Tazkirah 48 : 10 Perkara Kelakar Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..
Sempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak ini,banyak perkara yang melucukan akan berlaku pada bulan Ramadhan =)

  • Ramai yang puasa tapi tak solat 5 waktu.
  • Ramai yang puasa tapi tak tutup aurat.
  • Ramai yang puasa tapi masih pergi dating.
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi berpakaian seksi.
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi ke kelab malam.
  • Ramai yang puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawih.
  • Ramai yang puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat.
  • Ramai yang puasa tapi masih mengumpat.
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi yg lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki (al-Mutasyabbhihatu birrijal )
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja.
Semua ni memang ada yang terjadi bulan Ramadhan..Bagi orang-orang yang beriman,kedatangan Bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kerana besar ganjaran dan fadhilatnya dan bagi orang-orang fasik / munafik, mereka menanti kedatangan Ramadhan adalah untuk berdiet dan berjimat duit.


"Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari."

Daripada pengertian puasa kita tahu bahawa tak guna puasa kalau diri tak dapat menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa.

Jadi..

Yang mana satukah kita? Adakah kita tergolong daripada golongan yang disebut di atas atau sebaliknya? Renung-renungkan. Semoga Allah pelihara kita dunia dan akhirat. =)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Info 13 : Nak laju??? Koreklah blok!!..