Tazkirah 39 : Islamophobia @ ketakutan terhadap Islam????


“Kenapa orang bukan Islam sangat sukar untuk memahami Islam?” tanyanya pemuda itu dengan nada kesal.

“Sebab orang Islam sendiri gagal memahamkan mereka,” jawab saya perlahan.

“Kenapa orang Islam gagal memahamkan bukan Islam tentang Islam?”

“Sebab orang Islam sendiri tidak faham Islam!”

“Apa bukti kata-kata awak ni?”

“Buktinya jelas. Lihat sahaja dalam realitinya, apakah masyarakat Islam pada hari ini selamat dan menyelamatkan.”


“Kenapa ke situ pula arah percakapan awak?”

“Sebab Islam itu bererti selamat. Bukan sahaja selamat bahkan mampu menyelamatkan. Maka sudah tentulah secara logiknya umat Islam adalah umat yang paling selamat dan dapat menyelamatkan orang lain.”

“Tetapi realitinya tidak begitu kan?”

“Awak boleh lihat dengan mata kepala sendiri. Kita mundur di semua sudut,  samada rohani mahupun jasmani.”

“Maksud awak di dunia antarabangsa?”

“Tak payah. Lihat sahaja di negara kita. Siapa yang terlibat dalam gejala sosial? Siapa yang paling ramai di Pusat Serenti? Siapa yang ketinggalan di bidang ekonomi? Ya, bangsa Melayu Islam,” kata saya.

“Awak jangan silap, kelemahan umat Islam bukan bererti kelemahan Islam.”

“Benar. Tetapi umat Islamlah yang menyebabkan berlakunya Islamophobia. Umat Islam yang tidak amalkan Islam secara sepenuh dan menyeluruh,”balas saya.

“Musuh ambil kesempatan memburuk-burukan Islam atas kelemahan umat Islam. Mereka yang salah.”

“Jangan salahkan orang lain kalau kita sendiri membuka peluang untuk diperlakukan demikian.”

“Jadi, bagaimana nak atasi Islamophobia?

“Di kalangan siapa, umat Islam atau bukan Islam?” bidas saya.

“Tentulah di kalangan bukan Islam. Contohnya, Barat merekalah yang menuduh kita mundur, ganas, berpecah-belah dan militan.”

“Bagi saya kita perlu laksanakan strategi serampang dua mata.”

“Macam mana pula tu?”

“Kita perlu perjelaskan dan amalkan Islam yang sebenar di kalangan umat Islam. Itu yang penting.”

“Bagaimana dengan bukan Islam?”

“Insya-Allah umat Islam yang faham Islam dan mengamalkannya merupakan hujah yang kuat untuk menolak Islamophobia.”

“Kenapa?”

“Selamanya manusia mempercayai matanya daripada telinga. Actions speaks louder than word.”

“Eh, tak faham pula saya.”

“Kita mesti amalkan Islam yang boleh dilihat. Bukan sahaja cakap-cakap tentang Islam yang hanya enak didengar.


“Apakah amalan Islam kita sekarang belum cukup?”

“Belum cukup dan belum sempurna,” kata saya lagi.

“Jangan ekstrim. Berpada-padalah. Bersederhana.”

“Kita belum amalkan Islam yang sederhana. Kita masih di bawah paras sederhana.”

“Awak ni… Buar betul. Ukuran mana yang awak pakai?”

“Siapakah yang paling sederhana mengamalkan Islam?”
Pemuda itu terdiam.

“Role model individu yang paling sederhana mengamalkan Islam ialah Rasulullah s.a.w. Bagindalah yang pernah bersabda, sebaik-baik urusan adalah yang pertengahan. Justeru, bagindalah orang pertama mengamalkan apa yang diperkatakannya.”

“Ikut Nabi… susahlah.”

“Bagindalah ikutan dalam kita mengamalkan kesederhanaan Islam. Bagindalah Quran hidup yang mengamalkan prinsip-prinsip kesederhanaan dalam  Al Quran.”

“Maksud awak konsep wasatiyah?

Wasatiyah dalam seluruh sistem hidup. Daripada persoalan ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Yang merangkumi soal akidah, syariah dan akhlak.”

“Siapa yang mampu buat begitu?”

“Para sahabat, salafussoleh dan orang-orang mukmin daripada dahulu sehingga sekarang. Mereka adalah golongan sederhana yang mengikuti Rasulullah saw, insan yang paling sederhana.”

Melihat dia diam, saya menambah lagi, “lihat bagaimana iman, solat, ekonomi, ketenteraan dan seluruh cara hidup mereka. Itulah model kesederhanaan yang direhai Allah. Selain itu masih dikira ekstrim, samada ekstrim yang liberal atau ekstrim yang fanatik.”

“Bagi saya sedehana itu adalah mengamalkan Islam yang tidak menimbulkan ketakutan dan keresahan. Kita dilihat mampu menyesuaikan diri dengan keadaan yang majmuk dan pelbagai.”

“Saya setuju dengan pandangan awak. Lihat apa yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. Baginda mampu menghadapi dan menangani cabaran masyarakat majmuk di Madinah.”

“Kita perlu diplomasi.”

 “Diplomasi yang tidak menggadaikan hukum dan peraturan Allah.”

“Contohnya?”

“Apabila kita makan, kita memilih yang halal, menolak yang haram dan syubhat. Itu sederhana. Bila kita berpakaian, kita menolak pakaian mendedahkan aurat, itu sederhana. Bila berekonomi, kita menolak riba dan penzaliman. Itu sederhana. Apabila…”

“Cukup-cukup. Itu semua berlaku di kalangan umat Islam bukan? Bukan itu sasaran saya. Sasaran saya ialah Islamophobia di kalangan bukan Islam.”

Saya hampir menggeleng-gelengkan kepala. Betapa sukar untuk meyakinkan bahawa Islamophobia di kalangan bukan Islam boleh diatasi jika kita berusaha mengatasi Islamophobia dikalangan umat Islam sendiri.

“Cuba awak fokus sedikit kepada bukan Islam.”

“Ya. Saya teringat apa yang dinukilkan oleh Dr Yusuf Al Qardhawi mengenai ucapan seorang intelektual yang baru memeluk Islam…”

“Ya, itulah yang saya nak dengar!”

“Kata intelektual itu, subhanallah yang mengenalkan aku kepada Islam terlebih dahulu sebelum aku mengenal orang Islam.”

“Pelik bunyinya?”

“Tak pelik sebenarnya. Maksudnya, mujur dia memahami ajaran Islam yang begitu indah, sempurna dan praktikal secara ilmiah terlebih dahulu. Hingga dengan itu hatinya terbuka untuk memeluk Islam. Justeru, sekiranya dia terlebih dahulu mengenal perangai dan sikap orang Islam yang buruk, maka dia tidak akan tergerak untuk memeluk Islam. Maka dia memuji Allah atas rahmat itu!”

“Tetapi ramai juga orang yang tertarik kepada Islam kerana umat Islam betul tak?”

“Betul. Tetapi umat Islam yang bagaimana? Tentulah umat Islam yang mengamalkan Islam.”

“Hish, fokus awak masih kepada orang Islam. Itu bukan sasaran saya.”

“Saudara, memang benar kita akan ditanya oleh Allah mengapa tidak berdakwah yakni memberi penjelasan tentang Islam yang sebenar kepada bukan Islamtetapi Allah tentunya akan lebih bertanya kepada kita apakah kita telah amalkan Islam yang telah kita akui kebenaran dan kesempurnaannya ini. Bukankah kita bertanggung jawab menyelamatkan diri kita dan keluarga kita daripada api neraka terlebih dahulu? Bukankah motto dakwah kita adalah perbaiki diri dan serulah orang lain?”

Dia terdiam.

“Jadi awak enggan berusaha mengatasi Islamophobia dikalangan bukan Islam?”

 “Saya menyokong. Fitnah yang melanda Islam dan umat ini perlu ditangani dengan serius. Ia satu dakwah dan jihad yang utama.”

“Tetapi awak macam skeptik sahaja…”

“Bukan begitu. Saya merasa kita perlu juga baiki dan sempurnakan kefahaman dan amalan Islam dikalangan umat Islam, sekaligus kita perjelaskan Islam yang kita fahami dan amalkan itu kepada bukan Islam. Mari kita amalkan cara hidup Islam yang syumul tanpa memilih-milih mengikut hawa nafsu kita.”

“Mengikut nafsu?”

“Ya, kekadang yang ada yang sesuai kita ikut. Tetapi ada yang kita rasa tidak sesuai kita pinggirkan. Saya teringat ancaman Allah dalam Al Quran tentang golongan yang beriman dengan sebahagian isi kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain. Mereka itu dijanjikan dengan kehinaan ketika hidup di dunia dan akan dilemparkan ke neraka.”

“Awak mengancam.”

“Tidak, ini mengingatkan kerana kasih-sayang. Saya pun lemah. Tetapi jika kita sama-sama berusaha, kita akan saling kuat menguatkan.”

“Kalau begitu, boleh tak kita jangan bercakap tentang neraka?”

“Mengapa?”

“Itu menakutkan. Kita bincang soal yang harmoni.”

“Saya tidak faham apa yang awak maksudkan dengan ajaran Islam yang harmoni. Tetapi soal neraka dan syurga ini adalah soal iman. Ia adalah perkara pertama dan utama yang ditekankan oleh nabi Muhammad saw di peringkat awal perjuangannya.”

“Awak menakutkan orang bukan Islam.”

“Maaf saudara, saya sedang berhadapan dengan saudara… orang Islam. Kita perlu bercakap soal iman, kerana tanpa Iman, Islam akan hanya ada di fikiran dan lisan bukan di hati dan amalan.”

“Bukan begitu, tapi soal ini perlu dikemudiankan…”

Saya terdiam. Oh, betapa ramainya orang Islam yang mengukur kesederhanaan Islam mengikut ‘kesederhanaan’ nafsu. Bukan lagi merujuk kepada sejarah pengalaman Islam oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya yang merujuk kepada kesederhanaan wahyu!


Berdasarkan dialog di atas apa yang anda faham tentang Islamophobia???

Apa itu islamophobia?

Islamophobia ialah ketakutan orang-orang kafir terhadap islam atas beberapa alasan, antaranya;

1) Label esktrem yang dikenakan ke atas orang-orang islam dari sudut tingkahlaku serta perbuatan mereka.


2) Kejumudan ilmu yang ada pada orang-orang islam yang tidak mahu berubah walaupun difirman oleh Allah dalam surah Ar-Rad:11


3) Ketulian orang-orang islam yang gagal memahami maksud surah Al-Asr (Demi Masa) tentang keadaan mereka pada setiap detik dan masa.


4) Kejendulan orang-orang islam yang gagal memahami maksud tasawuf serta memilih untuk menjadi sekular dengan memisah-misahkan syariat, hakikat, tarikat & makrifat.


5) Kebutaan orang-orang islam dalam melihat keagungan tuhan dengan mata hati mereka.


6) Kecintaan yang amat dahsyat terhadap dunia yang penuh dengan keasyikan memuaskan nafsu serakah terhadap wanita, harta serta kedudukan.


7) Kejauhan rasa cinta terhadap Allah & Rasulullah.


8) Kejanggalan tentang sifat-sifat agung Rasulullah yang menjadi kunci hamba beriman yang bertaqwa serta bertawakkal.



Kita memang sering lupa & akan terus lupa.

Rasulullah sudah memberi pesanan yang terakhir buat semua sahabat serta ummat Baginda, di mana pesanan itu sudah cukup untuk menjadi pedoman serta ingatan malah ilmu buat semua hingga akhir dunia.

Pesanan Rasulullah di hujung khutbah adalah jelas; ikut dua perkara nescaya umat islam tidak akan sesat; Al-Quran & Sunnah.

Al-Quran adalah firman-firman Allah buat semua hamba-hambaNya yang terus segar hingga ke hujung dunia.
Sunnah adalah cara hidup terbaik yang telah Rasulullah tunjukkan buat semua ummatnya hingga ke hari akhirat.

Ramai yang mahu jadi femes.
Ramai yang mahu jadi masyur.
Ramai yang mahu jadi hero.
Tidak kurang yang jadi munafik (cakap lain buat lain; berjanji tetapi ingkari)
Tidak kurang yang jadi fasik
Tidak kurang juga yang jadi zindiq.

Islam yang Rasulullah bawa dahulu tetap sama seperti islam sekarang, tiada yang berubah kecuali ummatnya.
Al-Quran yang Allah turunkan kepada Rasulullah 1400 tahun dahulu juga tetap sama hingga akhir dunia dan tidak berubah walauapapun berlaku.
 

Di dalam Al-Quran termaktub perihal setiap perkara kehidupan para hambaNya, tiada yang tertinggal (melainkan hamba itu buta, tuli serta pekak untuk mendapat ilmu, pengetahuan serta kefahaman darinya)

Islamophobia bukanlah satu isu tetapi ianya ialah hasil dari tangan-tangan orang islam itu sendiri yang pekak, tuli serta buta akan agamanya sendiri.

kita baca quran tetapi tidak tahu makna.
kita ikut berzikir tetapi tidak faham maksud zikir.
kita sibuk bertahlil tetapi tidak mendapat kefahaman tentang tahlil.
kita tahu ucap siddiq, amanah, tabligh & fatonah, tetapi kita tak terapkan pada diri.
kita lafaz 'lailahailla anta subhanaka ini kuntum minazzolimin..' tetapi kita tidak tahu maksud dan tidak mendapat keinsafan darinya.
kita lakukan taubat tetapi kita terus-terusan duduk di dalam kemaksiatan.


sampai bila?

suka saya berkongsi khutbah wida', mudah-mudahan ianya membuka pintu hati kita untuk 'kembali' kejalan yang lurus sebagaimana kita lafazkan setiap masa (ihdinas sirotol mustaqeem) dengan izin Allah, insya allah.

Khutbah Wida'

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu

Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
 

Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu . Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.
 

Ingatlah, Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggungjawabkan semua amalanmu. Kerana itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.

---------------------------------------------------------

Akhir kata; orang islam sepatutnya menjadi pemimpin bukannya pengikut.
 

Namun tiadalah yang dapat dibanggakan, kerana orang islam turut melakukan segala maksiat sebagaimana yang dilakukan oleh orang kafir.

Bagaimana orang kafir boleh hormat kepada orang islam, sekiranya ada di dalam fikiran mereka 'alah nama aja islam, kasi rasuah mesti ambil punya...'

fikir-fikirkan.... 


Sumber : Genta Rasa 
               Sifu Mirza

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat