Info 19 : Serangga Charlie @ Kumbang Rove @ Kumbang Semai @ Kumbang Kayap

Assalamualaikum....
Post kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan sejenis serangga yang sering menghantui warga penghuni asrama..Serangga ini sangat popular dalam meninggalkan kesan parut yang kekal dan mencomotkan mangsanya.:)..Serangga tersebut diberi nama CHARLIE!!!!
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie


Habitat Dan Tabiat Pemakanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dan lain-lain. 


Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir, kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.


Kesan Pada Manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. 


Nasihat kepada yang dijangkiti:
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan. 

Akhir kata, setelah mengenali CHARLIE, apa yang saya harapkan ialah kawan-kawan semua dapat berwaspada dengan kesannya dan dapat berjaga-jaga apabila bertemu dengannya..:) Sekian..

Ulasan

  1. ada kt asrama ker?
    pergh..
    bahaya giler...

    BalasPadam
  2. ye ada...ms sy kat hostel dulu ada..tp Alhamdulillah sy tak kena..mmg org panggil charlie..

    BalasPadam
  3. blh mti ke kna chrlie ni ??

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Sebagai membantu merawat gigtan serangga charlie ini telah terhasilnya ubat krim yang telah terbukti berkesan mengubatinya. Dengan izinAllah dalam masa beberapa hari saja lepuh kandungan air bisa yang pedih tu sudah hilang dan baik sepenuhnya dan parut pun hilang. Untuk mendapatkanya sila hubungi Hj Man 0134389413.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat