Info 19 : Serangga Charlie @ Kumbang Rove @ Kumbang Semai @ Kumbang Kayap
Assalamualaikum....
Post kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan sejenis serangga yang sering menghantui warga penghuni asrama..Serangga ini sangat popular dalam meninggalkan kesan parut yang kekal dan mencomotkan mangsanya.:)..Serangga tersebut diberi nama CHARLIE!!!!
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes 
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie
Habitat Dan Tabiat Pemakanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dan lain-lain.
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dan lain-lain.
Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang  lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam  kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan  lebat atau banjir, kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih  kering.
Kesan Pada Manusia
Cecair  hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini  mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin  ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun  1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom  ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8  tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini  semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok  dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit  kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus  (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan  sebagainya. 
Nasihat kepada yang dijangkiti:
Oleh  kerana kumbang ini tertarik kepada  cahaya pada waktu malam, tutup atau  kurangkan penggunaan lampu dan tutup  semua pintu/ tingkap semasa  epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan  nyamuk yang halus, semburan  aerosol serangga, perangkap berpelekat dan  sebagainya. Jangan  duduk berhampiran dengan  cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang  terdapat pada badan, cuma  hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika  tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan. 
Akhir kata, setelah mengenali CHARLIE, apa yang saya harapkan ialah kawan-kawan semua dapat berwaspada dengan kesannya dan dapat berjaga-jaga apabila bertemu dengannya..:) Sekian..




 
 
 
ada kt asrama ker?
BalasPadampergh..
bahaya giler...
ye ada...ms sy kat hostel dulu ada..tp Alhamdulillah sy tak kena..mmg org panggil charlie..
BalasPadamblh mti ke kna chrlie ni ??
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSebagai membantu merawat gigtan serangga charlie ini telah terhasilnya ubat krim yang telah terbukti berkesan mengubatinya. Dengan izinAllah dalam masa beberapa hari saja lepuh kandungan air bisa yang pedih tu sudah hilang dan baik sepenuhnya dan parut pun hilang. Untuk mendapatkanya sila hubungi Hj Man 0134389413.