Tutorial 13: Apa itu Perkakasan (Hardware) Komputer?

Perkakasan atau lebih dikenali dengan “Hardware” komputer merupakan sekumpulan perkakasan di dalam komputer yang boleh dilihat, disentuh dan dirasa. Secara umumnya, hardware komputer boleh dibahagikan kepada 4 bahagian seperti berikut:

1. Alat Input
- Touch screen
- Keyboard
- Mouse
- Scanner
- CD-Rom
- Floppy disk
- Trackball
- MIC
- Pointing device

2. Alat Proses
Terdiri daripada CPU (central processing unit) atau mesin memproses yang disokong oleh motherboard (papan induk) dan dibantu oleh komponen-komponen yang terdapat di dalam motherboard tersebut.

3. Alat Ouput
- Printer
- Monitor
- CD-RW
- DVD-RW
- Floppy disk drive
- Plotter

4. Media Penyimpanan
- Hard disk
- Disket
- Flash memory
- Thumb drive


Papan induk (Mainboard)



Merupakan jantung bagi setiap komputer. Papan induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahgian bawah casis unit system (system unit). Papan system diperbuat daripada kepingan “fiberglass” yang berwarna hijau/kuning dan di atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu, perintang, kapasitor dan litar elektronik (electronic circuit).



Unit Pemprosessan Pusat (Mikroproses)




Boleh dianggap sebagai "Pusat Saraf" bagi sistem komputer. Ia merupakan bahagian yang paling rumit dan berkuasa dalam mikrokomputer / Komputer Peribadi. Mikropemproses ini terdapat dalam bentuk Litar Bersepadu yang berjumlah berjuta-juta litar di dalamnya.
Unit Pemprosessan Pusat ini mempunyai pelbagai jenama antaranya Intel Pentium, AMD, Cyric, dan lain-lain lagi.



RAM ( RANDOM ACCSES MEMORY )



RAM merupakan ingatan yang boleh baca dan tulis. RAM terdiri daripada litar bersepadu (IC) yang boleh ditulis di dalamnya, dan juga ianya mengandungi program atau data yang boleh dibaca daripadanya. Ingatan RAM ini boleh dianggap sebagai kertas atau papan hitam bagi komputer. Ingatan RAM ini akan hilang sekiranya bekalan kuasa komputer terputus atau dipadamkan.



Pemacu Cakera Keras (HARD DISK)




Pemacu Cakera Keras merupakan alat untuk menyimpan dan mengeluarkan. Pemacu Cakera Keras juga digunakan sebagai tempat untuk dimasukkan perisian untuk menjalankan sesebuah komputer pada masa sekarang. Pemacu ini ada banyak jenama dan jenis.


Kad Paparan @ Kad Grafik (VGA Card)





Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah komputer. Kad Paparan adalah alat yang menghubungkan antara Papan Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai banyak jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula bergantung kepada memori kad tersebut


Bekalan Kuasa (Power Supply)






Bekalan Kuasa (Power Supply) merupakan bersifat sebagai alat penurun arus dari bekalan elektrik 240 Volt kepada kuasa 12 volt dan 5 volt khas untuk kegunaan komputer.
Keselamatan: Bekalan Kuasa menggunakan kuasa yang tinggi, pastikan baca amaran di kulit Bekalan Kuasa.


Pemacu Cakera (Optical Drive)




Optical drive ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i) CD-RW
ii) DVD-RW
iii) Blu-Ray (paling terkini berada di pasaran)

Setiap jenis terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Untuk baca data sahaja. (CD-ROM, DVD-ROM)
2. Untuk baca dan rekod (writer @ RW). Gambar di atas ialah yang mempunyai kelebihan rekod.

Setiap jenis juga mempunyai kapasiti tersendiri yang membezakan antara satu sama lain bergantung kepada keperluan pengguna. CD mampu menyimpan data sehingga 700MB, DVD pula maksimum penyimpanan data sebanyak 4.7GB dan Blu-ray disc pula mampu menyimpan sehingga 25GB untuk satu layer. Jika 2 layer 50GB lah saiz data yang boleh disimpan! Walaubagaimanapun, masih jarang pengguna memilih Blu-ray disc kerana harganya yang mahal dan masih baru di pasaran.


Bekas (Casing)



Bekas kekisi (Casing) merupakan kulit komputer bagi Unit Pemprossan Pusat. Di dalam bekas ini mempunyai Papan Utama, Kad Paparan, Memori Secara Rawak, Pemacu-pemacu dalaman, Bekalan Kuasa dan aksesori komputer.

Kekisi terdiri dari pelbagai jenis:
1. Model : AT, ATX atau AT & ATX.
2. Saiz : Mini, Midi dan "Full Tower".
3. Bentuk : Desktop & Tower.


Monitor



Alat yang berfungsi menampilkan data atau informasi dalam bentuk teks dan grafik.

Beberapa Jenis Monitor :

- CTR adalah jenis monitor berbentuk tabung, Karena menggunakan tabung display.
- Flat panel/LCD (liquid Crystal Display) adalah jenis monitor yang memiliki permukaan datar, ukuran ringkas, dan konsumsi daya sangat rendah.


Mouse




Mouse adalah perangkat yang berfungsi menggerakkan pointer, menunjuk perintah atau program pada layer monitor.



Keyboard




Keyboard atau papan ketik adalah peralatan mengetik yang digunakan untuk menginput (memasukkan) teks dan juga untuk mengontrol pengoperasian komputer.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Info 13 : Nak laju??? Koreklah blok!!..