Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." ....Sekiranya kita tidak mampu untuk sebarkan semuanya, adalah lebih baik daripada kita tinggalkan semuanya...
Sabtu, 25 Jun 2011
Tazkirah 26 : ISLAM? Kata NAMA atau Kata KERJA?
Apakah sumbangan kita pada islam?
Rasanya terlalu sedikit sumbangan kita kepada islam. Sedangkan dalam masa yang sama, terlalu banyak jasa islam kepada kita.
Kita tidak mulia kerana kita orang melayu.
Kita tidak mulia kerana kita anak bangsawan.
Kita tidak mulia kerana kita anak hartawan.
Kita mulia dengan ISLAM.
Namun berapa ramai yang menyedari hakikat ini?
Jikapun menyedari, berapa ramai yang menghargai ISLAM sebagai agama mereka?
Jikapun menghargai, berapa ramai yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi menegakkan agama ini?
Adakah ISLAM bagi segelintir manusia yang menggelarkan mereka ISLAM MUSLIM hanya pada Kata NAMA? Bukannya pada KATA KERJA?
Semoga kita dan seluruh zuriat keturunan kita menjadi antara insan yang diberi kelebihan dan peluang untuk menegakkan agama yang mulia ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kuk3..blogwalking..jom join blog Zombie Insaf..blog tragis + seram + seksa + lawak + insaf kat sini : zombiensaf.blogspot.com
BalasPadam