Tutorial 30 : Punca Kerosakan Hardisk

Apa itu hard disk?
Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM, atau pita. Dibawah terdapat diagram komponen pada hard disk .


Simptom-simptom kerosakan hard disk iaitu :
  1. Hard disk anda tiba-tiba terpadam sendiri.
  2. Hard disk anda berbunyi tek,tek, tek
  3. Data anda tiba-tiba hilang.
  4. Ketika anda transfer data keluar erorr i/o.

Ianya berkemungkinan kerana bekalan anda rosak ataupun bekalan kuasa tidak stabil, ataupun cable hard disk anda tidak rapat atau rosak.


Punca kerosakan hard disk iaitu :
  1. Anda tidak shutdown sistem pengoperasian mengikut step yang betul, seperti komputer hang, anda terus mencabut cable bekalan kuasa.
  2. Hard disk anda terjatuh atau pun terhempak object keras .
  3. Hard disk anda terlalu panas, berkemungkinan sistem pengudaraan pada casing anda kurang, ianya dipanggil overheat.
  4. Kerosakan pada piring hard disk atau anda sering melakukan formatting.

Sekian sahaja untuk kali ini. Harap dapat membantu anda yang masih buntu dan tidak tahu mengapa hardisk pc atau laptopnya rosak. Semua kerosakan berlaku atas kesilapan diri sendiri TETAPI dalam keadaan TANPA kita sedari. Oleh yang demikian, bersama-samalah kita menjaga peralatan elektronik dengan sebaiknya kerana peralatan sebegini sangatlah sensitif dan mudah rosak sekiranya kita tidak tahu bagaimana peralatan ini BOLEH ROSAK...wassalam..

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat