Rujukan kehormat termasuk juga dalam sistem sapaan
dalam bahasa Melayu.
Rujukan hormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk
kepada orang-orang kehormat.
Pengetahuan terhadap rujukan hormat sangat penting
bagi semua orang kerana ianya juga merujuk kepada aspek kesantunan berbahasa.
Sekiranya kita tersalah menggunakan rujukan kehormat, maka secara tidak
langsung boleh dianggap sebagai kurang beradab.