Tutorial 25 : Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang DVD?


DVD+RW adalah evolusi teknologi penulisan semula CD dan diunjurkan kepada DVD Video dan teknologi DVD-ROM yang menawarkan pengguna keupayaan untuk menghasilkan DVD tersendiri filem peribadi kepada DVD yang bole menyimpan saat-saat indah, menyimpan data, imej dan video pada cakera berkapasiti tinggi.

Kini ramai yang menggunakan DVD sebagai medium menonton filem wayang. Namun komputer menggunakan DVD+RW untuk memudahkan ia menulis kepada cakera DVD. Oleh kerana ramai yang ingin tahu mengenai DVD+RW dan juga format-format yang berkaitan.

Apakah itu DVD+RW ?



 
DVD+RW adalah evolusi teknologi penulisan semula CD dan diunjurkan kepada DVD Video. Teknologi DVD-ROM yang menawarkan pengguna keupayaan untuk menghasilkan DVD tersendiri. Format ini direka untuk pengguna baru dan pakar untuk merakam video, foto dan data pada cakera DVD. DVD tulis semula mempunyai daya penarik yang kuat di mana ia akan meningkatkan penggunaan aplikasi multimedia dan perkongsian data atau video yang besar.

Apakah manfaat DVD+RW ?
- Mudah : la dibangunkan untuk pengguna baru dan pakar. DVD+RW adalah format untuk storan data PC dan rakaman video DVD pengguna.

- Keserasian : Berfungsi di mana anda mahu ia berfungsi. Rakaman pada cakera DVD+RW/ +R boleh dimainkan pada pemacu DVD-ROM dan pemain video DVD.

- Kreatif : Berseronok dengan video, foto dan muzik. Format DVD+RW disokong oleh industri pengeluar perisian bebas, di mana ia memudahkan DVD berkualiti tinggi dihasilkan di rumah.

Bagaimana DVD+R/+RW Mempunyai Kaitan Dengan Format Seperti DVD-R/+RW/-RAM ?
DVD+R/+RW, DVD­-RAM dan DVD-R/-RW semuanya adalah format tulis semula DVD, namun hanya DVD+R/+RW direka dari mula bersama pemacu DVD-ROM dan pemain video DVD, pada tahap fizikal dan logikal. Ini bermakna rakaman cakera DVD+R atau DVD+RW pada perakam video DVD+R/+RW boleh dimainkan pada sebarang pemain video DVD atau PC yang dilengkapi dengan DVD-ROM, dan sebarang cakera DVD+R atau DVD+RW dengan data juga boleh dibaca oleh PC yang dilengkapi dengan pemacu DVD+R/+RW atau DVD-ROM.

Apakah Itu Pengurusan Kerosakkan (Defect Management ), Apakah Fungsinya Pada DVD+RW ?

 
Pemacu DVD+RW dilengkapi dengan pengurusan kerosakan, iaitu sebuah ciri yang membolehkan data disimpan dengan lebih sempurna berbanding dengan format tulis semula (RW) yang lain.

Apakah Jangkahayat Cakera DVD+RW ?
Jangka hayat DVD berbeza di antara satu jenama dengan jenama
lain. la mempunyai anggaran jangka hayat di antara 30 hingga 100 tahun.

BERAPA KALI SEBUAH CAKERA DVD+RW BOLEH DITULIS SEMULA ?
Sebuah cakera DVD+RW dan cakera CD­RW mempunyai jumlah boleh ditulis semula yang serupa. Ujian menunjukkan ia berupaya merakam semula sehingga 1,000 kali dan para pengeluar mengatakan ini adalah jumlah minimum. Ini bermakna dalam praktikal sebenarnya jumlah ini mungkin lebih tinggi.

