut ‘Alim = mengetahui. Orang yang seperti ini apa yang harus kita lakukan adalah dengan mengikutinya, apalagi kalau kita masih belajar dan dambakan banyak ilmu. Maka, sudah sepatutnya kita mencari orang seperti ini. Ini adalah jenis manusia yang paling baik berdasarkan ilmu pengetahuannya, ia tidak hanya memiliki pengetahuan yang luas tetapi juga dia menyedari ilmunya sehingga ia mengamalkannya

Tazkirah 22 : Siapa Sanggup Mati Kerana ALLAH???

Imej
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.... Bayangkan benda ini berlaku pada anda. Suatu hari pada masa sembahyang Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam, tidak menampakkan apa-apa cuma dua biji mata dan membawa machine gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik. "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu." Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Baiklah Pak Imam, saya sudah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat." Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan me

Tazkirah 21 : Surat Syaitan Buat Makhluk Bernama MANUSIA

Imej
Wahai engkau yang membaca surat ini, Aku melihat gerak-geri mu kelmarin, di saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan solat subuhmu, Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak mengerjakan solat Isha’ sebelum berangkat ke tempat tidurmu Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya hati aku melihatmu tidak mengubah cara hidupmu. Hai Bodoh , Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, tetapi aku masih belum mencintaimu. Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan terus memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalasnya. Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu di hari yang akan datang. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku tanpa ragu-ragu

Pengumuman 5 : Pengumuman Demo Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi IPG Kampus Bahasa Melayu

Imej
Post kali ini adalah sekadar untuk mempromosikan seni warisan bangsa kita yang semakin dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri..seni silat yang suatu ketika dahulu menjadi salah satu amalan masyarakat Melayu untuk mempertahankan diri daripada segala macam ancaman musuh..saksikan...:) Bersempena dengan aktiviti Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu iaitu Larian Guru 2011, majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas jaguh bina badan negara iaitu Dato' Abd Malik Noor..