Tutorial 24 : Kegunaan Safe Mode

Safe Mode (tekan ja f8)

Kebiasaannya safe mode akan digunakan dikala ada masalah pada windows. Saya akan gunakan safe mode ini sama ada untuk backup semua data yang ada document dan desktop (yang kebiasaannya orang simpan data) ataupun repair windows tersebut. Sekiranya gagal untuk melepasi safe mode, hipotesis yang saya pegang adalah dengan format kembali hardisk tersebut dengan menggantikannya dengan windows yang baharu.:)

Di bawah ini adalah salah satu hipotesis pelik yang saya pegang. Amaran: Kesemua ini bergantung kepada kebanyakan windows dan tidak semestinya sama setiap masalah yang ada pada windows. 

Saya percaya,

1 – Jika sesebuah komputer itu berjaya masuk ke Safe Mode, komputer itu masih boleh diselamatkan.


2 – Jika boleh masuk ke Safe Mode, tetapi bukan mod normal (Windows), yang rosak itu adalah pada software, bukan hardware.

3 – Software yang rosak itu boleh jadi ‘application software’ atau Windows.

4 – Jika application software yang rosak, uninstall dan install semula.

5 – Selepas uninstall software yang disyaki menganggu sistem komputer, restart dan lihat sama ada berjaya masuk ke mod normal.

6 – Jika tidak berjaya, software lain yang menjadi masalah atau corrupt, bukannya software yang kita uninstall sebelum itu.

7 – Kita tentukan software corrupt dengan memikirkan software apa kita pasang sebelum masalah terjadi.

8 – Jika Windows yang rosak, cuba mod ‘System Restore’ di Start >> Programs >> Accessories >> System Tools.

9 – Jika masih tidak berjaya, jalan senang tetapi leceh adalah format atau reformat/restore bagi windows yang original!

Nota: Application software adalah perisian / software yang kita install di komputer selepas Windows siap di-install.

Itulah 9 hipotesis berangkai yang boleh dicuba jika menghadapi masalah komputer

Ulasan

  1. Safe mode beroperasi selepas paparan bios...contohnya selepas keluar acer, dell, compaq atau lain-lain jenama laptop dan anda hendaklah menekan butang f8 untuk paparan advance option..kemudian pilihlah safe mode

    BalasPadam
  2. Salam cikgu,jika laptop langsung tak dpt buka windows mcm mana nak backup file dkt hardisk..guna save mood pun tak jalan..klu formate habislh file penting dkt dalam tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat