AssalamualaikumSAYA menasihati seorang rakan supaya berhenti merokok kerana perbuatan itu boleh memudaratkan kesihatan. Balas rakan tadi: "Kau tidak merokok, tetapi sakit juga." Sambungnya lagi: "Orang tidak merokok pun mati."
Apabila kita menasihati merokok itu membazir dan jika wang membeli rokok itu disimpan untuk keperluan lebih memerlukan, balasnya, kau tak merokok pun tak kaya. Memang susah hendak menasihati perokok kerana mereka pasti ada alasan untuk mempertahankan perbuatan buruk itu.

Merokok terbukti membawa banyak mudarat, termasuk menyebabkan strok, serangan jantung, kanser, mati pucuk dan mengganggu hubungan seks. Bentangkan apa saja fakta keburukan merokok mereka mungkin mendengar, tetapi belum pasti menginsafinya.