ADAKAH PEMACU DVD+R/+RW
PADA PC DAN ALAT VIDEO DVD+R/+RW PERLUKAN CAKERA YANG BERBEZA ?
Tidak, semua cakera adalah serasi dengan dengan pemacu data dan perakam video DVD+RW. Namun ada kemungkinan pengeluar menghasilkan media yang dikhaskan untuk video sahaja atau aplikasi data sahaja.

Media data biasanya lebih murah daripada media video walaupun tiada sebarang perbezaan teknikal untuk kedua-duanya. Anda perlu ingat walaupun pada cakera DVD+R dan DVD+RW ditulis label sebagai "4.7 GB", atau "240 minutes of video", ia tidak bermakna penggunaan terhad kepada itu sahaja.

ADAKAH CAKERA DVD+RW PERLU DISAHKAN ?
Tidak. Setiap kali cakera DVD+RW dikeluarkan dari pemacu, tidak kira samada pemacu DVD+R/+RW pada PC atau perakam video DVD+R/+RW, secara automatiknya ia mempunyai kandungan maklumat yang perlu dibaca pada pemain DVD biasa atau pemacu DVD-ROM. Tiada sebarang proses akhir dilakukan ke atas cakera itu. Pengguna boleh melakukan sebarang pengubahsuaian dan tambah kandungan baru tanpa sebarang langkah tambahan.


GLOSARI


CD-R (CD-Recordable):


 
Teknologi CD rakaman untuk storan data dlan muzik menggunakan cakera yang boleh ditulis sekali sahaja. Saiz cakera adalah kira-kira 650MB.

CD-ROM (Compact Disc Read Only Memory):
 

Sebuah format cakera padat yang digunakan untuk menyimpan teks, grafik dan muzik. Pemain CD audio tidak boleh membaca CD-ROM berisi data tetapi pemain CD-ROM boleh membaca CD audio.

CD-RW (CD ReWritable):

Teknologi CD boleh tulis semula. Pemacu CD-RW boleh menulis kepada cakera CD-R, dan ia boleh membaca CD-ROM. Cakera CD-RW boleh ditulis semula banyak kali dan boleh dibaca berulang kali pada pemacu CD-ROM atau CD-RW.

DVD (Digital Versatile Disc):
Diperkenalkan pada 1996, cakera optik ini mempunyai saiz yang sama dengan CD tetapi kapasiti storan adalah lebih besar iaitu dari 4 hingga 28 kali lebih besar.

DVD Video:
Format yang popular untuk kualiti tinggi video MPEG2 dan bunyi sekeliling digital. la
boleh mengendalikan pelbagai bahasa, pelbagai sarikata dlan beberapa ciri termaju.

DVD-RAM (DVD Random Access Memory):
Cakera DVD boleh tulis semula berasaskan katrij. DVD-RAM pertama diperkenalkan pada 1998 dengan kapasiti 2.6GB (sebelah) dan 5.2GB (dua belah). Versi 2 DVD-RAM dengan kapasiti 4.7GB dikeluarkan pada 1999 dan kapasiit 9.4GB pada tahun 2000. Pemacu DVD­RAM boleh membaca DVD-Video, DVD-ROM dan media CD.

DVD-ROM (Read Only Memory):
Mula diperkenalkan pada 1997, cakera DVD digunakan untuk menyimpan data dan aliran interaktif bersama-sama audio dan video. DVD­ROM dijalankan pada pemacu DVD-ROM atau DVD-RAM, tetapi tidak pada pemain video DVD. Pemacu DVD-ROM boleh memainkan filem video DVD.

DVD+RW (DVD ReWritable):
la dibangunkan bersama oleh Hewlett­Packard, Mitsubishi Chemical, Philips, Ricoh, Sony dan Yamaha, di mana ia adalah satu-satunya format boleh tulis semula yang serasi dengan pemain video DVD dan pemacu DVD-ROM.

NAS (Network Attached Storage):
Storan berkeupayaan tinggi yang menyediakan perkongsian data kepada pelanggan dan pelayan dalam Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network).

Sumber: Majalah PC    Edisi: Julai 2006

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat