Tazkirah 47 : Kita Solat Tetapi Masih Buat Perkara Mungkar


Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar  (Surah al-Ankabut :45)

Dalam ayat di atas, Allah telah memberitahu kita bahawa
solat dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar. Maksudnya kita akan jadi manusia yang baik apabila kita solat. Betul begitu?

Betul cikgu, orang solat tu, selalunya dia orang baik.

Kalau betul, kenapa hari ini ramai orang yang solat, tapi masih lagi buat dosa dan mungkar pada Allah? Sedangkan ayat di dalam surah Al-Ankabut tadi mengatakan solat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Saya bagi contoh, ramai orang Islam hari ini solat 5 waktu, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Yang perempuan ramai yang pakai baju ketat-ketat, tak pakai tudung , tshirt lengan pendek.

Perempuan tak boleh pakai t-shirt lengan pendek ke cikgu?


Cuba kita tengok balik aurat perempuan. Lengan tangan ni termasuk dalam aurat perempuan tak? Kalau pakai tshirt lengan pendek, nampak tak kulit lengan dia?

ooooooooooo...faham......

Lelaki pun, ramai yang bersukan, tak jaga aurat. Pakai seluar pendek. Jalan-jalan kat bandar pakai seluar pendek. Seluar koyak-koyak kat lutut. Ada yang seluar londeh-londeh, nampak seluar dalam. Ada juga yang baju singkat nampak perut.
Tutup aurat tak tu?

Tak tutup aurat. Aurat lelaki daripada pusat hingga lutut.

Ok, jadi soalan cikgu, kenapa ada orang yang solat, tapi masih lagi buat perkara mungkar. Contohnya macam orang tak tutup aurat tadi.

Dia ikut nafsu.
Dia ikut hasutan syaitan.
Dia takda iman.
Dia tak kuat
Dia tak ingat Allah tu...
(dan macam-macam lagi jawapan)


Semua jawapan betul..Cuma kurang tepat. Ada lagi yang nak jawab?


Sebab, solat dia tak betul cikgu. Ada masalah dengan solat dia.


Ok. Betul! Biar saya jelaskan sedikit.


Katakanlah kita nak buat Pizza yang paling sedap. Nyum, nyum!! Apa bahan yang kita kena ada?


Tepung, yis, air garam, gula, perasa, sosej, ikan tuna, sos tomato, keju, mayonis, tomato, isi ayam bla bla bla....


Amboi banyaknya, lagi peralatan apa lagi yang kena ada?


Kena ada sudu, senduk, mangkuk, dulang leper, yang paling penting oven nak bakar piza!


Ok! Katakanlah kita masak dengan cara yang betul, bersungguh, sungguh dann teliti. Kebersihan kita jaga. Kita gaulkan bahan buat roti ikut sukatan, uli sampai kembang dan lembut. Kemudian bahan dia kita susun cantik-cantik. Lepas dah siap semua, kita bakar pizza dengan suhu yang sesuai. Tak terlalu panas sampai rentung. Apa hasil pizza yang kita dapat.


Confirm pizza tu jadi cikgu.
Mesti nampak cantik, sedap dimakan. nyum!nyum!


Macam mana pulak kalau bahan-bahan yang sama tadi dibuat dengan cara lain. Contohnya, saya uli tepung dengan tangan kotor, tak basuh tangan. Lepas tu sukatan bahan tak betul. Uli pun tak lama, asal ada rupa roti, lepas tu leperkan. Isi pizza pun main tabur je. Letak sos tomato dengan keju sampai terlebih-lebih, melimpah. Lepas tu saya nak cepat siap, saya bakar guna suhu yang lebih tinggi dari biasa. Apa jadi dengan pizza saya?


Saya taknak makan, cikgu tak basuh tangan. Kotor.
Mesti roti dia keras, cikgu uli tepung tak betul.
Roti tu luar je masak. Isi pizza pun same.
Pizza tu tak boleh makan la cikgu..dah suhu tinggi "hangus" la pizza tu.
EEE kotornye cikgu buat pizza....


(Sambil tersenyum)
Saya nak samakan solat kita tadi tu, dengan proses nak buat pizza. Bahan-bahan pizza tu adalah diri kita, keislaman kita, iman yang kita ada, ilmu yang kita ada.


Kalau bahan-bahan buat pizza tak cukup, mesti pizza tu jadi tak sedap. Tapi kalau bahan ah betul, tapi cara buat salah, pun pizza kita tak jadi jugak. Betul? Kalau ada masalah pada bahan-bahan buat piza dengan masalah pada proses buat pizza, pizza tak jadi, tak sedap. Betul?


Betul tu....


Jadi solat pun macam tu juga. Kalau ilmu solat tak cukup, iman kita tak kuat, solat kita ada tak betul, tak ikhlas, tak ingat Allah, solat nak menunjuk-nunjuk pada orang, kita solat main-main, agak-agaknya tercapai tak tujuan solat nak jadikan manusia ni orang baik?


Rasanya tak jadi , sebab "bahan" dengan "proses" tak betul, jadi hasilnya pun, mesti tak cukup baik.


Rujukan : http://nurfauzibassar.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Info 13 : Nak laju??? Koreklah blok!!..